Selasa, 28 Mei 2019
Biskut Samprit Dahlia
Assalamualaikum...
Selamat malam semua... moga sahabat semua sihat-sihat hendaknya.
Siang tadi sempat juga buat biskut raya, maklumlah raya kalau ada biskut tak best pulak. Anak2 dok sebok tanya bila nak buat kuih raya. Jadi hari ni merajinkan diri buat biskut samprit dahlia.
Biasanya buat biskut yg original, tapi kali ni cuba buat yang ada colour2 sikit.
Resepi Samprit Dahlia
Bahan-bahan:
250 gm buttercup
50 gm gula kastor
120 gm susu pekat manis
400 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad
1 sdt esen vanila
sedikit pewarna pink
Cara-caranya:
1. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk
mixer, pukul sebati.
2. Masukkan susu dan esen vanilla, pukul
lagi.
3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastad
dan masukkan kedalam adunan. Gaul dengan
tangan hingga jadi doh lembut.
4. bahagikan doh kepada 2 bahagian. biar satu
bahagian dengan warna yg asal, satu
bahagian lagi letak warna kesukaan. Saya
letak warna pink.
5. Bolehlah tekan diatas dulang yang telah
digris.
6. Bakar suku 160 C selama 15-20 minit ikut
kesesuaian oven masing-masing. Guna api
atas dan bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan