Sabtu, 18 Julai 2020
Kuih Abuk-abuk Sagu
Assalamualaikum...
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu kepada sahabat semua, moga berbahagia selalu.
Teringin nak makan kuih abuk-abuk sagu, kebetulan kat kedai berdekatan ada dijual daun pisang. Maka saya belilah, kalau kat kampung ambik je kat belakang rumah. Kat bandar ni semuanya kena beli. Nak makan punya pasal, tak apa lah kena beli pun belilah. Yang penting dapat makan, he he he...
Terlupa pula cara balutnya, saya hentam balut macam tapai lah pulak. Tapi tak apa, walau balut macam mana sekali pun kuih abuk2 sagu tetap juga sedap. Bau aroma daun pisangnya tu yang membuatkan kuihnya jadi wangi dan sedap. Pekena pulak dengan kopi O panas, perghh... memang sedap.
Saya cuba resepi dari blog Zila Norazila. Terima kasih resepinya. Saya simpan resepinya disini pula ya...
Resepi Kuih Abuk-abuk Sagu
Bahan-bahan:
2 cawan sagu
2 cawan kelapa parut putih
gula melaka secukupnya
gula putih (saya guna gula perang)
garam secukupnya
daun pisang untuk membungkus
lidi secukupnya
Cara membuatnya:
1. Basuh sagu dan toskan airnya.
2. Gaulkan sagu dengan kelapa parut serta
garam.
3. Dalam bekas lain campurkan gula melaka
dengan gula perang.
4. Ambil daun pisang, letakkan 2 sdb sagu
kemudian masukkan 1/2 sdk campuran gula,
dan akhir sekali masukkan lagi sdb
campuran sagu.
5. Balutkan dan sematkan dengan lidi.
6. Kemudian kukus selama 20 minit atau
sehingga kuih masak.
Lama betul tak makan kuih abuk-abuk ni. Dulu selalu makan di tempat orang kenduri kawin.
BalasPadam