Ahad, 28 April 2019

Sayur Bok Choy Sos Tiram


Assalamualaikum... selamat pagi

Bertemu kembali di entri kali ini,semoga sahabat semua sihat2 sahaja di hari ini.

Beberapa hari yg lepas saya masak sayur bok choy sos tiram, biasanya sayur ni saya tumis biasa saja, tapi kali ni saya cuba masak sos tiram pula. Mudah je masak sayur ni,jom tengok resepinya.


Resepi Sayur Bok Choy sos Tiram

Bahan-bahan:

4 pokok sayur bok choy
1 inci halia (dicing halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sos tiram secukupnya
1 sdt tepung jagung (tapi saya tak letak sbb 
      tak ada stok)
garam dan perasa jika suka


Cara memasaknya:

1. Sayur bok choy dibelah 2 dan dicuci
   bersih. Panaskan air, bila dah mendidih
   masukkan sayur bok choy, bila dah layu
   angkat dan toskan. Letak didalam pinggan.

2. Panaskan sedikit minyak kedalam kuali
   tumiskan bawang putih hingga garing,
   masukkan sos tiram, kemudian masukkan 
   sedikit air supaya tidak hangus.

3. Masukkan halia, kemudian masukkan tepung 
   jagung yg dibancuh dengan sedikit air.
   Kacau perlahan, masukkan pula garam dan
   perasa.

4. Angkat dan curahkan ke dalam pinggan yang
   berisi sayur tadi. Siap dihidangkan.


* Selain sayur bok choy boleh juga diganti
  dengan sayur sawi atau sayur kailan.


Rabu, 10 April 2019

Masak Lemak Cili Api Ikan Talang sama Nenas


   Assalamualaikum...

Selamat petang...
Dah lama blog kesayangan ni tak berupdate, rindu pula nak update tentang masak-memasak ni. Bukan apa sekarang ni masak hanya yang ringkas2 je, jarang cuba resepi baru. Tapi takpa lah, mudah2an doakan saya bir rajin memasak lepas ni, nanti bolehlah update selalu.

   Hari ni saya masak lemak cili api ikan masin dengan nenas. Balik kedah itu hari ada beli ikan masin. Masih ada baki lagi sedikit, jadi saya masaklah utk makan tengahari tadi.

Resepinya seperti biasa yg sebelum ni saya masak.




Resepi masak lemak ikan talang sama nenas

Bahan-bahan:

ikan talang masin
nenas
cili api
bawang besar
kunyit hidup
serai
santan secukupnya
garam dan perasa jika suka




Cara memasaknya:

1. Kisar bawang besar, cili api, kunyit, 
   bawang putih hingga lumat.

2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar tadi
   masak hingga mendidih. Masukkan serai
   serta daun kunyit.

3. Masukkan pula ikan masin bersama nenas.
   Biarkan mendidih atau sehingga ikan masak.

4. Masukkan santan  sambil dikacau-kacau
   supaya santan tidak pecah minyak.

5. Masukkan garan serta sedikit perasa jika
   suka. Siap diangkat untuk dihidangkan.




Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.