Isnin, 24 Julai 2017
Mudah memasak dengan D'Chef Paste
Assalamualaikum...
Apa khabar teman-teman blogger semua. Semoga semuanya sihat sentiasa. Kali ini nak cerita sikit tentang D'Chef Paste.Shom ada mengeluarkan produk baru iaitu D'Chef Paste.
Alhamdulillah ramai peminat perencah DChef ni... Kalau dulu Ya Rabbi ingatkan susah nak buat Nasi Briyani kan kan kan. Nak masak Asam Pedas lagilah sanggup jejauh travel ke Melaka nak makan asam pedas. Pastu kemalasan menebal nak goreng kunyit sebab takut jari tukar kaler kuning. Nak masak rendang lagilah dengan berbagai rempah kena beli walau guna sikit je.
Sekarang mudah je buka kotak, pulas tudung, ambik sudu, campak dalam periuk atau kuali. Masak jab atas dapur. Siap!
Bestkan semua dah boleh jadi Masterchef sekarang. Macam retis Masterchef la pulak. D'Chef kiranya adik beradik Masterchef jugaklah! Ya tak ya jugak barang baru dan letopsss tentu permintaan melambung tinggi... kan?
D'Chef kini didatangkan dengan 4 perisa kegemaran ramai tau...
1. D'Chef Beriyani Paste
2. D'Chef Asam Pedas Paste
3. D'Chef Beef Rendang Paste
4. D'Chef Tumeric With Garlic Paste
Tengok hasil masakannya memang sangat meyelerakan.
Antara kandungan D'Chef Paste ini adalah:-
# Tanpa aditif makanan yang berbahaya,
pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
# Menjadikan penyediaan masakan anda lebih
mudah dan cepat.
# Resepi yang lazat dan asli.
# Diperbuat daripada ramuan yang bermutu
tinggi.
# Dirumus dengan 100% herba dan rempah-ratus.
# Mengandungi serbuk teh hijau yang merupakan
sumber antioksidan yang hebat.
Resepi yang lazat dan asli, penyediaan masakan lebih mudah dan cepat, diperbuat daripada ramuan yang bermutu tinggi.
Jika ada yang berminat ingin merasai D'Chef Paste ini boleh whatsup 019 3742795.
Jumaat, 14 Julai 2017
Laksa Johor yang sangat sedap
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bertemu lagi kawan-kawan blogger. Dah lama juga blog saya ni tak berupdate. Biasalah sibuk dengan macam-macam hal, kadang-kadang mood pula kelaut.
Hari ni teringin pula nak makan laksa johor. Lihat ikan masih ada dalam simpanan, teruslah ke kedai terdekat beli apa-apa yang patut untuk memaksa laksa johor.
Saya cuba masak laksa johor menggunakan resepi dari Puan Azlita, memang sedap rasanya. Sebelum ini pun saya pernah masak guna resepi yang sama. Jom tengok resepinya...
Resepi Laksa Johor
Bahan-bahan:
1 peket spagetti
1/2 kilo ikan (apa-apa jenis ikan yg disukai)
udang kering
Bahan kisar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
15 tangkai cili kering
Kesemua bahan di atas dikisar halus.
2 sdb ketumbar
2 sdb jintan manis
Kedua-dua bahan ini disangai dan ditumbuk halus.
Bahan2 lain:
2 sdb rempah kari daging
2 sdb kerisik
3 keping asam gelugur
santan secukupnya (saya guna santan kotak)
1 ikat daun kesum
1 ikat daun selasih
1 kuntum bunga kantan- belah 2
1 batang serai- dititik
1 buku gula gula melaka
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan
kisar.
2. Masukkan serai dan masak hingga harum dan
terbit minyak.
3. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan
manis yg ditumbuk halus.
4. Kemudian masukkan pula rempah kari, masak
hingga rempah garing.
5. Bila dah garing masukkan air rebusan
udang serta air rebusan ikan.
6. Biarkan kuah merenih sebentar. Masukkan
pula santan, udang kering yg telah dikisar
halus.
7. Kemudian masukkan pola bahan-bahan lain
seperti isi ikan, asam gelugur, isi udang,
kerisik, gula merah, bunga kantan,daun
kesum, daun selasih.
8. Akhir sekali perasakan dengan garan serta
gula secukup rasa.Biarkan kuah mendidih
dan pekat sedikit.
Sementara itu kita celurkan spageti.
Spageti
Spageti 1 peket
sedikit garam
sedikit minyak masak
air secukupnya untuk merebus
1. Panaskan air hingga mendidih, kemudian
masukkan spageti. Masak hingga spageti
kembang dan lembut.
2. Masukkan garam dan sedikit minyak masak,
kacau rata. Kemudian toskan airnya.
Laksa johor juga dimakan bersama ulam-ulaman
seperti
Timun- buang empulur dan dihiris bulat
Bawang besar- dihiris bulat
Taugeh
kacang panjang dihiris halus
daun kesum- dimayang halus
daun selesih- dimayang halus
bunga kantan- dimayang halus
limau kasturi
lobak masin
Untuk menghidang, masukkan spageti ke dlm mangkuk. Masukkan kuah serta masukkan bahan2 yg dihiris halus. Sedia untuk dimakan.