Rabu, 21 Disember 2016
Majlis Perkahwinan Sepupu
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam penuh keceriaan dimusim cuti sekolah ini. Biasalah di musim cuti sekolah, ramai dikalangan ibubapa yang mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan anak-anak mereka.
Begitu juga dengan emak saudara saya, juga melangsungkan perkahwinan anak tunggalnya Norain binti Abdul Hamid. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya seperti apa yang dirancang. Jom layan photonya yang sempat diambil.
Dua mempelai bersanding dipelaminan indah.
Ketibaan penganti lelaki ke rumah pengantin perempuan.
Pengantin sedang menyantap makanan dengan pelbagai hidangan lauk pauknya.
Bergambar bersama ibu pengantin perempuan dengan serta emak saudara.
Perut pun dah kenyang, sesi bersantai-santai pulak.
Serba sedikit buahtangan dari pengantin lelaki.
Sempat juga bergambar bersama satu keluarga.
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Norain binti Abdul Hamid bersama pasangannya Mohd Aizat, semoga perkahwinan yang dibina oleh mereka ini akan terus berkekalan hingga ke akhir haayat. Aminnn....
Sabtu, 17 Disember 2016
Tahniah My Son.
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia semua teman-teman, semoga anda semua ceria selalu hendaknya di hujung minggu ini.
Lama juga saya tidak mengupdate blog kesayangan saya ini, sentiasa sibuk dengan kegiatan harian serta sibuk menyiapkan tempahan crochet dari customer. Baru sekarang sempat meluangkan sedikit masa untuk blog saya yang terbiar ini. Alhamdulillah baru-baru ini my son baru sahaja selesai menamatkan diploma di GMI. Mudah-mudahan selepas ini anakanda berminat pula menyambung ijazah pula.
Bersama dua daripada adik-adiknya.
Tahniah buat anakanda Zohar Sathori Bin Hj. Mohd Rahimi, semoga kejayaannya ini akan memberi semangat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang seterusnya serta dapat menyuntik semangat untuk adik-adiknya supaya lebih berjaya dalam pelajaran. Insyaallah....
Khamis, 20 Oktober 2016
Ikan Siakap Stim Halia
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam di hari Jumaat yang penuh keberkahan ini, semoga teman-teman semua beroleh rahmatnya.
Bersua lagi dientri kali ini, hari ini saya masak ikan siakap stim halia. Masakan yang dimasak stim atau dikukus memang sangat baik untuk kesihatan kerana tidak berminyak atau tidak bersantan. Sekali-sekala sedap juga makan masakan begini, apalagi dimakan bersama sambal belacan serta ulam-ulaman. Mau bertambah juga nasinya.
Jom tengok resepinya...
Resepi Ikan Siakap Stim Halia
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
2.5 cm halia
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 ulas bawang besar
3 batang serai
1/2 sdb serbuk lada hitam
6 sdb sos tiram
2 biji limau nipis
1 biji clil merah
1 biji tomato
1 tangkai daun sup (saya guna daun ketumbar)
garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Halia, bawang merah, bawang putih ditumbuk
dan digaul pada ikan bersam sos tiram,
garam serta serbuk lada hitam. Perapkan
selama 15 minit.
2. Cili merah, tomato, bawang besar serta
daun sup yang telah dihiris ditabur di
atas ikan. Letakkan serai yang diketuk.
Tomato pula untuk dapatkan sedikit rasa
masam agar seimbang dengan sos tiram.
3. Stim atau kukus ikan serta ramuannya
selama lebih kurang 20 minit. Kira-kira
5 minit sebelum diangkat perahkan limau
nipis. Siap untuk dihidangkan.
Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola
Assalamualaikum wrh... wbr...
Jom sama-sama kita support segmen yang dianjurkan oleh dik Fathin Amelia. Jika anda ingin join bolehlah klik kat banner.
Tarikh tamat : 30hb Okt 2016.
Khamis, 13 Oktober 2016
Majlis Perkahwinan Muadz
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi dientri kali ini... Minggu kelmarin berlangsungnya majlis pernikahan anak saudara my hubby Mohd Muadz dengan pasangannya.
Keluarga sebelah pengantin lelaki.
Bergambar bersama pasangan pengantin.
Sabtu, 8 Oktober 2016
Kuih Apam Mentega Gula Hangus
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam di hari minggu untuk teman-teman semua, semoga anda berbahagia selalu di hujung minggu ini.
