Selasa, 26 April 2022

Kuih Apam Nasi

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua, moga semuanya sihat2 selalu. Hari ni dah 25 hari kita menjalankan ibadah puasa. Semoga juga kita terus tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan ini dan mudah2an segala amal ibadah kita akan diterima oleh Allah swt.

Biasalah dibulan puasa ni tengok mood jugak nak masak, kalau time rajin tu adalah kuih untuk juadah berbuka, tapi kalau datang mood malas tu, kita beli je lah.

Lama tak buat buat apam, jadi kelmarin kita buat kuih apam nasi kebetulan nasi lebihan masih berbaki.


Resepi Kuih Apam Nasi

Bahan-bahan:

Bahan A
2 cawan nasi sejuk
1 cawan gula
1 1/2 cawan air
(blend hingga halus)

Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 peket yis
perisa dan pewarna
(satukan kesemuanya)

Bahan C
kelapa parut
sedikit garan
(digaul)

 Cara masaknya:

1. Satukan semua bahan A dan bahan B, perap hingga naik selama 3 jam.

2. Panaskan pengukus. Kukus dengan api perlahan. Jika  menggunakan acuan kecil, kukus selama 20 minit, jika menggunakan loyang, kukus selama 40 minit.

3. Apabila kuih masak, boleh dihidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.




Ahad, 17 April 2022

Kuih Buah Melaka

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah setengah bulan kita menjalankan ibadah puasa. Sekejap je masa berjalan. Apa pun saya doakan semua sahabat sihat2 selalu di ketika ini.

Bila bulan puasa sudah semestinya saya akan buat kuih kegemaran ni, buah melaka. Buat sendiri puas hati, bolehlah makan banyak sikit. 

Buat kuih buah melaka ni tak payah nak ikut betul2 sukatan dia, main agak2 je bahannya pun dah jadi.

Bahan-bahan:

tepung pulut

sedikit tepung bers

gula gerek

kelapa parut

pewarna dan perisa jika suka

sedikit garam

air secukupnya untuk bancuhan tepung dan untuk merebus



Cara membuatnya:

1. bancuh tepung pulut tepung beras serta pewarna dan perisa dengan air hingga jadi adunan.

2. Rebus air hingga mendidih.

3. Gula gerek dipotong kecil-kecil.

4. Ambil sedikit adunan, dibentuk seperti lubang, masukkan gula gerek, kemudian gentel bulat2. Seterusnya masukkan ke dalam air mendidih. Tunggu hingga kuih tadi timbul, barulah ditoskan.

5. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garan. Buah melaka yang ditoskan tadi masukkan kedalam parutan kelapa dan golek-golekkan supaya ia melekat di kuih tadi. Kemudian barulah diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas.

6. Siap untuk dihidangkan.



Suka dengan rasa gula melakam lemak2 kelapa dan kenyal-kenyal tepung pulutnya.



Jumaat, 15 April 2022

Ayam Masak Kicap Style Kenduri

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di kali ini. Moga sahabat semua sihat selalu.

Lama dok pikir nak masak apa hari ni. Rasa nak makan masak kicap ayam style kenduri ada rasa cili serta daun kari sikit-sikit, jom tengok resepinya.

Resepi ayam kicap style kenduri

Bahan blend:

1 biji bawang besar

bawang putih

Halia

cili kering (ikut kepedasan masin-masing)

(blend bahan tersebut hingga halus)

Bahan lain:

Ayam masukkan garam dan kunyit, goreng 

  separuh masak.

minyak masak

perencah 4 sekawan, bunga lawang, 

  bunga cengkih, kulit kayu manis

sedikit air asam jawa

kicap

garam, gula, perasa

daun kari


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu 

   manis, bunga lawang, bunga cengkih 

   hingga naik bau. Masukkan bahan 

   yang diblender tadi, masak hingga 

   pecah minyak.

2. Masukkan kicap, kemudian masukkan 

   pula ayam. Masak dengan 

   api perlahan. Kacau sekali sekala 

   supaya tidak hangit.

3. Masukkan pula kicap serta daun kari.

4. Perasakan dengan garam, gula serta 

   perasa.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Isnin, 11 April 2022

Sup Ayam Siam

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga sihat dan bahagia selalu.

Time puasa ni rasa nak makan makanan yang bersup. Selalunya masak sup bisa je, tapi kali ni cuba buat sup style siam pula.

Sedap rupanya, rasa masam2 pedas, memang khas rasanya dengan aroma serai dan limau purut, membuatkan rasa nak bertambah nasinya. tak cukup sepinggan nasi, mesti nak tambah nasi lagi.


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang besar
sedikit minyak untuk menumis
1 batang serai
daun limau purut
1 batang karot
1 biji kentang
3 sdb sos ikan
cili api 
2 biji limau nipis
serbuk sup
daun ketumbar
garam serta serbuk perasa

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang 

   besar, bawang putih serta serai 

   hingga naik baunya. 

2. Masukkan ayam, kentang serta karot. 

   Biarkan sebentar, kemudian masukkan 

   air untu kuahnya.

3. Bila ayam dah masak, masukkan sos 

   ikan, daun limau purut serta cili api.

4. Akhir sekali masukkan garam, perasa 

   serta perahkan limau purut. Sebelum 

   diangkat masukkan daun ketumbar. 

   Tutupkan api, siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Sabtu, 9 April 2022

Ayam Masak Padang

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di kali ini, hari ni dah hari ke tujuh kita umat Islam menjalankan ibadah puasa. Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik hingga ke penghujung Ramadhan.

