Sabtu, 8 Oktober 2016
Kuih Apam Mentega Gula Hangus
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam di hari minggu untuk teman-teman semua, semoga anda berbahagia selalu di hujung minggu ini.
Teringin nak makan apam kukus, jadi hari ni merajinkan diri buat apam mentega kukus. Saya ambil resepinya dari Yati Memories. Apamnya naik meninggi dan gebu-gebu pulak... tu. Sedap sangat dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam bersama secawan kopi.
Terima kasih Yati Memories di atas perkongsian resepinya. Saya copykan resepinya dan letakkan disini pula untuk rujukan saya di masa akan datang nanti.
Resepi Kuih Apam Mentega
Bahan-bahan:
Bahan A untuk gula hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
Bahan B
3/4 cawan gula castor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 sdt soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sdt esen vanila
Cara membuat gula hangus:
1. Masukkan gula dalam periuk, masak dengan
api yang perlahan hingga gula larut dan
berwarna perang.
2. Padamkan api (untuk mengelakkan air gula
terpercik semasa kita tuang air) dan
masukkan air. Nyalakan semula api dan
kacau hingga semua larut dan masukkan
mentega. Kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega:
1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga
kembang dan masukkan gula hangus yang
masih panas tadi. Kemudian masukkan susu
selang selikan dengan tepung, gaul semua
hingga sebati.
2. Perap selama 1/2 jam.
3. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu
sedikit minyak. Adunan ini jika dituang
penuh tidak mengapa kerana ia tidak akan
melimpah.
4. Jika guna acuan lompang kukus selama 15-
20 minit. Tutup pengukus dengan kain untuk
mengelakkan wap tidak jatuh ke bawah.
5. Angkat dan boleh dimakan bersama kelapa
parut .
i like that yemek tarifleri thank you
BalasPadam