Ahad, 31 Ogos 2025

Masak Sayur Lemak Pucuk Manis Dengan Ubi Keledek

 

Assalamualaikum...

Hari ni anak-anak masih lagi bercuti sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Jadi kita masih berehat di rumah saja, tak keluar kemana-mana pun. Pagi tadi hanya sarapan roti jem dengan teh O panas saja. Bila tengahari cepatlah terasa lapar.

Untuk makan tengahari saya masak sayur lemak pucuk manis dicampur dengan ubi keledek, goreng ayam serta sambal belacan bersama ulam timun.

Jom tengok resepinya...




Resepi Sayur Lemak Pucuk manis dengan ubi keledek

Bahan-bahan:

sayur pucuk manis
ubi keledek (di potong)
bawang merah (dimayang halus)
sedikit ikan bilis
cili merah (dipotong)
santan
gula, garam dan perasa


Cara memasaknya:

1. Dalam periuk masukkan ubi keledek kemudian masukkan santan cair, hirisa bawag kecil serta ikan bilis. Masak hingga mendidih.

2. Masukkan pula sayur pucuk manis. Masak lagi hingga sayurnya layu. Masukkan santan pekat, cili merah juga masukkan garam, gula dan perasa jika suka.

3. Rasakan ia, jika dah cukup rasa barulah diangkat untuk dihidangkan.






Selamat menjamu selera.



Salam Kemerdekaan 2025

 

Assalamualaikum...

Salam kemerdekaan buat kita semua. Dengan Tema Malaysia Madani Rakyat Disantuni.




Jalur gemilang berkibar megah,

Simbol perpaduan seluruh negara,

Malaysia bebas dari dijajah,

 Semoga negara aman sentiasa.


Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke 68, semoga rakyatnya hidup aman dan damai serta dijauhi dari malapetaka dan bahaya.




Jumaat, 29 Ogos 2025

Makan Malam Dengan Taxes Chicken

 

Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua. Moga semuanya sihat selalu.

Malam ni si kakak order texas chicken untuk makan malam kami 4 beranak. Tiap hari asyik makan nasi je, sekali sekala makan macam ni ok jugak.



Kebetulan ada fan fries, jadi saya goreng dan dihidangkan bersama ayam texas. Biar lebih kenyang.




Hidangkan bersama coslow dan kentang putar, juga ditambah dengan sos cili dan mayonaise.


Syukur diatas rezeki yang dikuriakan malam ini, alhamdulillah...




Khamis, 28 Ogos 2025

Kelas Belajar Al Quran Tajwid

 

Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua...

Sebelum ini saya dan kawan-kawan selalunya mengadakan kelas tadarus alquran di surau berdekatan rumah 3 kali seminggu. Tapi akhir-akhir ini ramai diantara kawan-kawan mengundurkan diri disebabkan punya kesibukan masing-masing.

Sekarang saya start belajar Al Quran dengan seorang guru quran tajwid. Alhamdulillah dapat peluang belajar lagi, walaupun orang kata dah berumur, jadi masa saya dapat diisi juga dengan perkara yang berfaedah.

Jadi saya simpankan photo kenangan saya bersama kawan-kawan kelas di sini.



Ini minggu pertama saya start belajar.




Orang kata kalau belajar biarlah berguru, jadi kalau ada apa-apa permasalahan atau kemusykilan, kita boleh terus tanya guru kan...






Sebenarnya pelajaran tajwid ni saya belajar sewaktu bersekolah di sekolah rendah dulu-dulu, sekolah agama setelah habis sekolah kebangsaan. Sekarang baru dapat belajar lagi. Rupanya banyak benda yang ketinggalan. 

Bila kita baca Al Quran rasa macam dah lancar dan betul, rupanya banyak benda yang kita tak tahu dan masih salah dari segi makhrajnya, dari segi hukum tajwidnya dan macam-macam lagi.

 Jadi kalau ada peluang, eloklah kita belajar semula supaya bacaan alquran kita betul, lebih sempurna dan tartil.


