Assalamualaikum...
Salam di hari Sabtu yang begitu cerah ini. Pagi tadi saya hanya sarapan roti jem sahaja dengan secawan teh O panas. Jadi bila tiba tengahari cepatlah lapar balik. Nak tak nak kena lah masak nasi. Tiap hari asyik masak nasi putih saja, apa kata hari ini masak nasi lemak.
Bila tengok semua bahan ada, jadi saya masak nasi lemak lah. Tengok pokok pandan kat tepi pintu dapur tu banyak, saya ambillah lebih sedikit. Jadi saya blender ambil airnya, maka jadilah nasi lemak hijau pandan.
Kebetulan ada ayam setengah ekor, ingat nak goreng macam tu saja. Tiba-tiba terajin pula masak rendang ayam hari ni. Jadi hari ni kita sekeluarga makan nasi lemak hijau pandan berlaukkan rendang ayam lah.
Jom tengok resepinya...
Untuk rendangnya pula seperti biasa saya blender bahan-bahannya. Kemudian ditumis. Masukkan ayam, santan serta bahan-bahan lain. Masak hingga rendang kering. Ianya mengambil masa yang agak lama juga untuk rendang mejadi kering.
Bahan lain untuk hidangan nasi lemak
telur rebus
hirisan timun
ikan bilis goreng
kacang tangah goreng
Selamat mencuba...
Ooo Diela bubuh juga pewarna hijau, patutlah terang warna nasi lemaknya. Kalau pakai jus daun pandan saja, pucat sikit warnanya kan.
BalasPadamSekarang ni nasiblemak boleh dimakan bila-bila masa.
Saya letak sikit pewarna, kalau tak nampak pucat ja.
PadamMemang pun... nasi lemak tak semestinya makan di waktu sarapan je. Waktu petang pun ada ja orang jual nasi lemak kat tempat saya.
Menarik warnanya...
BalasPadamSy kalau nasi lemak tak pernah jemu, hari² pun takpe :D
Kan... Apa lagi dimakan dengan lauk pauk, ayam goreng ke, sambal paru ke, rendang ayam ke, memang sedap sangat.
PadamLengkap semua ada
BalasPadamselamat menjamu selera
Terima kasih...
PadamBukan setakat hanya nasi lemak yg berwarna hijau tapi lauk pun sedap..
BalasPadamNak buat macam ni kena rajin .. kita kalau weekend la hari bermalas malasan hahahaha :D
Itulah... malas sebenarnya, tapi kalau dah teringin sangat, gagahkan merajinkan diri buat jugak.
PadamTarget nak buat nasi lemak hujung minggu ni. Bakal complete family kami ber5. Insyaallah…takut pun ye sbb sejak kahwin 21 tahun lepas baru 2 kali masak NL
BalasPadamJangan takut Ammi, masak ja... insyaallah menjadi. Rasa tak yakin ikut je resepi.
Padam