Sabtu, 23 Ogos 2025

Masak Nasi Lemak Hijau Untuk Makan Tengahari

 

Assalamualaikum...

Salam di hari Sabtu yang begitu cerah ini. Pagi tadi saya hanya sarapan roti jem sahaja dengan secawan teh O panas. Jadi bila tiba tengahari cepatlah lapar balik. Nak tak nak kena lah masak nasi. Tiap hari asyik masak nasi putih saja, apa kata hari ini masak nasi lemak.

 Bila tengok semua bahan ada, jadi saya masak nasi lemak lah. Tengok pokok pandan kat tepi pintu dapur tu banyak, saya ambillah lebih sedikit. Jadi saya blender ambil airnya, maka jadilah nasi lemak hijau pandan. 

Kebetulan ada ayam setengah ekor, ingat nak goreng macam tu saja. Tiba-tiba terajin pula masak rendang ayam hari ni. Jadi hari ni kita sekeluarga makan nasi lemak hijau pandan berlaukkan rendang ayam lah.

Jom tengok resepinya...




Resepi Nasi Lemak Hijau Pandan

Bahan-bahan:
beras
santan 
4 helai daun pandan
sedikit halia
sedikit garam
air secupnya untuk memasak nasi
3 titik pewrna hijau

 Cara masak:

1. Basuh beras, kemudian toskan. Masukkan beras ke dalam periuk, masukkan santan, garam, halia ke dalam periuk. Tambah sedikit pewarna biar, warnanya lebih cantik.
2. Masak di dalam rice cooker. Sekali sekala perlu dikacau supaya nasi masak sekata.



Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

ikan bilis
cili kering
sedikit belacan
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
air asam jawa
1 biji bawang besar (hiris bulat)
garam, gula dan perasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasaknya: 

1. Cili kering, bawang merah serta bawang putih di kisar halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan air asam jawa, belacan. Masak lagi hingga berminyak. Masukkan ikan bilis, serta bawang besar hiris. 
3. Perasakan garam gulanya, bila sambal dah masak, angkat dan hidangkan.




Untuk rendangnya pula seperti biasa saya blender bahan-bahannya. Kemudian ditumis. Masukkan ayam, santan serta bahan-bahan lain. Masak hingga rendang kering. Ianya mengambil masa yang agak lama juga untuk rendang mejadi kering.

Bahan lain untuk hidangan nasi lemak

telur rebus

hirisan timun

ikan bilis goreng

kacang tangah goreng


Selamat mencuba...





10 ulasan:

  1. Ooo Diela bubuh juga pewarna hijau, patutlah terang warna nasi lemaknya. Kalau pakai jus daun pandan saja, pucat sikit warnanya kan.
    Sekarang ni nasiblemak boleh dimakan bila-bila masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya letak sikit pewarna, kalau tak nampak pucat ja.
      Memang pun... nasi lemak tak semestinya makan di waktu sarapan je. Waktu petang pun ada ja orang jual nasi lemak kat tempat saya.

      Padam
  2. Menarik warnanya...
    Sy kalau nasi lemak tak pernah jemu, hari² pun takpe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Apa lagi dimakan dengan lauk pauk, ayam goreng ke, sambal paru ke, rendang ayam ke, memang sedap sangat.

      Padam
  3. Lengkap semua ada
    selamat menjamu selera

    BalasPadam
  4. Bukan setakat hanya nasi lemak yg berwarna hijau tapi lauk pun sedap..
    Nak buat macam ni kena rajin .. kita kalau weekend la hari bermalas malasan hahahaha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... malas sebenarnya, tapi kalau dah teringin sangat, gagahkan merajinkan diri buat jugak.

      Padam
  5. Target nak buat nasi lemak hujung minggu ni. Bakal complete family kami ber5. Insyaallah…takut pun ye sbb sejak kahwin 21 tahun lepas baru 2 kali masak NL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan takut Ammi, masak ja... insyaallah menjadi. Rasa tak yakin ikut je resepi.

      Padam