Rabu, 27 Ogos 2025

Masak Laksa Kedah Yang Mudah Dan Sedap

 Assalamualaikum...

Beberapa hari ni rasa terigin nak makan laksa kedah. Biasanya kalau balik kedah adik saya selalu masak laksa. Mungkin lama tak balik kampug, itu sebabnya teringin nak makan laksa.

Semenjak tinggal kat tempat baru ni belum lagi jumpa orang jual laksa, kecuali kalau kat AEON memanglah ada dijual laksa, tapi itu laksa nyonya.

Jadi saya buat laksa hari ni. Jom tengok resepinya...




Resepi Laksa Kedah

Bahan-bahan:

1 bungkus laksa
1 kilo ikan
daun kesum
bunga kantan
asam keping secukupnya
belacan
garam dan perasa

Bahan kisar:

4 sdb cili kisar
3 batang cili merah
beberapa biji cili api
3 biji bawang besar





Untuk laksanya rendam ke dalam air tenggelam selama satu jam, kemudian rebus laksa hingga masak. Kemudian toskan, bilas dengan air bersih.




Cara memasak kuah laksa:

1. Ikan dibersihkan, kemudian direbus dengan sedikit air. Kemudian masukkan asam keping serta sedikit garam.

2. Bila dah masak angkat dan sejukkan. Kemudian perisi ikan (dipisahkan isi dan tulangnya). 

3.Kemudian dihaluskan isi ikan. Tulangnya pula diblender dengan air, kemudian tapiskan.

4. Dalam periuk satukan isi ikan, air tapisan dari tulang ikan serta bahan blender.

5. Masukkan lagi asam keping, kemudian adjust kuahnya. Nak cair boleh tambahkan air.

6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Juga perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak dengan api yang perlahan dan lama supaya kuahnya lebih sedap.




Untuk bahan tambahan:

hirisan timun
hirisan bawang besar
apa saja ulaman seperti daun selom, pucuk putat, kebetulan saya beli pucuk jaggus, jika tiada boleh letak daun salad
limau kasturi
hirisan cili api
telur rebus





Cara menghidang

Masukkan laksa ke dalam mangkuk, letakkan kuahnya dan letakkan bahan hirisan serta telur rebus. 




       Laksa ni sebenarnya sesuai dimakan bila-bila masa. Dan ianya juga sesuai dijadikan sebagai juadah kenduri atau pun juadah di hari raya.



Isnin, 25 Ogos 2025

Musim Bunga Tekoma Datang Lagi

 

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di entry kali ini.

Kelmarin waktu keluar ambil anak sekolah terpandang pokok bunga tekoma di tepi jalan. Tak sedar pun bila ianya start berbunga, tahu-tahu dah penuh bunga satu pokok.

Biasanya dulu kita dapat tengok pokok ni kat kedah je. Kebetulan waktu balik ke Kedah, bunga ni tengah berkembang. Pulak ianya banyak ditanam di sepanjang jalan. Sekarang ni pokok ni dah ditanam dimana-mana juga dimerata tempat dibahu-bahu jalan. Jadi kat mana-mana kita boleh jumpa pokok ni.

Bila tiba musim bunga tekoma, Permandangan di jalan akan kelihatan begitu cantik.



Sebenarnya bunga tekoma ini ada pelbagai warna. Yang pernah saya lihat ada warna pink terang, pink muda, ada juga warna putih.










Ini pula pokok tekoma yang jenisnya berwarna putih. Bunganya tak banyak sangat, pokoknya tu tak begitu subur mungkin. Kalau banyak bunganya pasti lagi cantik.




Biasaya pokok tekoma ini berbunga ketika cuaca panas dan jarang hujan. Bila bunga ni luruh akan kelihatan seperti hamparan bunga di bawah pokok. Memang cantik sangat. 

Alhamdulillah... diberi nikmat penglihatan supaya kita dapat melihat serta mensyukuri segala keindahan dan kecantikkan alam yang dikurniakan Allah swt buat kita semua.



Masak Spagetti Bolognese

 

Assalamualaikum...

