Ahad, 17 Julai 2022

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua, moga semuanya sihat dan bahagia selalu.

Minggu lepas majlis kenduri anak saudara sebelah suami, jadi sempatlah menghadirkan diri meraikan majlis perkahwinan beliau.

Serba sedikit gambar kenangan majlis persandingan anak saudara.













Pengantin bergambar bersama kedua ibubapa mempelai.


Sempat juga menyelit bergambar kenangan bersama keluarga sebelah pengantin lelaki.


Persembahan nyanyian dari Ariel Pilus.



Selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohd Azhar Bin Mohd Fadzli bersama Pasangannya Nurlisa Datuk Rosyam Noor. Semoga kekal bahagia hingga kejannah.



Ahad, 10 Julai 2022

Salam Aidil Adha 2022 M / 1443 H

 Assalamualaikum...

Selamat pagi, semoga sahabat semua berada dalam lindungan Allah selalu. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam Aidil Adha untuk seluruh umat Islam walaupun anda berada dimana jua.





Rabu, 15 Jun 2022

Manggo Salad

 Assalamualaikum wrh... wbr...

Jumpa lagi diblog saya kali ini, moga teman2 semua sihat-sihat selalu di ketika ini.

Hari ni buat lagi kerabu mangga atau manggo salad. Akhir2 ini suka sangat makan masakan ala Thai, yg masam-masam gitu. Bukan apa suka tengok orang2 Thailand mukbang, teringin nak cuba. Nampak sedap je deme makan. 

Kebetulan pasaraya dekat dengan tempat tinggal saya ni banyak dijual mempelam muda. Kalau nak buat guna betik muda memang tak jumpa lah ya. Melainkan balik kampung.

So guna mangga muda pun kira jadilah tu. sebenarnya buat salad manggo atau betik ni macam2 boleh kita masukkan. Ada yang guna seafood yang direbus, ada yang guna sayuran dan macam2 lagi kali saya masukkan juga jagung rebus, pun sedap juga dimakan dengan nasi pulut, ayam gril serta sayuran. Sedap pula rasanya.

Jom tengok resepi manggo salad yg saya buat.

Resepi Manggo Salad

Bahannya:

mangga muda (diparut)

lobak merah (diparut)

jagung rebus (dihiris)

daun ketumbar

daun kangkung

tomato (dipotong)

belacan 

sos sotong / sos ikan

gula, gram

beberapa biji cili api

2 ulas bawang putih

limau nipis

Cara membuatnya:

1. Tumbuk kasar bawang putih serta cili api ke dalam lesung batu, masukkan belacan, sos sotong, hirisan limau nipis, gula serta garam. Jika suka masukkan sedikit serbuk perasa.

2. Hiris tomato kecil2. Tumbuk perlahan2 sambil dikacau. 

3. Masukkan parutan mangga serta lobak merah serta jagung rebus tadi. Kacau lagi hingga bercanpur rata. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan sedikit daun kangkung mentah.

Siap untuk dihidangkan.



Nasi pulut ni saya masak je, tak suka nasi yang dikukus sebab agak keras.



Ayam ni saya hanya letak garam dan serbuk kunyit, kemudian grilkan kat atas kuali leper.



Dihidangkan pula dengan sayur-sayur mentah.



Memang sedap.



Ahad, 22 Mei 2022

Somtam Mangga

 Assalamualaikum wrh wbr...

Teringin nak makan masakan yang masam-masam, jadi saya buatkan somtam mangga. Nak juga cuba buat somtam guna betik tapi tak ada, guna mangga muda pun ok juga, sedap rasanya dengan wangian mangga.

Jom tengok menu hari ni. 

Resepi Somtam Mangga

Bahan-bahan:

1 biji buah mangga muda (dihiris atau 

disagat)

2 ulas bawang putih

kacang panjang (tak letak)

1 biji tomato

lobak merah (diparut)

2 batang sosej (dihiris)

cili api ikut selera, nak pedas letak 

lebih sikit

garam, gula atau perasa ikut rasa

sedikit air belacan

sos ikan

limau nipis

daun ketumbar



Cara membuatnya:

1. Masukkan cili padi kedalam lesung 

   batu, tumbuk kasar cili api serta 

   bawang putih hingga pecah-pecah.