Teringin nak makan apam kukus, jadi hari ni merajinkan diri buat apam mentega kukus. Saya ambil resepinya dari Yati Memories. Apamnya naik meninggi dan gebu-gebu pulak... tu. Sedap sangat dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam bersama secawan kopi.
Terima kasih Yati Memories di atas perkongsian resepinya. Saya copykan resepinya dan letakkan disini pula untuk rujukan saya di masa akan datang nanti.
Resepi Kuih Apam Mentega
Bahan-bahan:
Bahan A untuk gula hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
Bahan B
3/4 cawan gula castor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 sdt soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sdt esen vanila
Cara membuat gula hangus:
1. Masukkan gula dalam periuk, masak dengan
api yang perlahan hingga gula larut dan
berwarna perang.
2. Padamkan api (untuk mengelakkan air gula
terpercik semasa kita tuang air) dan
masukkan air. Nyalakan semula api dan
kacau hingga semua larut dan masukkan
mentega. Kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega:
1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga
kembang dan masukkan gula hangus yang
masih panas tadi. Kemudian masukkan susu
selang selikan dengan tepung, gaul semua
hingga sebati.
2. Perap selama 1/2 jam.
3. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu
sedikit minyak. Adunan ini jika dituang
penuh tidak mengapa kerana ia tidak akan
melimpah.
4. Jika guna acuan lompang kukus selama 15-
20 minit. Tutup pengukus dengan kain untuk
mengelakkan wap tidak jatuh ke bawah.
5. Angkat dan boleh dimakan bersama kelapa
parut .
Isnin, 3 Oktober 2016
Majlis Perkahwinan Anak Saudara
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua kembali dientri kali ini, selamat menyambut maal hijrah saya ucapkan kepada semua teman-teman, dan semoga teman-teman semua beroleh kebahagiaan di tahun baru hijrah ini.
Alhamdulillah hari Sabtu kelmarin, sempat hadir berarak mengiringi pengantin lelaki ke majlis kenduri dipihak perempuan.
Cantiknya pelamin yang indah dihiasi dengan jambangan bunga-bungaan. Sebenarnya dipihak perempuan punyai dua pasangan pengantin iaitu adik serta abangnya.
Ibubapa Muaz bergambar bersama kedua-dua pasangan pengantin.
Alhamdulillah masing-masing sudah kenyang menikmati hidangan makanan. Di belakang sana kelihatan kedua pasangan pengantin mungkin dah selesai makan.
Si kecik pun tak ketinggalan bergambar juga.
Itulah serba sedikit yang sempat di rakamkan sebagai kenangan. Jumpa lagi di next entri.
Khamis, 22 September 2016
Daging Masak Hitam
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam ceria untuk semua, semoga anda ceria ceria selalu hendaknya.
Daging korban kelmarin masih ada lagi berbaki di dalam petisejuk. Tercari-cari juga resepi apa yang ringkas tapi sedap kalau dimasak daging ni. Tengok kat pakcik google maka terjumpalah resepi daging masak hitam dari dapur Kak Azie Kitchen, so saya cubalah resepi dari dia.
Ternyata memang sedap rasanya, apalagi dimakan dengan nasi panas-panas. Anak-anak pun cakap memang sedap lauknya. Izinkan saya copykan resepinya disini pula ya untuk rujukan saya di masa mendatang.
Resepi Daging masak hitam
Bahan-bahan:
1 kg daging
1/2 botol kicap pekat
sedikit gula
air asam jawa secukupnya
Bawang besar (dihiris)
5 biji cili api (saya tambah)
Bahan kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering
4 @ 5 inci halia
3 biji bawang besar
6 biji buah keras
1 labu bang putih
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, masukkan daging dan kacau
rata.
2. Kemudian masukkan bahan kisar serta
bahan-bahan yang lain. Biarkan masak
sehingga daging lembut dan pecah minyak.
3. Akhir sekali masukkan air asam jawa, gula
serta garam.
4. Masukkan pula hirisan bawang besar serta
cili api jika suka. Angkat dan sedia
untuk dihidangkan.
Selasa, 20 September 2016
Kerepek Pisang
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia semua, semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya.
Hari Raya Haji kelmarin sempat berhari raya di kampung, sewaktu pulang emak berikan pisang muda. Hampir satu mayang jugaklah. Banyak tu.... Nantinya kalau tak dimanfaatkan takut rosak pulak jadinya. Maka saya merajinkan diri mengupas lalu membuat kerepek pisang. Tak susah pun nak buat kerepek pisang ni.
