Rabu, 28 Ogos 2019

Ikan Sardin Masak Kicap Pedas


Assalamualaikum...

Selamat tengahari...
Semoga teman2 semua sihat dan ceria selalu di samping tugas seharian.

Hari ni nak share masakan yang selalu menjadi kesukaan anak-anak, ikan sardin kicap pedas. Biasanya anak-anak saya memang sukakan masakan yang pedas2. Tak kiralah kalau masak ikan ke atau ayam, mesti nak yang pedas. Jadi kalau masak kicap pun mesti kena letak cili kisar. Jom tengok resepi ringkas dari dapur Diela...



Resepi Ikan Sardin Kicap Pedas

Bahan-bahan:

ikan sardin
cili kisar
garam 
kunyit serbuk
kicap lemak manis
bawang besar 
bawang putih
cili (dihiris)
minyak untuk menumis dan menggoreng 



Cara memasaknya:

1. Ikan sarden dimasukkan garam serta serbuk
   kunyit. Kemudian goreng, angkat dan 
   toskan.

2. Tumis bawang besar serta bawang putih 
   hingga layu, masukkan cili kisar, goreng
   hingga berminyak.

3. Masukkan kicap, dikacau lagi. Masukkan 
   ikan. Tambah sedikit air supaya tidak 
   hangus.

4. Perasakan dengan garam, masukkan cili
   serta bawang potong. Siap untuk 
   dihidangkan.

Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.



Sabtu, 17 Ogos 2019

Kudapan Kacang Dhal


Assalamualaikum...

Salam dihari minggu, moga semuanya sihat selalu.

Dah genap seminggu umat Islam merayakan Aidil Adha. Ada dikalangan teman-teman yg berkesempatan membuat korban atau menghadiri majlis kenduri sempena hari raya korban. Hari ni last cuti, besok anak-anak dah mula bersekolah kembali. Ramai yang bercuti di kampung sudah kembali kekediaman masing-masing.

Bercerita pula tentang masak-memasak pula. Teringat dulu-dulu waktu zaman sekolah saya, dikantin ada dijual kacang dhal pedas, kacang dhal goreng. Suka juga saya beli. Sekarang ni teringin pula nak makan makanan begitu. Jadi saya cuba goreng kacang dhal ni, letak serba sedikit bumbu-bumbu masak, terasa sedap juga. Boleh juga dijadikan kudapan buat kunyah-kunyah. 



Cara buatnya...

Kacang dhal direndam selama 3 jam atau lebih. Kemudian toskan.
Kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga kacang betul-betul masak. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk cili, garam serta sedikit perasa jika suka.
Akhir sekali masukkan daun kari. Goreng lagi sehingga daun kari layu. Kemudian angkat dan sejukkan. Bila makan daun kari rangup je...




Kacang dhal kaya dengan pelbagai khasiat dan Kebaikan untuk tubuh terutama kandungan protein dan kalsium. 

Untuk info KEBAIKAN dan KHASIAT KACANG DHAL, ini yang saya dapati hasil bacaan dari Google. 

1. Kacang dhal tinggi dengan kandungan
   kalsium,  malah dikatakan kandungan
   kalsium di dalam kacang dhal setanding
   kandungan kalsium di dalam Yogurt. 

2. Kacang dhal amat bagus bagi sistem
   pencernaan,  ia dikatakan membantu dalam
   proses penghadaman sekaligus mengurangkan
   masalah sembelit. 

3. Bagi anda yang sedang berdiet, diet tinggi
   protein terutama untuk ahli bina badan 
   atau jaga badan,  kacang dhal adalah menu 
   tinggi protein dan kalsium yang bagus 
   untuk diamalkan. 

4. Jika anda sedang berdiet dan ingin menu
   masakan yang tahan lapar untuk jangka 
   masa lama,  kacang dhal adalah antara menu
   pilihan terbaik untuk mengawal nafsu makan
   anda kerana ia membuatkan anda kenyang
   lebih lama. 

5. Kacang dhal tinggi serat, mengandungi 
   flavoneid, antioksidan Yang tinggi, zat
   besi dan pelbagai galian yang lain yang
   turut membantu mengurangkan risiko 
   penyakit usus dan barah payu dara. 

