Khamis, 29 November 2018
Ayam Masak Thai
Assalamualaikum...
Selamat malam... semoga anda semua sihat2 sahaja di ketika ini.
Kali ini saya nak share kan mengenai ayam masak Thai yang sedap. Resepi ini saya dapatkan daripada FB.
Jom lihat resepinya...
Resepi Ayam Masak Thai
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang merah*
bawang putih*
cili api*
2 batang serai (dititik)
daun limau purut
sos tiram
sos cili
sos tomato
sos nampla
garam
serbuk kunyit
minyak uk menggoreng dan menumis
Cara memasaknya:
1. Ayam dibersihkan dan diletak garam serta
kunyit, biarkan seketika. Kemudian goreng
separuh masak.
2. Bahan-bahan yang bertanda * diblender
atau dikisar hingga halus.
3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali,
masukkan serai yg dititik, kemudian
masukkan bahan2 kisar. Biarkan sehingga
naik minyak.
4. Masukkan ayam, juga masukkan sos- sos tadi
beserta daun limau purut, sentiasa dikacau
supaya tidak hangit. Jika kering tambahkan
sedikit air.
5. Perasakan dengan garam serta perasa,
jika dah secukup rasa barulah diangkat utk
dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas2 beserta ulam-ulaman dan telur dadar.
Jumaat, 9 November 2018
Sagu gula merah
Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Semoga sihat dan ceria selalu di pagi Sabtu yg cerah ini.
Lama tak buat sagu gula merah ni... Teringin punya pasal, maka saya buatkan juga. Sedap dimakan ketika cuaca panas.
Biasanya utk kuahnya kita guna susu cair atau pun santan. Tapi saya hanya guna susu pekat manis dimasak dengan gula merah saja. Pun sedap juga.
Resepi Sagu Gula Merah
Bahan2:
Sagu biji direndam sekejap, masak diatas api dgn air, agak2 lah airnya. Masak dgn api kecil dan agk lama supaya biji sagunya masak dan kelihatan jernih.
Matikan api, masukkan ke dalam acuan yg disukai dan disejukkan.
Untuk kuahnya
Bahan2:
susu cair atau santan (saya guna susu pekat manis)
gula merah
daun pandan
sedikit air
Caranya:
Masukkan semua bahan kedalam periuk, masak hingga mendidih.
Cara menghidang:
Masukkan sagu yg sudah disejukkan ke dalam mangkuk, curahkan kuahnya. Siap untuk dimakan. Mudah... kan.
Rabu, 7 November 2018
Bercuti di Nawawi's Cottage sempena cuti Deepavali bersama keluarga
Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Semoga semuanya sihat2 sahaja hendaknya.
Hari ini dah bermula aktiviti seperti biasa, setelah bercuti beberapa hri sempena perayaan Deepavali. Ada yg mengambil kesempatan pulang ke kampung dan ada yg jalan2 keluar kota. Tak ketinggalan juga kami sekeluarga, jalan2 ke Nawawi's Cottage di Tampin, Negeri Sembilan.
Suka sangat dengan tempatnya disebabkan ianya terletak di kawasan kampung serta berdekatan dengan bukit. Jadi udaranya segar, sejuk dan nyaman.
Jadi kalau ke sana seelok-eloknya beramai-ramai, baru best. Dan juga mesti ada kegiatan utk anak2, baru tak boring.
Diwaktu malamnya ada berbeque beramai2 serta acara utk anak-anak. So memang meriah lah.
Aktiviti paling best utk anak-anak, mandi manda di kolam renang.
Tak ketinggalan juga sesi photo2.
Jadi tempat begini memang sangat sesuai utk diadakan acara2 seperti hari keluarga atau percutian bersama kaum keluarga.