Jumaat, 31 Mei 2019

Ayam Ungkep


Assalamualaikum...

Selamat pagi... moga sahabat semua sihat selalu. Dan semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna disaat-saat akhir Ramadhan ini.

Kali ni nak cerita pula mengenai masakan ayam ungkep yg saya cuba dari resepi Amie's little Kitchen .

Sebenarnya tak suka sangat dengan ayam, tapi anak2 yang begitu suka ayam. Kalau masak ikan masing2 tak berapa gemar makan ikan. Jadi, nak tak nak kena lah masak ayam juga. Kalau masak itu itu juga boringlah pulak. Jadi saya cubalah masak ayam ungkep, resepi dari sis Amie.

Boleh tahan jugak rasanya... memang sedap. Jom tengok resepinya.




Resepi Ayam Ungkep

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (dibersihkan dan dilumur 
       garam kunyit)
3 batang serai (dititik)
air asam jawa
garam dan gula
minyak utk menumis

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 sdb biji ketumbar
1 sdb jintan manis
1 sdb jintan putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
20 biji ciliapi




Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar
   sehingga terbit minyak.

2. Masukkan bancuhan air pati asam jawa 
   dan biarkan hingga mendidih. Kemudian 
   masukkan  serai dan daging ayam 
   dan kemudian gaul rata hingga ayam
   kelihatan layu atau berubah warna.

3. Tambahkan air,garam/gula/perasa pilihan.                                           
4. Tutup kuali rapat-rapat. Gunakan api
   sederhana.

5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan 
   daging ayam tidak hangus kekeringan atau
   hancur.

6. Apabila kuah hampir kering, dan terbit
   minyak (jika suka kuahnya, tak perlu masak
   sampai kering) dan ayam empuk, padamkan 
   api dapur.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Khamis, 30 Mei 2019

Biskut Tat Nenas Gulung


Assalamualaikum...

Baru je selesai membakar biskut tat nenas gulung. Kali ini saya cuba resepi dari FB Suhaila Azhar. Memang nampak gebu biskutnya.

Belum pun selesai membakar si kecik dok ulang makan biskutnya. Memang sedaplah tu nampak gayanya.

Jom tengok resepinya...


Resepi Biskut Tat Nenas Gulung

Bahan-bahan:

1 ketul butter 250 gm *
1 sdb minyak sapi *
1 sdb gula aising *
2 biji kuning telur *
sedikit pewarna kuning telur *
3 1/2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung kastad
2 sdb tepung jagung

jem nenas secukupnya ( beli yg dah jadi)


Cara membuatnya:

1. Mula2 gaul sebati bahan yang bertanda *
   guna senduk.

2. Kemudian masukkan tepung gndum, tepung 
   kastad dan tepung jagung.

3. Uli kesemua bahan hingga tidak melekat di
   tangan. Kalau lembik tambahkn tepung
   gandum sedikit.

4. Kemudian terapkan, letak inti dan glaze
   kuning telur. (Glaza: 2 biji kuning telur,
   1 sudu air dan beberapa titis pewarna
   kuning dikocok sebati dan sapu atas tat 
   sebelum dibakar.

5. Seterusnya bakar selama 30 minit pada suhu
   180C menggunakan api atas bawah atau
   sehingga garing.

6. Bila biskut dah sejuk simpan didalam bekas
   kedap udara.



Biskut Cokelat


Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua. Semoga hari ini bertambah ceria, serta dapat menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya.

Sementara nak masak untuk berbuka, saya updatekan dulu tentang masakan biskut yg sempat saya buat hari ini.

Biasanya anak2 memang suka dengan cokelat, kalau beli aiskerim ke, roti ke, jem ke mesti pilih yg berperisa cokelat. Jadi kali ini saya cuba buatkan biskut cokelat pula utk lebaran nanti.




Resepi Biskut Cokelat

Bahan-bahan:

250 gm butter
1 biji kuning telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
1 sdt esen vanilla
3 cawan tepung gandum
cokelat rice sebagai hiasan
acuan biskut mengikut citarasa






Cara membuatnya:

1. Masukkan butter dan kuning telur ke dalam
   mesin adunan, putar hingga sebati.

2. Masukkan pula gula dan esen vanilla,
   teruskan mengadun.

3. Seterusnya tuangkan kedalam bekas besar
   dan serbuk koko, tepung jagung serta
   tepung gandum sedikit demi sedikit.