6. Kandungan serat didalam kacang dhal turut
   membantu dalam mengurangkan kandungan 
   kolesterol dalam darah juga membantu
   mengurangkan risiko kencing manis ini
   termasuk mengurangkan risiko penyakit 
   jantung dan penyakit kardiovaskular lain. 

7. Kandungan Vitamin E didalam kacang dhal
   turut membantu mengurangkan risiko
   parkinson. Anti oksida lain yang terdapat
   dalam kacang dhal seperti zat besi
   mengurangkan risiko anemia. Zat galian 
   dan vitamin lain serta ciri antioksidan
   yang terdapat dalam kacang dhal turut
   mengurangkan risiko mati pucuk di kalangan
   lelaki berumur. 

8. Kacang dhal mengandungi 26% protein jika
   anda inginkan sumber protein tanpa alahan 
   kepada binatang anda boleh menggantikan 
   kacang dhal buat sementara waktu terutama 
   jika anda dalam proses Topical Steroid
   Withdrawal atau ekzema. 

9. Kacang dhal juga bagus untuk kesihatan
   buah pinggang.  Ia meningkatkan
   metabolisme buah pinggang dan turut
   membantu mengekalkan otot dan fungsi 
   buah pinggang. 


Memang patut kita makan kacang dhal ni selalu kerana banyak kebaikan dan khasiat untuk badan kita. Macam2 boleh dimasak dengan kacang dhal ni, boleh dimasak kari dhal, dhalca, kuih dhal, digoreng begitu saja dan macam2 lagi.


Ahad, 11 Ogos 2019

Juadah Raya Aidil Adha


Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua... moga semuanya sihat dikala ini. hari ni adalah hari raya yang kedua. Mungkin masih ada dikalangan teman2 yang melakukan ibadah korban, semoga semuanya berjalan lancar.

hari ni nak cerita pula tentang juadah hari raya semalam. Masak pun yang mudah2 je... Biasanya setiap kali raya saya akan buatkan  ketupat palas. Tapi kali ni saya cuba buat lontong pula. First time buat lontong ni, risau juga. Alamdulillah  menjadi, dan sedap pula tu... 



Resepi Sayur Lodeh

Bahan- bahan:



10 tangkai kacang panjang (hiris serong)
4 keping tauhu (dipotong kiub 
   dan di goreng sekejap)
50 gram fucuk (rendam hingga lembut)
1 batang lobak merah saiz sederhana 
    (dipotong seperti anak mancis)
1 biji sengkuang saiz kecil (dipotong 
    seperti anak mancis)
3 keping tempe (dipotong kiub)
1/4 bahagian kobis bulat (dihiris kecil)
1 biji kentang saiz besar (kupas dan 
    potong seperti anak mancis)
santan cair
pati santan
Air jika perlu
udan hidup
1 cekak soo hoon (kerat pendek)
2 batang serai (dititik)
1/2 inci lengkuas (diketuk)
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 biji cili merah (dibuang biji)

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk 
  (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik 
   dan lengkuas hingga harum. 

2. Masukkan bahan kisar halus dan 
   serbuk kunyit. Kacau rata dan masak 
   hingga terbit minyak, guna api kecil 
   dan kacau selalu.

3. Masukkan lobak merah, sengkuang 
   dan kentang. Kacau rata dan tuang 
   santan cair. Biar mendidih. 

4. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk 
 (toskan).Masak hingga semua lembut.
  Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. 
  Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit 
  air. Biar mendidih.

5.Tuang pati santan dan perasakan 
  dengan garam dan gula secukup rasa. 
  Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau 
  dan masak dengan api sederhana hingga 
  soo hoon lembut. Rasa dan jika ok 
  boleh matikan api. 

6.Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit,
  serunding, sambal tumis dan telur rebus...



Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan:


1/2 kg kacang tanah

2 batang serai dititik
air asam jawa
gula melaka
minyak masak
Garam dan gula pasir secukup rasa

Bahan kisar :
cili kering dibuang biji dan direbus hingga mendidih
1 ulas ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Penyediaan kacang tanah :
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Apabila
   kacang masak buangkan kulitnya.
2. Sejukkan kacang tanah tadi.
3. Tumbuk kasar kacang tanah menggunakan
   lesung.

Cara buat kuah kacang :
1. Panaskan minyak masak terlebih dahulu
2. Kemudian tumis serai yang telah dititik 
   hingga naik baunya.
3. Masukkan bahan-bahan kisar.
4. Masak hingga cili  yang dikisar tadi         telah masak sepenuhnya
5. Masukkan air asam jawa dan kacang yang
   telah ditumbuk.
6. Masukkan gula melaka, gula pasir dan 
   garam secukup rasa.
7. Masak hingga mendidih dan pecah minyak.
Untuk nasi impit saya hanya beli yandijual dipasaraya, cuma perlu direbus sahaja. Dan untuk resepi rendangnya pula saya buatkan mengikut resepi yansaya gunakan sebelum ini.



Salam Aidil Adha 2019


Assalamualaikum...

Selamat petang dan salam Aidil Adha saya ucapkan kepada teman2 sekalian, semoghari raya korban ini membawa keberkatan kepada kita semua. 

Mungkin ada diantara teman2 yang berkesempatan pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga di samping melakukan ibadah korban. Semoga semuanya berjalan lancar.

hari Raya korban kali ini saya dan kelurga tidak pulang beraya di kampung, tapi insyaallah akan pulang hari raya ketiga  nanti sambil menjenguk anak yang bersekolah disana.



Jadi sempatlah kami beraya kerumah saudara mara yang ada disini, saya simpankan photo dihari raya di sini untuk kenangan.








Beraya dirumah adik ipar.





Beraya di rumah abang ipar.



Jumaat, 9 Ogos 2019

Kuih Dal Vadei

Assalamualaikum...

Selamat petang...
Semoga sahabat semua berada dalam lindungan Allah di hari Jumaat yang mulia ini.

   Lama tak buat kuih dal vadei. Lihat kat blog Zila Forever, teringin pula nak makan kuih ni. Biasanya kalau terjumpa kuih ni kat gerai2 pasti dibeli. Kuih vadei memang kesukaan encik suami.

   Kebetulan saya beli kacang dal ni kelmarin. Terasa seperti banyak pula, jadi separuh saya buat kuih dan separuh lagi saya goreng dengan sedikit sahaja minyak, letak garam, daun kari serta rempah sedikit, sedap dimakan macam tu je...



Resepi Kuih Vadei

Bahan-bahan:

Kacang dal 
daun kari 
bawang besar
cili kering
garam
perasa (jika suka)
jintan manis



Kacang dal direndam dulu sekurang-kurangnya 3 jam supaya kembang. Kemudian cuci bersih dan toskan.





Cara membuatnya:

1. Bersihkan kacang dal, rendam, kemudian
   toskan. tinggalkan segenggam. Selebihnya 
   kisar dengan menggunakan pengisar kering.

2. Cincang bawang besar, cili kering serta
   daun kari. Masukkan ke dalam dal tadi.
   Kemudian masukkan pula garam, perasa,
   jintan manis. Gaulkan supaya bercampur.

3. Kepal 2 sudu makan adunan kuih vadei 
   dan leperkan.

4. Panaskan minyak, masukkan 4-5 biji kuih
   vadei. Goreng hingga kekuningan.

5. Bila dah masak angkat dan toskan. Siap 
   untuk dihidangkan.


Sedap dimakan di waktu petang bersama teh atau kopi O panas.


Rabu, 7 Ogos 2019

Kuih Samperit Pandan


Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua...

hari ni terasa rajin pula. Almaklumlah hari raya  haji bakal tiba dua tighari lagi, Kebetulan barang -barang lebihan buat kuisemasa raya puasa tempoh hari masih ada lagi, jadi saya buatkanlah biskut samperit pandan.


Kali ini saya cuba resepi dari Nazrah Bakery pula. Boleh tahan juga sedapnya. Saya kongsikan resepinya disini pula untuk dijadikan rujukan saya dan teman2 nanti di masa akan datang . 



Resepi Kuih Samperit Pandan

Bahan-bahan:

Bahan A

200 gm mentega
100 ggula ising
2 biji kuning telur
1/4 sdt pandan pes
1/4 sdt pewarna hijau pandan

Bahan B

250 gm tepungandum
50 gm tepun jaung
30 gm tepung kastad
Ceri merah utk hiasan.



Cara membuatnya:

1. Sebatikan bahagian A.

2. Kemudian masukkan bahagian B dan uli rata.

3. gunakan acuan samprit dan paipkan.
   Letakkan ceri sebagai hiasan.

4. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 140C
   selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

5. Keluarkan biskut dari oven dan sejukkan.