Resepi kerepek pisang
Bahan-bahan:
pisang muda
garam
minyak masak secukupnya
Caranya:
1. Kupas pisang, kemudian rendam didalam air
garam.
2. Hiris pisang nipis nipis.
3. Panaskan minyak masak, goreng hingga
sedikit kekuningan, angkat.
4. Sejukkan dahulu, kemudian simpan di dalam
bekas kedap udara.
Inilah rupanya pisang yang belum masak. Puas jugalah mengopek, lagi pula pisang ini punyai banyak getah. Jadi pisang yang sudah siap dikupas direndam didalam air garam untuk mengelakkan ianya menjadi hitam.Kemudian barulah dihiris nipis dan terus digoreng di dalam minyak panas.
Kerepek pisang yang sudah siap digoreng.
Sedap untuk dijadikan kupapan.
Jumaat, 16 September 2016
Giveaway Mangkuk Tingkat By El Darwena
Assalamualaikum wrh... wbr...
Jom sama-sama kita join GA yang dianjurkan oleh El Darwena ini. Jika teman-teman nak ikut join bolehlah klik kat banner.
Tarikh tutupnya : 15/10/2016
Rabu, 14 September 2016
Ketupat Palas Pulut Hitam
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam Aidil Adha saya ucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat sekalian. Semoga anda semua berada dalam lindungan Allah selalu.
Ketupat daun palas ni memang sangat terkenal di sebelah utara tanahair. Biasanya ketupat ini dibuat menggunakan beras pulut sahaja. Kadangkala ianya dicampur dengan kacang merah, jagung, pulut hitam dan sebagainya untuk menambah kesedapan. Jom tengok resepinya...
Resepi ketupat palas pulut hitam
Bahan-bahan:
1/2 kilo pulut susu
1 kilo pulut hitam
5 helai daun pandan
santan pekat dari 3 biji kelapa
garam secukupnya
Cara memasaknya:
1. Pulut hitam hendaklah direndam terlebih
dahulu. Pulut putih hanya sekadar dicuci
bersih dan toskan, ketepikan.
2. Masak santan pekat didalam kuali, kemudian
masukkan daun pandan serta garam. Biarkan
sehingga mendidih serta sedikit pekat
santannya.
3. Kemudian masukkan pulut hitam, masak
sehingga ia sedikit lembut dan diikuti
pula masukkan pulut putih pula. Kacau
selalu supaya tidak hangit. Biarkan
sehingga ia kering.
4. Bila sudah kering, angkat dan sejukkan
seketika sebelum proses membalut ketupat.
Setelah ketupat selesai dibalut, barulah direbus pula menggunakan air. Kemudian rebus sehingga airnya kering, angkat dan sejukkan.
Beginilah rupanya ketupat yang telah siap direbus. Sedap dimakan dengan apa-apa lauk seperti rendang ayam atau daging, kari ayam ayam atau daging dan sebagainya.
Rabu, 7 September 2016
Biskut Samprit Mak Datin
Assalamualaikum wrh... wbr...
Alhamdulillah dapat lagi bersiaran di hari ini, semoga anda semua ceria selalu hendaknya. Entri kali ini mengenai biskut raya. Minggu depan kita akan menyambut hari raya Aidil Adha. Jadi kali ni terasa rajin pula nak makan biskut raya. So saya cuba buatlah biskut samprit mak datin ni. Saya ambil resepi dari Rohah, Damai Qalbu.
Memang sedap rasanya biskut samprit ni, disamping itu ia juga sangat rangup apabila dikunyah. Terima kasih Rohah di atas perkongsian resepi ini, izinkan saya letakkan resepinya disini pula untuk rujukan saya nanti.
Resepi Biskut Samprit Mak Datin
Bahan-bahan:
1 cawan gula halus
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung/kanji
1 cawan mentega yang dipanaskan
1 atau 2 biji telur
sedikit serbuk koko (saya tambah)
manik warna warni untuk hiasan
Cara membuatnya:
1. Semua baahan dicampur, gaul sampai sebati
dan terap menggunakan acuan samprit.
2. hiaskan dengan coklat rice atau manik gula
atau mengikut citarasa.
3. Bakar menggunakan suhu 180 C selama 15
hingga 20 minit.
4. Sejukkan dahulu, simpan di dalam bekas
kedap udara.