4. Uli sehingga sebati, sekiranya adunan
   masih lembut, tambahkan tepung. Uli 
   sehigga adunan tidak melekat di tangan.

5. Ambil sedikit adunan dan gelekkan, terap
   dengan acuan yang disukai.

6. Sapu telur putih dan tabur cokelat rice
   di atasnya.

7. Bakar dengan suhu 160 C selama 30 minit
   atau mengikut oven masing-masing.


Selasa, 28 Mei 2019

Biskut Samprit Dahlia


Assalamualaikum...

Selamat malam semua... moga sahabat semua sihat-sihat hendaknya.

Siang tadi sempat juga buat biskut raya,  maklumlah raya kalau ada biskut tak best pulak. Anak2 dok sebok tanya bila nak buat kuih raya. Jadi hari ni merajinkan diri buat biskut samprit dahlia. 

Biasanya buat biskut yg original, tapi kali ni cuba buat yang ada colour2 sikit.


Resepi Samprit Dahlia

Bahan-bahan:

250 gm buttercup
50 gm gula kastor
120 gm susu pekat manis
400 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad
1 sdt esen vanila
sedikit pewarna pink


Cara-caranya:

1. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk 
   mixer, pukul sebati.

2. Masukkan susu dan esen vanilla, pukul
   lagi.

3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastad 
   dan masukkan kedalam adunan. Gaul dengan 
   tangan hingga jadi doh lembut.

4. bahagikan doh kepada 2 bahagian. biar satu
   bahagian dengan warna yg asal, satu
   bahagian lagi letak warna kesukaan. Saya
   letak warna pink.

5. Bolehlah tekan diatas dulang yang telah
   digris.

6. Bakar suku 160 C selama 15-20 minit ikut 
   kesesuaian oven masing-masing. Guna api 
   atas dan bawah.



Sabtu, 18 Mei 2019

Kuih Buah Melaka


   Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua... selamat berpuasa. Hari ni dah 14 hari seluruh umat islam berpuasa. Terasa cepatnya masa berlalu, sedar2 dah hampir setengah bulan kita menjalankan ibadah puasa.

Bercerita pula mengenai menu berbuka dibulan ramadhan. Kuih yg selalu saya akan buat yaitu buah melaka. Teringat dulu2 bila bulan puasa je emak suka buat kuih ni. Lepas tu bagi kat jiran2 sebelah rumah. Kemudian pula, jiran balas pula dengan kuih yg lain. Jadi setiap petang terhidang 3 atau 4 jenis kuih.
untung kan... 

Buah melaka saya kali ni berwarna hijau. Sekarang ni buah melaka dah macam2 perasa dan perisa. Nak rasa ros letak esen ros, kalau tak ada daunpandan boleh letak esen pandan Dan juga lagi boleh letak keledek, labu dan macam2 lagi. Tapi saya lebih suka rasa yang aslinya, cuma letak pewarna hijau je.


Resepi Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan:
2 senduktepung pulut
2 sdb tepung beras
air
sedikit pewarna

gula gerek
kelapa parut muda
sedikit garam




Cara menyediakan dan memasak:


  1. Gaulkan tepung pulut, tepung beras.
  2. Daun pandan dipotong kecil2 dan dikisar dgn sedikit air.
  3. Tapis air daun pandan tadi, campurkan beberapa titik pewarna hijau & tuang sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung hingga menjadi doh.
  4. Ambil doh (ikut saiz kegemaran anda) bentukkan bulat2 & masukkan inti (gula melaka) di tengah.
  5. Rebuskan di dalam air mendidih. Bila kuih timbul di permukaan itu menandakan kuih sudah masak.
  6. Golekkan ke atas kelapa muda yang telah digaulkan dgn sedikit garam sewaktu masih panas & boleh lah dihidangkan.


Jumaat, 10 Mei 2019

Menu Berbuka Puasa 3 Ramadhan 2019


   Assalamualaikum...

Baru nak update my blog kesayangan ni... Biasa lah kalau puasa saya lebih suka masak lauk daripada beli di bazar ramadhan. Saya cuma masak yang simple2 je.

Kalau kuih muih kadang-kadang encik somi atau anak bujang yang suka beli.




Menu berbuka 3 ramadhan.