2. Masukkan gula, garam, sos ikan 

   sambil ditumbuk, jus limau nipis, 

   masukkan tomato serta air belacan, 

   dikacau lagi hingga bercampur rata.

3. Kemudian masukkan parutan buah 

   mangga, parutan lobak merah, sosej 

   serta daun ketumbar. Kacau lagi 

   hingga sebati. Siap untuk dihidangkan.


Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


Isnin, 9 Mei 2022

Salam Aidil Fitri 2022 M / 1443 H

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua, semoga sihat selalu. Sedar tak sedar dah seminggu kita meninggalkan bulan Ramadhan, dah seminggu juga kita berada di bulan syawal. Alhamdulillah, bersyukur juga kali ini kita dapat merayakan Aidil fitri bersama keluarga dan sanak saudara.

   Walaupun raya kali ini kita berhari raya dalam keadaan panik, ada yang tidak sempat buat persediaan yang cukup, tapi syukur, dapat juga sambut raya dengan meriah.


Salam Aidil Fitri saya ucapkan kepada teman2 semua, mohon maaf zahir dan bathin jika selama saya berblog ini ada yang tersalah kata dalam berbiacara. Mohon dimaafkan atas segalanya.

Raya tahun ni tak ada gambar raya komplik satu keluarga kerana ada anak2 yang beraya di kampung. Tapi alhamdulillah, dapat juga beraya bersama sanak saudara setelah pulang beraya dikampung. Share jugalah serba sedikit photo kenangan raya di sini.


Photo kenangan di hari raya pertama bersama saudara sebelah suami.





Bersama sepupu yang dah lama tak bertemu.



Bergambar kenangan dirumah emak saudara di alor Setar.




Bersama ibu serta mak-mak sedara.







Bersantai beramai-ramai kat tepi laut.








Keluarga adik saya.


Mak Lang Dan Mak Njang.


Setelah balik dari Aloq Setaq, jalan-jalan sambil santai-santai di Pelantaq Santai.



Sebelum balik ke Shah Alam, hantaq anak masuk asrama dulu.


Bersama saudara sebelah suami di Sungai Bakap. Pulau Pinang.



Cerita mengenai raya Aidil Fitri tahun ni, saja je simpan kenangan disini. Kelak nanti boleh lihat kembali. Insya allah kalau ada umur panjang, Aidil Fitri tahun depan jumpa lagi.




Ni pula photo kenangan ketika open house di rumah emak saudara encik suami, bersama isteri adik ipar.

Cerita mengenai raya Aidil Fitri tahun ni, saja je simpan kenangan disini. Kelak nanti boleh lihat kembali. Insya allah kalau ada umur panjang, Aidil Fitri tahun depan jumpa lagi.

Selasa, 26 April 2022

Kuih Apam Nasi

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua, moga semuanya sihat2 selalu. Hari ni dah 25 hari kita menjalankan ibadah puasa. Semoga juga kita terus tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan ini dan mudah2an segala amal ibadah kita akan diterima oleh Allah swt.

Biasalah dibulan puasa ni tengok mood jugak nak masak, kalau time rajin tu adalah kuih untuk juadah berbuka, tapi kalau datang mood malas tu, kita beli je lah.

Lama tak buat buat apam, jadi kelmarin kita buat kuih apam nasi kebetulan nasi lebihan masih berbaki.


Resepi Kuih Apam Nasi

Bahan-bahan:

Bahan A
2 cawan nasi sejuk
1 cawan gula
1 1/2 cawan air
(blend hingga halus)

Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 peket yis
perisa dan pewarna
(satukan kesemuanya)

Bahan C
kelapa parut
sedikit garan
(digaul)

 Cara masaknya:

1. Satukan semua bahan A dan bahan B, perap hingga naik selama 3 jam.

2. Panaskan pengukus. Kukus dengan api perlahan. Jika  menggunakan acuan kecil, kukus selama 20 minit, jika menggunakan loyang, kukus selama 40 minit.

3. Apabila kuih masak, boleh dihidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.