Hari ni si kakak Siti Norhaida belanja barang-barang untuk masak spagetti, katanya dah lama tak makan spagetti. Jadi saya pun masakkan lah spagetti bolognese. 

Untuk sosnya saya guna sos prego, biar mudah dan cepat disediakan.




Resepi Spagetti Bologese

Bahan-bahan:

1 peket spagetti

sedikit garam

sedikit minyak masak


Cara memasak spagetti:

Masak air dalam periuk, masukkan garam dan juga sedikit minyak masak. Apabila air mendidih, baru masukkan spagetti. Masak sehingga spagetti jadi lembut, barulah diangkat dan ditoskan. Kemudian letak sedikit minyak zaitun, gaulkan supaya spagetti bercampur rata untuk mengelakkan spagetti melekat.



Resepi Kuah Spagetti

Bahan-bahan:

sos prego

cendawan dalam tin (dihiris nipis)

daging cincang

sosej (dihiris nipis)

2 biji bawang bombay (dincang halus)

2 bii tomato saiz besar dipotong dadu)

1 batang karot (dipotong dadu)

sedikit lada hitam

italian mix herb

garam, gula, perasa

sedikit minyak zaitun


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang bombay. Goreng sebentar, kemudian masukkan tomato.

2.Masukkan pula daging cincang. Goreng lagi hingga daging sedikit masak. Masukkan sos prego serta bahan-bahan lain seperti karot, sosej serta cendawan. 

3. Masukkan lagi lada hitam, mix herb, gula, garam serta serbuk perasa. Masak lagi hingga mendidih. Rasakan ia, kalau dah cukup rasa bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



Nah... seperiuk sos spagetti.




Alhamdulillah... puas hati masak sendiri. Boleh makan berulang kali. Spagetti ni memang kesukaan anak-anak.



Sabtu, 23 Ogos 2025

Berbagi Rezeki Dengan Lebah

 

Assalamualaikum...

    Selamat bercuti di hujung minggu kepada kawan-kawan semua. Hari ni hari miggu, rasanya ramai diantara kalian yang lebih suka berehat kat rumah... kan. Sama lah juga dengan saya, rasa malas je nak keluar. Petang nanti kena keluar jugak kerana ada bahan keperluan perlu dibeli.

Pagi-pagi suka tengok tanaman di laman. Dari jauh kelihatan ada lalat yang datang menghurung bunga. Bila pergi dekat je, ternyata itu bukan lalat, tapi sebenarnya lebah.



Bila diamat-amati, setiap hari ada je lebah yang akan datang bertandang selagi bunga masih berkembang. Terlihat bunga yang sekecil itu rupanya mengandungi banyak madu.










 



Bayangkan kalau di sekeliling rumah kita ditanami banyak pokok yang berbunga dengan pelbagai warna dan rupa, sudah pasti banyak serangga lain seperti rama-rama atau lebah yang datang bertandang.

Selain laman kelihatan cantik, juga dapat berkongsi rezeki dengan serangga yang lain.








Masak Nasi Lemak Hijau Untuk Makan Tengahari

 

Assalamualaikum...

Salam di hari Sabtu yang begitu cerah ini. Pagi tadi saya hanya sarapan roti jem sahaja dengan secawan teh O panas. Jadi bila tiba tengahari cepatlah lapar balik. Nak tak nak kena lah masak nasi. Tiap hari asyik masak nasi putih saja, apa kata hari ini masak nasi lemak.

 Bila tengok semua bahan ada, jadi saya masak nasi lemak lah. Tengok pokok pandan kat tepi pintu dapur tu banyak, saya ambillah lebih sedikit. Jadi saya blender ambil airnya, maka jadilah nasi lemak hijau pandan. 

Kebetulan ada ayam setengah ekor, ingat nak goreng macam tu saja. Tiba-tiba terajin pula masak rendang ayam hari ni. Jadi hari ni kita sekeluarga makan nasi lemak hijau pandan berlaukkan rendang ayam lah.

Jom tengok resepinya...




Resepi Nasi Lemak Hijau Pandan

Bahan-bahan:
beras
santan 
4 helai daun pandan
sedikit halia
sedikit garam
air secupnya untuk memasak nasi
3 titik pewrna hijau

 Cara masak:

1. Basuh beras, kemudian toskan. Masukkan beras ke dalam periuk, masukkan santan, garam, halia ke dalam periuk. Tambah sedikit pewarna biar, warnanya lebih cantik.
2. Masak di dalam rice cooker. Sekali sekala perlu dikacau supaya nasi masak sekata.



Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

ikan bilis
cili kering
sedikit belacan
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
air asam jawa
1 biji bawang besar (hiris bulat)
garam, gula dan perasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasaknya: 

1. Cili kering, bawang merah serta bawang putih di kisar halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan air asam jawa, belacan. Masak lagi hingga berminyak. Masukkan ikan bilis, serta bawang besar hiris. 
3. Perasakan garam gulanya, bila sambal dah masak, angkat dan hidangkan.




Untuk rendangnya pula seperti biasa saya blender bahan-bahannya. Kemudian ditumis. Masukkan ayam, santan serta bahan-bahan lain. Masak hingga rendang kering. Ianya mengambil masa yang agak lama juga untuk rendang mejadi kering.

Bahan lain untuk hidangan nasi lemak

telur rebus

hirisan timun

ikan bilis goreng

kacang tangah goreng


Selamat mencuba...





Rabu, 20 Ogos 2025

Manfaat Pokok Sirih Cina

 

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di update kali ini.Moga sahabat semuanya dipermudahkan segala urusan hari ini.

Pernah nampak tak pokok ini di tepi-tepi rumah korang pokok seperti ini. Inilah pokok sirih cina atau, ketumpang air ataupun nama saintifiknya paperomia pellucida. Pokok ni sejenis pokok yang senang sangat tumbuh di merata tempat terutamanya tempat yang lembab. 

Biasanya kita akan menjumpai pokok ni di dalam pasu bunga, tepi parit atau longkang, ataupun ditepi rumah.

Sebenar pokok sirih cina ini tumbuh di dalam pasu bunga. Jadi saya pindahkan dan tanam kembali ke dalam satu bekas.




Walaupun sekali tengok macam gulma atau rumput yang tumbuh meliar, tetapi ia mempunyai khasiat yang tinggi. Bentuk daunnya sama seperti daun sirih tetapi pokoknya bersaiz kecil.
 


Pokok sirih cina ini mempunyai zat antioksidan, antiinflamasi dan antikanser. 
Jom kita tengok apakah manfaat daun sirih cina ini.

Menjaga kesihatan kulit
Menjaga kelancaran sistem pencernaan
Penawar sakit sendi dan skit perut
Penawar gaot
Mengobati dan meredakan cirit birit
  Meredakan batuk
Merawat kayap
Meredakan demam (ramas daun dgn sedikit air, sapukan dikepala)
Melegakan selsema
Merawat jangkitan pada pundi kencing
Alternatif rawatan kepada ubatan darah tinggi
Merawat kencing manis
Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata

 Pokok sirih cina ini boleh dimakan sebenarnya, dijadikan ulam, dijadikan salad, boleh ditumis dan dimasak sayur lemak. Rasanya seperti daun sirih tetapi tak begitu kuat rasanya seperti daun sirih.
Jadi kalau jumpa pokok daun sirih ni dilaman rumah, jangan kita buang. Lebih baik kita manfaatkan kerana ia sangat bermanfaat untuk kesihatan.





Selasa, 19 Ogos 2025

Makan Tengahari di Nasi Kukus Rawang

Assalamualaikum...

Salam sahabat semua, moga sahabat semua happy -happy selalu.

Hari ni berdating dengan si kakak Haida, selepas ambil si kakak balik kerja untuk sesi pagi, kita singgah makan tengahari kat nasi kukus Rawang.

Sebelum ni kita beli bungkus je, tapi hari ni teringin pula nak makan kat kedai tu. Sebenarnya singgah kat kedai tu nak makan nasi kerabu, tapi tak adalah pulak hari ni, jadi kami order nasi kukus dan nasi ayam penyet ja lah.