Sedap tau ayam masak padang ni, teringat dulu2 masa dok kat Indonesia dulu, bila ke Bandung atau ke Jakarta makanan yang menjadi pilihan adalah nasi padang lah. Itu lah, sekali sekala rindu juga nak makan masakan padang. Jadi, kita cubalah masak sendiri.

Saya masak letak kuah lebih sikit sbb anak yang bongsu memang gemar makan nasi sama kuahnya, berkali2 jugalah dia minta ditambah.


Ayam masak padang

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

1 batang serai (dititik)

santan secukupnya

asam keping

ubi kentang

daun limau purut

garam, gula, perasa secukup rasa

Bahan kisar:

4 batang cili merah

sedikit cili api

1 labu bawang besar

1 inci kunyit

lengkuas

2 batang serai

lengkuas

bawang putih



Cara memasaknya:

1. Panaskan periuk, masukkan minyak. 

   Tumis serai serta bahan kisar 

   hingga naik baunya.

2. Masukkan ayam dan ubi kentang, 

   biar hingga ia mendidih dan kentang 

   empuk.

3. Masukkan santan, masukkan garam, 

   gula serta serbuk perasa jika suka.

4. Biarkan sehingga masak barulah 

   diangkat untuk dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.



Khamis, 7 April 2022

Menu Berbuka Hari ke 5

 Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Menu berbuka hari ni saya masak tomyam ayam putih sama ayam goreng kunyit.

Ayam goreng kunyit.


Tomyam ayam kuah putih.


Kuih feberat dibulan puasa, kuih tepung pelita.


Agar-agar pemanis mulut.



Sibuk je si mamat ni suruh ambil gambar dia.



Rabu, 6 April 2022

Pais Ikan Kembung

 Assalamualaikum...

Selamat malam... bagaimana puasa kawan2 hari ini, mesti bertambah ok. Hari ni merupakan hari yang ke empat kita menjalankan ibadah puasa.

Time puasa ni ada je manu masakan yang ingin dicuba. Disebabkan ada banyak masa, maka kita masaklah. Jadi buat pais ikan kembung untuk berbuka. Asyik digoreng je ikan, jadi apa salahnya kita buat pais ikan pula. Biasanya orang buat pais guna ikan darat, kali ni kita cuba buat pais guna ikan laut pula.


Resepi pais ikan kembung

Bahan-bahan:

beberapa ekor ikan kembung

1 labu bawang besar

2 biji cili merah

beberapa biji cili api

bawang putih

2 batang serai

kunyit hidup

garam, gula, perasa secukup rasa

air asam jawa

daun kunyit

daun pisang untuk membungkus

lidi



Cara memasaknya:

    1. Blender kering semua bahan2 diatas            sehingga halus kecuali air asam 
   jawa serta daun kunyit.

2. Bila bahan dah halus dilender 
   masukkan dalam satu bekas, masukkan 
   pula air asam jawa. Kacau hingga 
   bercampur.

3. Ambil sehelai daun pisang, letakkan 
   ikan, letakkan pula sedikit bahan 
   blender, tabur dengan hirisan 
   daun kunyit.

4. Balutkan ikan dengan daun pisang, 
   kemudian sematkan dengan lidi. 
   Siap dibakar diatas api. Bila dah 
   masak barulah diangkat untuk 
   dihidangkan.




Selasa, 5 April 2022

Bubur Som-Som

 Assalamualaikum...

Hari ni hari ke 3 kita menjalankan ibadah puasa. Mudah2an kita dapat menjalankan ibadah puasa serta ibadah lainnya dengan lancar. 

Biasalah kalau bulan puasa, pelbagai juadah lauk pauk serta kuih-muih akan disediakan oleh mak-mak untuk keluarga. Begitu juga lah dengan saya dah lama tak masak kuih. Teringin rasanya nak makan bubur som-som, jadi buatlah sedikit untuk berbuka.


Bahan2 untuk buat bubur som-som

1 cawan tepng beras 1 cawan tepung jagung
1 sudu teh garam 1 santan kotak kecil
1 liter air 2 helai daun pandan (diikat)

Caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil dikacau sehingga pekat. Tanda bubur sudah masak apabila adunan meletup-letup. Barulah diangkat.



Bahan untuk air gula:

3/4 cawan gula merah 1/2 ketul gula melaka 2 sdb gula pasir 3 cawan air 2 helai daun pandan (diikat)

Caranya:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Setelah mendidih barulah diangkat.



Supaya lebih segar, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.



Ahad, 3 April 2022

Salam 1 Ramadhan Dan Majlis Perjumpaan Ahli Milagro

 Assalamualaikum wrh wbr...

Berjumpa lagi diblog saya yang dah lama tak berupdate. Baru sekarang aktif update lagi. Sebelum tu saya ingin mengucapkan salam 1 Ramadhan buat sahabat semua, semoga Ramadhan kali ini akan penuh bermakna buat kita semua.


Simpan disini photo2 kenangan aktiviti saya seminggu sebelum berpuasa. Kalau simpan di phone pasti hilang terdelete nanti.

Seminggu sebelum puasa saya dan encik suami ada menghadiri majlis perjumpaan meet and Great bersama founder Baja Milagro di Melaka. So simpan je lah photo2 kenangan disini supaya tidak hilang nanti.


Bergambar bersama HQ Milagro.


Para peserta begambar kenangan bersama founder Milagro Tuan Haji Mat serta Ceo Milagro Cik Aishah. 



Bergambar bersama kawan-kawan yang semuanya hanya kenal di FB sahaja, alhamdulillah dapart berjumpa face to face.


Bergambar bersama Tuan Haji Mat.


Bersama Cik Aisha, CEO Milagro.



Dapat cenderahati dari Milagro.




Cenderahati kenang kenangan dari Milagro.