Ahad, 10 Disember 2017

Kuih Cara Berlauk


     Assalamualaikum...

   Selamat pagi... semoga anda semua ceria serta berbahagia selalu. Lama tak buat kuih cara berlauk. Kelmarin saya buatkan kuih cara berlauk untuk dibawa kepengajian...

   Saya masih lagi menggunakan resepi dari Che Mat Gebu, kerana kuih caranya sangat sedap dan lembut.



Resepi Kuih Cara Berlauk

Bahan untuk lauk:


200 gm daging cincang
2sdb rempah kari daging
1 sdb sos tiram
sedikit lada hitam
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumbuk:


2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 cm halia

Bahan taburan:


1 pokok daun bawang (dihiris)
2 biji cili merah(buang biji dan dihiris 
  halus)
sedikit bawang goreng jika suka

Cara membuat inti:


1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak

   dan tumis bahan-bahan tumbuk.

2. Bila rempah naik bau, masukkan daging 
   cincang. Kacau sebentar.


3. Kemudian masukkan rempah kari, sos tiram,
   garam dan gula secukup rasa serta lada 
   hitam jika suka.


4. Biarkan sehingga daging masak dan kering
   sambil dikacau sekali sekala. Angkat dan
   ketepikan.



Bahan kuih cara:

300 gm tepung gandum
690 gm santan pekat
2 biji telur
1/2 sdt garam
1 sdb minyak masak
pewarna kuning

Caranya:


1. Satukan tepung, garam dan telur di dalam
   sebuah bekas.


2. Masukkan santan sdikit demi sedikit sambil
   dikacau dengan whisk hingga menjadi adunan
   yang licin dan halus.


3. Masukkan pewarna dan minyak, kacau rata.

Untuk membuat kuih cara berlauk:


1. Panaskan acuan kuih cara, untuk permulaan
   sapu minyak pada acuan. Step ini dilakukan
   pada permulaan sahaja, tidak perlu 
   seterusnya.


2. Tuangkan adunan dalam acuan, letakkan

   bahan inti serta bahan taburan.

3. Tutup acuan supaya kuih cepat masak. 
   Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.




Sesuai untuk sarapan pagi, minum petang atau hidangan dimajlis2 tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan