Jumaat, 19 Jun 2020
Gulai Ayam Sama Kentang
Assalamualaikum...
Selamat petang sahabat semua, moga memperoleh keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini.
Semenjak dua menjak ni, saya suka menonton youtuber Indonesia Squad Mang Ihin. Suka saya melihat mereka sekeluarga masak-memasak mencuba resepi baru yang direquest oleh penggemarnya.
Saya yg melihatnya juga teringin mencuba resepi yang dimasak oleh mereka. Kali ini saya cuba masak gulai ayam kentang. Resepi asalnya gulai ayam sama wayah pisang, oleh kerana tiada wayah pisang maka saya gantikan dengan kentang sahaja. Tetapi gulainya tetap juga sedap.
Jom kita tengok resepinya...
Resepi Gulai Ayam sama Kentang
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
santan
1 helai daun kunyit
2 batang serai
4 helai daun limau purut
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak utk menumis
Bahan kisar:
cili merah
cili api
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sdb lada putih
1 sdb ketumbar
Cara memasaknya:
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar
dengan sedikit minyak. Biarkan hingga
bahan tumis berminyak.
2. Masukkan daun kunyit serta daun limau
purut. Kemudian masukkan ayam dan
kentang. Kacau hingga rata.
3. Masukkan santan, biarkan hingga kentang
serta daging ayam empuk.
4. Masukkan garam, gula serta perasa jika
suka.
5. Dah siap tutupkan api dan siap untuk
dihidangkan.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Masakan negara jiran kita ini tak lari dari penggunaan lengkuas, serai, halia, daun limau purut dan kunyit. Bila memasak, aromanya memang cukup menggoda selera!
BalasPadam