Selasa, 16 Januari 2018
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum...
Selamat malam semua pengunjung Blog Diari Diela, semoga anda semua baik2 sahaja malam ini. Baru sekarang dapat meluangkan masa mengupdate my blog.
Kali ini nak bercerita tentang masakan daging salai masak lemak cili padi. Kebetulan masih ada daging yang masih berbaki di dalam freezer. So saya cuba masakkan daging masak lemak cili api siang tadi. Saya cuba resepi dari blog Corat-coret @ Dapor GeeHut, memang sedap lauknya. Cuma saya masak tidaklah sampai naik minyak, saya sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. Itu pun memang tetap sedap, apalagi dimakan dengan nasi panas-panas. Memang tak cukup 2 pinggan nasi.
Jom kita tengok resepinya...
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan:
1/2 kg daging
1 mangkuk santan pekat
2 biji kentang (saya tambah)
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
10 - 15 biji cili api
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 cm halia
3 cm kunyit hidup
Cara memasaknya:
1. Bakar daging sehingga separuh masak
di atas api.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
bersama daging yg dihiris, kentang, serai
dan daun kunyit. Tambah sedikit air dan
masak hingga mendidih.
3. Masukkan santan, garam, gula dan asam
gelugur.Biarkan sehingga mendidih dan
pekat.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Sedapnya...
BalasPadam