Assalamualaikum...
Selamat petang...
Semoga sahabat semua berada dalam lindungan Allah di hari Jumaat yang mulia ini.
Lama tak buat kuih dal vadei. Lihat kat blog Zila Forever, teringin pula nak makan kuih ni. Biasanya kalau terjumpa kuih ni kat gerai2 pasti dibeli. Kuih vadei memang kesukaan encik suami.
Kebetulan saya beli kacang dal ni kelmarin. Terasa seperti banyak pula, jadi separuh saya buat kuih dan separuh lagi saya goreng dengan sedikit sahaja minyak, letak garam, daun kari serta rempah sedikit, sedap dimakan macam tu je...
Resepi Kuih Vadei
Bahan-bahan:
Kacang dal
daun kari
bawang besar
cili kering
garam
perasa (jika suka)
jintan manis
Kacang dal direndam dulu sekurang-kurangnya 3 jam supaya kembang. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Cara membuatnya:
1. Bersihkan kacang dal, rendam, kemudian
toskan. tinggalkan segenggam. Selebihnya
kisar dengan menggunakan pengisar kering.
2. Cincang bawang besar, cili kering serta
daun kari. Masukkan ke dalam dal tadi.
Kemudian masukkan pula garam, perasa,
jintan manis. Gaulkan supaya bercampur.
3. Kepal 2 sudu makan adunan kuih vadei
dan leperkan.
4. Panaskan minyak, masukkan 4-5 biji kuih
vadei. Goreng hingga kekuningan.
5. Bila dah masak angkat dan toskan. Siap
untuk dihidangkan.
Sedap dimakan di waktu petang bersama teh atau kopi O panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan