Khamis, 26 April 2018
Goreng Cili Tempe, Ikan Bilis serta Kentang
Assalamualaikum...
Selamat malam semua...
Moga semuanya sihat2 sahaja diketika ini. Hari ini update mengenai lauk kegemaran anak-anak iaitu goreng cili tempe, ikan bilis serta kentang. Lauk ni memang selalunya menjadi pilihan terutama anak bujang saya. Kalau lama tak masak sambal ni mesti dia akan tanya.
Jadi sekali sekala saya akan masak sambal ni. Jom tengok resepinya.
Resepi goreng cili ikan bilis, tempe, kentang
Bahan-bahan:
segenggam ikan bilis
1 bungkus tempe (dipotong)
1 biji kentang (dipotong dadu)
cili api
cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
minyak masak utk menggoreng dan menumis
Cara memasaknya:
1. Ikan bilis digoreng garing. Kemudian
goreng kentang yg telah dipotong dadu.
Tempe juga digoreng.
2. Bawang besar, cili merah, cili api, serta
bawang putih diblender dengan sedikit air
hingga halus.
3. Panaskan kuali, tumis bahan kisar dengan
sedikit minyak. Masukkan sedikit belacan
serta asam keping. Biarkan cili masak
sehingga berminyak.
4. Kemudian masukkan gula serta garam secukup
rasa. Apabila sudah secukup rasa,
tutupkan api.
5. Biarkan cili sedikit sejuk baru masukkan
bahan yang digoreng tadi supaya
mengelakkan ikan bilis menjadi liat.
Gaulkan supaya bercampur. Barulah
dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Isnin, 23 April 2018
Ayam Masak Halia
Assalamualaikum...
Bertemu lagi dikali ini... semoga anda semua berbahagia selalu dihari ini.
Kali ini bercerita pula mengenai masak2 memasak. Berfikir-fikir nak masak apa hari ini dengan ayam yang berbaki. Tercari2 dalam resepi masakan ayam, terjumpalah resepi ayam masak halia daripada blog Yati Memories lalu saya mencubanya.
Resepi Ayam Masak Halia.
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
- 3 sudu besar sos tiram
- 1/2 cawan air*
- 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
- 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
- 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
- 1 biji buah tomato - belah 4
- 1/2 batng carrot - potong kecil
- minyak utk menumis
- garam dan sedikit gula
- 5 cm halia
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
- Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
- Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
- Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
- Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Jumaat, 6 April 2018
Tumis Jantung Pisang
Assalamualaikum...
Bertemu lagi di entri kali ini, kali ini mengenai masak-memasak pula. Teringat sewaktu duduk kat kampung dulu, banyak pokok pisang di sekeliling rumah. Jadi pendek kata pisang selalu ada kat rumah, tak payah beli.
Kalau ada pokok pisang mestilah ada jantung pisang. Macam-macam boleh dimasak dgn jantung pisang ni... boleh buat pajeri, kerabu atau boleh direbus begitu saja untuk dibuat ulam. Selalunya emak suka goreng begitu saja, letak sikit ikan bilis dan sedikit serbuk kunyit. Ringkas saja cara memasaknya seperti memasak sayur yg lain.
Jadi... bila terjumpa jantung pisang ni kat pasar, teringat pula tumis jantung pisang yg selau emak buat,teruslah saya membelinya.
Ni lah hasilnya...
Resepi Tumis Jantung Pisang
Bahan-bahan:
1 jantung pisang (dihiris halus2 kemudian
dimasukkan kedalam air yg diletak dgn
sedikit garam utk mengelakkan ianya
menjadi hitam)
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit serbuk kunyit
sejemput ikan bilis
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis.
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak e dalam kuali,
tumis bawang merah serta bawang putih
hingga naik bau, masukkan ikan bilis.
2. Kemudian masukkan jantung pisang yg
dihiris tadi, kacau dan tutup dgn tudung
sehingga ianya layu.
3. Masukkan pula serbuk kunyit, garam serta
gula serta cili. Letakkan sedikit air jika
terlalu kering. Rasakan ia, jika dah
secukup rasa barulah diangkat dan
dihidangkan.
Sedap dimakan dgn nasi panas-panas.