Selasa, 16 Jun 2020
Ikan Siakap Keongsom
Assalamualaikum...
Selamat pagi semua...
Tengahari semalam saya masak masakan Thai keongsam ikan siakap. Akhir-akhir ini suka pula saya masak masakan thai. Keongsam ni lebih kurang juga macam masakan asam pedas kedah, cuma tak masukkan daun kesom je. Rasanya macam singgang ikan pun ada jugak. Pokoknya sedap lah... dimakan pula bersama sambal belacan dan ulam-ulaman, bertambah jugaklah nasinya.
Yang nak cuba inilah resepinya...
Resepi Ikan Siakap Keongsom
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 biji nenas
1/2 ikat kangkung
2 batang serai
1 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Bahan kisar:
2 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
1. Kisar bahan kisar dengan sedikit air
hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, serai serta air
secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga
mendidih.
3. Masukkan pula nenas dan biarkan air
nenas turun sebelum dimasukkan ikan
siakap.
4. Masak 5-8 minit sahaja ikan siakap
bergantung saiznya untuk mengelakkan
ikan hancur. Perasakan dengan garam
dan gula mengikut selera anda.
5. Tutup api, kemudian baru masukkan kangkung
supaya tidak terlebih masak dan perahkan
limau nipis mengikut tahap masam yang
anda suka.
6. Siap untuk dihidangkan.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Sedap betul masakan begini. Menambah2 nasi dalam pinggan, kuahnya pun dah cukup sedap...slurrppp!
BalasPadamBetul tu Amie... memang menambah nasinya. Kalau lauk yg berkuah mcm ni letak kuah banyak2, sedap dihirup kuahnya.
Padam