Nasi ayam penyet.

 







Airnya kita order air teh O ais ja.



Ini pula nasi kukus.

 


Si kakak dengan nasi kukusnya.

Bagi saya makanan disini memang sedaplah. Kalau ayam penyet tu sambalnya memang padu, pedas-pedas manis. 

Lepas kita habis makan ramai pula customer datang beratur. Mungkin dah tiba waktu makan tengahari.





Isnin, 18 Ogos 2025

Sarapan Pagi Ala Western

 

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di hari ini, di pagi Selasa yang begitu indah. Jangan lupa bersyukur, Alhamdulillah dapat meneruskan lagi kehidupan ini. Moga sahabat semua diberikan kesihatan selalu. Selamat bekerja kepada kawan-kawan yang sedang bekerja di hari ini.

Pagi ni saya sarapan ala western. Biasanya selepas hantar anak ke sekolah, balik je mesti singgah ke gerai beli nasi lemak ataupun kuih buat alas perut di pagi hari.

Hari ni ingat nak sarapan dengan roti je. Jadi beli roti, baked bean, sosej dan juga telur.

Jom tengok cara saya sediakan sarapan yang ringkas ini.




Untuk baked bean saya tak boleh makan kalau kacang tu tak dimasak, jadi untuk memasaknya saya hanya tumis bawang putih serta tambahkan sedikit sos untuk menambah rasa, biar lebih sedap.

Cara masak baked bean

bahan-bahan:

1 tin baked bean

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 sdb sos cili

1 sdb sos tomato

sedikit garam





Cara masak:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih cincang. Goreng hingga bawang berwarna kekuningan, jangan sampai hangit nanti rasanya pahit.

2. Masukkan sos cili, sos tomato serta garam. Kacau sebentar. Bila mendidih barulah diangkat untuk dihidangkan.

 


Untuk sosejnya pula panaskan sedikit minyak kedalam kuali leper, masukkan sosej. Balik-balikkan ia, kemudian masukkan sedikit lada hitam dan juga taburkan sedikit garam dan perasa jika suka. Balik-balikkan ia supaya masak dengan rata.

Kemudian goreng telur mata serta bakarkan roti. Bolehlah dihidangkan ke dalam pinggan.

Sekali sekala dapat makan macam ni di pagi hari pun dah sedap.





Sabtu, 16 Ogos 2025

Masak Cucuq Sayur Untuk Sarapan Pagi

 

Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu sahabat semua. Alhamdulillah... cuaca cerah ja pagi ni. Biasanya kalau hari minggu saya jarang keluar. Seharian duduk rumah, siapkan kerja rumah yang tertangguh dan buat apa yang patut. 

Pagi ni tak tau nak masak apa untuk sarapan pagi, jadi saya buat cucuq sayuq ja lah. Masak apa yang ada kat dalam peti sejuk. Kalau tepung tu memang sentiasa ada kat dapur.

Buat  cucuq ni mudah ja, potong apa yang patut. Masuk tepung, bancuh tepung dengan air garam. Siap untuk digoreng. Kalau kawan-kawan tak ada idea nak masak cucuq, boleh ikut resepi saya ni.




Resepi Cucuq Sayuq

Bahan-bahan:

tepung gandum

karot (dipotong dadu)

kentang (dipotong dadu)

kobis (potong kecik-kecil)

ikan bilis

lada sulah

garam



Cara memasaknya:

1. Masukkan bahan yang dipotong ke dalam bekas. Masukkan tepung, ikan bilis juga lada sulah.

2. Bancuh air garam, masukkan kedalam bekas tepung tersebut. Gaul hingga bercampur rata.

3. Panaskan minyak masak, sudukan adunan ke
dalam minyak panas. Goreng hingga kekuningan. Balik-balikkan selalu supaya kuih masak sekata.

4. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidangkan.



Cucuq ni boleh dihidangkan bersama sos cili, mayonaise atau apa-apa sos yang kita sukai.

Selamat mencuba.