Khamis, 9 Disember 2021

Menu Makanan Diet Minggu ke 4 Intake November

 Assalamualaikum... bersua lagi kita di kali ini, moga semuanya sihat dan bahagia selalu.

Cerita mengenai diet lagi, ni minggu terakhir diet di bulan November.

Minggu ke 4

Hari per 1

Tauhu sumbat sama sambal sihat serta sayuran


Hari ke 2

Ikan bakar, sweet potato serta sayur salad



Hari ke 3

Nasi goreng telur sama sayuran



Hari ke 4

Nasi Beras Perang sama kari ikan kebung serta sayuran


Hari ke 5

Sup telur sama sayuran.


Final timbang, alhamdulillah turun juga berat.



Setakat 5 bulan saya berdiet, alhamdulillah dah turun 17.8 kg. Happy rasa, kesihatan pun bertambah baik.


Khamis, 2 Disember 2021

Makanan Diet Minggu ke 3 Intake November

 Assalamualaikum...

Update lagi tentang makanan diet saya, bukan apa untuk rujukan je. Kalau simpan kat phone pasti hilang kena delete. Kalau simpan kat sini, boleh juga di reafer kalau ada kawan2 yang nak berdiet. 

Biasanya kita yang join dalam group online coaching ni diwajibkan tunjukkan apa yang kita makan ketika lunch untuk di review oleh coach yang bertugas untuk pastikan apa yang kita makan tu cukup portion atau tidak, bukannya nak cari salah atau tidak. Sekurang2nya apa yang kita makan tu nak turun berat atau nak tambah berat. 

Dalam 7 hari tu diwajibkan share plate makan selama 5 hari je, hari Sabtu dan Ahad, semuanya bercuti tiada review makanan. Jadi hari Sabtu Dan Ahad kita masak juga mengikut mealplant yang diberi.

Jomlah tengok apa yg saya masak untuk minggu ke 3.

Hari pertama

Sup tofu ala korea serta sayuran


Hari ke 2

Ikan Bakar, Bubur Oat serta sayuran



Hari ke 3

Tempe Grill serta Sayuran



Hari ke  4

Telur kukus serta sayuran



Hari ke 5

Singgang Ikan, Sweet Potato serta Sayuran



Minggu ni berat tak turun disebabkan sedikit cabaran balik kampung, diet pun ke laut je, tak sempat nak masak. Makan pun belasah je.



Nanti kita lihat minggu seterusnya, berat turun atau tidak.