Selasa, 15 Oktober 2024

Kuih Apam Nasi

 Assalamualaikum...

Moga sahabat semua sihat dan bahagia selalu.

Lama dah tak buat kuih. Sekali sekala teringin juga nak makan kuih buatan sendiri. Jadi saya buatkan kuih apam nasi untuk minum petang semalam.

Jadi, kawan-kawan kalau ada nasi lebih jangan biarkan nasi basi begitu saja. Lebih baik kita olah dia jadikan kuih pula. Memang sedap kuih kalau dimakan bersama kelapa parut.

Saya cuba resepi dari fb. Jom tengok resepinya.


Resepi Kuih Apam Nasi


Bahan-bahan:

1 cawan teoung gandum

1 cawan tepung beras

1 cawan gula

1 cawan nasi

1 cawan air

1 paket yis mauripan



Cara membuatnya:

1. Blender gula, nasi dan air hingga 

   gula hancur dan halus.

2. Masukkan bahan-bahan blender ke 

   dalam tepung gandum, tepung beras 

   serta yis mauripan. Kacau hingga 

   bercampur rata.

3. Perap selama 1 jam.

4. Selepas 1 jam kacau kembali. 

   Bahagikan kepada beberapa bahagian. 

   Letakkan pewarna yang disukai.

5. Siapkan pengukus terlebih dahulu. 

   Kukus airnya hingga mendidih.

6. Masukkan bahan kedalam acuan yang 

   disapu minyak dahulu untuk

   mengelakkan kuih melekat pada acuan.

7. Kukus selama 10 minit jika acuan kecil. 

   Jika acuan besar kukus lebih kurang 

   20 minit. Jika menggunakan loyang,

   kukus lebih kurang 1 jam.

8. Jika dah masak, biarkan kuih sejuk 

   dulu, baru dikeluarkan dari acuan.



Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Sedap dimakan dengan minuman panas-panas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan