Sabtu, 26 Disember 2020

Udang Goreng Kunyit

 Assalamualaikum...

Bersua lagi kita dikali ini, moga semuanya sihat selalu.

Lama juga saya tak update tentang masakan, so kali ini saya update tentang masakan yang paling ringkas yaitu udang goreng kunyit. Alhamdulillah dapat rezeki udang dari adik ipar. Jadi saya masak udang goreng kunyit je.

Resepi Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

Udang

bawang besar (dihiris bulat)

cili merah (dipotong)

sos tiram

garam

serbuk kunyit

sedikit minyak untuk mrnggoreng



Cara memasaknya:

1. Udang dicuci bersih, masukkan garam dan serbuk 

   kunyit, perapkan seketika.

2. Panaskan minyak, masukkan udang dan digoreng 

   seketika. Masukkan sos tiram.

3. Masukkan pula bawang serta cili potong, digoreng 

   hingga bawang layu, kenudian angkat dan hidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.



Rabu, 23 Disember 2020

Koleksi Tanaman Bunga

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga sihat dan bahagia selalu.

Lama tak update tentang masak memasak. Sibuk dengan pembikinan conten youtube untuk projek crochet. Masak pun hanya masak yang ringkas-ringkas je, tu yng jadi malas nak update.

Kali ni saya update tentang koleksi tanaman bunga yang ditanam dan diurus oleh encik suami je. Menjadi jugak tanaman yang dia diuruskan.





Encik suami saya memang minat menanam pokok bunga bougenvilla atau bunga kertas. Berbagai warna dia beli dari nursery bunga.


Di samping itu saya juga tanam jenis bunga yang lain seperti lidah jin, aloe vera, pokok orkid pokok herba dan pokok lainnya.





Juga ditanam pokok daun kesum, pokok pegaga, kemangi, bayam brazil dan lainnya. Cuma agak terhad sbb tak ada laman yang luas. Hanya tanam dalam pasu je.


Ini pokok yang banyak daun dan susah nak berbunga.



Pokok bunga melur, kalau time dia berbunga banyak, wangi je baunya.



Ini pula bunga kertas yang baru je nak berbunga.

Sebenarnya nak bagi bougenvilla ni berbunga ada cara penjagaannya, encik suami yang tahu. So, dialah yang merawatnya.