Ahad, 26 April 2020

Sambal Pecah Telur


Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
Sedar tak sedar hari ni adalah hari ketiga kita berpuasa. Cepatnya masa berjalan.

Puasa kali ini berbeza dengan tahun2 sebelumnya, tiada bazar ramadhan, pergerakan pun terhad. Hanya berada dirumah sahaja bersama keluarga. Jadi kita masak sahajalah untuk iftar dan bersahur. Jadi bagus juga sebenarnya sbb tiada pembaziran, masak apa pun pasti habis.

Hari ni saya masak sambal pecah telur je untuk berbuka, kemudian saya perangatkan kurma ayam semalam. Rasa rajin pula hari ni, saya buatkan agar2 sagu bersantan. 



Resepi Sambal Pecah Telur

Bahan-bahan:

4 biji telur
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam cili kering
1 labu bawang besar
1 inci belacan
air asam jawa
gula dan garam
minyak utk menumis


Cara memasaknya:

1. Kisar bawang besar bersama cili kering.

2. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah
   serta bawang putih hingga wangi masukkan
   cili kisar, juga belacan. Biarkan hingga 
   cili masak (berminyak).

3. Masukkan air asam jawa dan gaul rata.

4. Perasakan dengan garam dan gula, jika 
   suka tambah sedikit perasa.

5. Pecahkan telur satu persatu secara 
   berasingan. Jarakkan sedikit supaya tidak
   bercampur antara satu sama lain.
   Perlahankan api supaya tidak hangit dan
   biarkan sehingga telur masak.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


Agar-agar sagu bersantan.

Mula-mula sekali rebus sagu dengan air, bila dah kembang tapiskan dan ketepikan.

Kemudian masak serbuk agar dengan air, masukkan gula serta santan. Bila dah mendidih masukkan sagu tadi.

Kemudian masukkan kedalam bekas. Biarkan seketika. Kemudian masukkan kedalam peti sejuk.

Sedap dimakan ketika sejuk.


Jumaat, 24 April 2020

Salam Ramadhan 2020/1441 H


Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan kepada sahabat semua. Hari ini merupakan hari pertama kita menjalani ibadah puasa.




Selasa, 7 April 2020

Ayam masak Kam Heong


Assalamualaikum...

Selamat malam... moga teman2 semua sihat2 selalu.

Kali ini nak share pula mengenai masakan ayam masak Kam Heong, resepi dari internet. Ternyata memang sedap jika dimakan bersama nasi panas. Bertambah juga lah nasinya. Bahan2nya pun mudah je... apa yang ada dirumah je. Jom tengok resepiya.



Resepi Ayam Masak Kam Heong

Bahan-bahan:


500 gm ayam

5 tangkai cili api (diketuk)
2 biji cili merah (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
4 ulas bawang putih ( dihiris)
2 sdb rempah kari
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
2 sdb kicap
2 sdb sos tiram
5 pelepah daun kari
garam secukup rasa



Cara memasaknya:

1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung dengan
   sedikit garam, kemudian digoreng hingga
   ayamnya masak, ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang besar serta

   bawang putih hingga wangi.

3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari 

   bersama sos cili, sos tomato, daun kari,
   kicap serta sos tiram. Kacau dan biarkan 
   kuah menjadi pekat.

4. Setelah itu masukkan ayam bersama cili
   merah dan cili api. Gaulkan ayam supaya 
   rata.

5. Maskkan garam dan gula. Bila dah secukup

   rasa barulah diangkat untuk dihidangkan.



Sedap dimakan bersam nasi panas-panas.


Sabtu, 4 April 2020

Sambal Kelapa


Assalamualaikum...

Bersua lagi dientri kali ini, moga semuanya sihat hendaknya.

Biasalah... semasa perintah lockdown ini, ibu2 rumahtangga lah yg sentiasa sibuk setiap hari, mencari idea nak masak apa untuk isi perut isi rumah setiap hari. Jadi diwaktu sekaranglah kita sentiasa mencari resepi yg terbaru. Kalau tiap hari masak itu2 je... memang jemulah kan...

Kali ni saya cuba buat sambal kelapa pula. Sambal ini biasanya dimakan bersama ulam-ulaman.



Resepi Sambal Kelapa

Bahan-bahan:

1 biji cili merah
5 biji cili api
1/2 inci belacan
sedikit isi ikan yg direbus atau digoreng
2 ulas bawang merah
1 cawan kelapa parut
gula dan garam
limau nipis

Bahan ulam:

apa-apa jenis ulam, kalau saya hanya ada daun pegaga dengan timun sahaja.



Cara membuatnya:

1. Tumbuk cili api, cili merah, hingga lumat,
   masukkan sedikit gula dan garam. Tumbuk 
   hingga sebati.

2. Tambah bawang merah serta isi ikan, 
   tumbuk hingga lumat. Akhir sekali masukkan
   kelapa parut. Tumbuk perlahan tapi jangan
   sampai terlalu halus. 

3. Perahkan limau nipis kedalamnya. 
   Gaul-gaulkan supaya bercampur. Siap 
   untuk dihidangkan.

* Sedap dimakan bersama ulam-ulaman.



Rabu, 1 April 2020

Masak Lemak Ikan Tongkol


Assalamualaikum...

Lama juga saya tak mengupdate blog masak-memasak yg satu ni... jadi hari saya masak ikan tongkol masak lemak.

Jom tengok resepinya...




Resepi masak lemak ikan tongkol

Resepi:

3 potong ikan tongkol
1 biji timun (di potong)
2 batang serai
1 keping asam gelugur
1 helai daun  kunyit
santan secukupnya
garam, gula serta perasa jika suka

Bahan kisar:

5 ulas bawang merah
15 tangkai cili api
1 batang cili hijau
1 inci kunyit hidup


Cara memasaknya:

1. Masukkan bahan2 blender ke dalam periuk
   bersama santan, daun kunyit serta serai.

2. Panaskan api, kacau sehingga mendididh.

3. Masukkan ikan, reneh lagi sehingga 
   mendidih. Dikacau selalu supaya santan 
   tidak pecah.

4. Masukkan timun, dikacau lagi. Akhir 
   sekali masukkan garam, gula serta 
   perasa jika suka.

5. Dikacau lagi sehingga kuah menjadi sedikit
   pekat, barulah tutupkan apinya.


* Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.