Resepi Sambal Udang

Bahan-bahan:
udang
cili kering (dikisar))
bawang besar (dihirisbulat)
bawang merah 
bawang putih
air asam 
garam, gula serta perasa jika suka

Cara memasaknya:
Panaskan sedikit minyak ke dlm kuali, tumis bahan hiris hingga naik bau, masukkan cili kisar.
Biarkan hingga garing atau naik minyak. masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam, gula serta perasa jika suka. 
Akhir sekali masukkan udang, biarkan seketika. 
Perasakan garam dan gulanya, jika dah secukup rasa barulah diangkat utk dihidangkam.



Tumis Buncis dengan Telur

Bahan-bahan:
kacang buncis(dipotong-potong)
lobak merah
bawang putih* 
bawang merah*
cili api@ cili merah*
sejemput ikan bilis*
garam dan gula
sebiji telur

Caramemasaknya:
bahan yg bertanda* ditumbuk terlebih dahulu.
Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau, masukkan kacang buncis. Goreng hingga bercampur, masukka garam, gula. 
Pecahkan sebiji telur, kacaukan. Angkat dan hidangkan.



Kebetulan ada buah mangga pemberian kawan encik somi. Dapatlah dimakan ketika berbuka.


Ahad, 5 Mei 2019

Bingka Kacang Hijau


Assalamualaikum... 

Selamat pagi sahabat semua...

Lama rasanya tak masak kuih, teringin punya pasal nak makan kuih bingka kacang hijau, jadi saya cuba buatkan. 

Saya cuba dari resepi Yati Memories, tapi permukaan kuihnya agak kering. Kena buat selalu, baru menjadi kot. Tapi apa pun kuihnya memang sedap.

Terima kasih Yati diatas resepinya. Saya share resepinya di sini pula... ya.



Resepi Bingka Kacang Hijau

Bahan-bahan:

1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan peket
2 cawan air
2 sdb mentega
3 biji telur
secubit garam
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
2cawan kacang hijau
bijan secukupnya


Cara membuatnya:

1. Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan
   kacang hijau dankisar sampai sebati.

2. Masukkan ke dalam periuk dan masak 
   sebentar sehingga sedikit pekat. sentiasa
   lah dikacau, guna api sederhana sahaja.

3. masukkan secawan kacang hijau yg belum 
   dikisar tadi.

4. Masukkan 1 sdb minyak masak kedalam loyng
   dan oleskan biar rata. Boleh juga guna
   mentega.

5. Panaskan loyang dalan oven sebentar, Bila
   loyang sudah panas masukkan adunan tadi.

6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180C
   selama 1 jam 15 minit atau sehingga 
   garing. Guna api atas dan bawah. kalau 
   nak garing lagi tambah masa 5 minit, 
   guna api atasshaja utk permukaan yang 
   garing.





Jumaat, 3 Mei 2019

Puding Roti Kurma Kukus


Assalamualaikum... selamat malam.

Hari ni merajinkan diri buat puding roti kurma versi kukus. Disebabkan lebihan roti yang tinggal setengah lagi tak terusik. Sayang, daripada nantinya berkulat dan akan dibuang begitu saja, jadi saya buatkan puding roti kukus.

Oleh kerana tak ada kismis, jadi saya letakkan buah kurma. Sekarang ni dah nak dekat puasa, jadi senanglah nak dapatkan kurma kat mana-mana pasaraya.

Saya ambil resepi dari blog Fiza LGK, tapi saya buatkan setengah adunan sahaja disebabkan bahannya pun terhad. Memang sedap pudingnya kalau dikukus, tapi saya rasa lebih sedap lagi kalau dibakar. Nanti kita cuba versi bakar pula. Terima kasih Fiza resepinya, saya sharekan pula disini ya...



Puding Roti Kurma

Bahan-bahan:

Bahan A
6 keping roti
2 sdb mentega (dicairkan)
1/2 cawan kurma dihiris

Bahan B
4 biji telur
2 cawan susu segar
3/4 cawan gula kastor
1 sdt serbuk kayu manis
1 sdt esen vanilla


Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus.

2. Carik-carikkan roti dan atur dalam loyang.
   Tuang mentega cair ke atasnya dan taburkan
   dengan kurma.

3. Di dalam bekas lain putar telur, susu, 
   gula kastor, serbuk kulit kayu manis dan 
   esen vanilla sehingga sebati dan gula
   hancur.

4. Tuang adunan yang dipukul tadi ke atas 
   roti, dan pastikan rotitersebut tenggelam
   dan terendan di dalam adunan tersebut.

5. Bakar selama 45 minit (api atas bawah).
   Sejukkan dahulu sebelum dipotong untuk
   disajikan.