Ahad, 24 Julai 2016
Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak
Assalamualaikum wrh... wbr...
Jom sama-sama kita join giveaway rebut duit rya RM50.00 bersama Cik Akak. Kalau nak join bolehlah klik kat banner.
Tarikh tamatnya : 25hb Julai 2016.
Khamis, 21 Julai 2016
Biskut Samperit Susu
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia teman-teman semua....
Kali ini saya entrikan menu yang tertunggak sebelum raya kelmarin, biasalah kalau buat biskut mesti time raya je... Biskut samprit susu ni firstime saya buat. Suka sangat dengan kejadiannya. Cantik je bentuk bunganya, bila bakar tak mengembang pula. Sebelum ni buat biskut samprit, bila bakar je terus jadi mengembang.
Tentang teksturnya pula sangat melting dan sungguh sedap serta cair dimulut. Terima kasih Mas dari blog Duniaku diatas resepinya yang sedap ini. Saya letakkan resepinya disini pula ya....
Bahan-bahan:
180 gm susu pekat manis
250gm butter- suhu bilik, butter lembut
sedikit dah ok, tapi jangan lembik
nanti biskut berminyak
460gm tepung jagung cap bintang- just nice
doh utk dipicit nanti
Cara membuatnya:
1. Kacau sebati susu pekat manis dan butter
menggunakan senduk kayu. Tak perlu pukul
sampai kembang, nanti biskut mengembang,
tak cantik.
2. Masukkan tepung jagung sedikit demi
sedikit, sambil digaul sebati dan doh tak
melekit.
3. Picitkan atas dulang yang dialas baking
paper, tekankan ceri merah ke atasnya.
4. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih
dahulu, 160C untuk 25 minit dengan api
atas bawah.
5. Sejukkan dahulu baru angkat dan simpan
dalam balang.
Tips:
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai
kembang seperti membuat kek, kecuali ia
dinyatakan dalam resepi. Ini kerana
apabila butter dan gula atau susu pekat
manis dipukul hingga kembang @ gebu,
kita masukkan udara dalam adunan.
Apabila adunan ini dibakar, udara dalam
adunan akan mengembang dan ini akan
menyebabkan biskut turut mengembang.
Rabu, 20 Julai 2016
Masak Lemak Udang
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi dientri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.
Berbelanja barang pasar kat kedai berhampiran, kebetulan ada udang yang sederhana besarnya. Teringin pula nak makan masak lemak udang. Jadi teringin punya pasal maka saya belilah udang 1/2 kilo untuk dibuat masak lemak untuk santapan tengahari ni. Sukanya tengok anak-anak makan, siap bertambah-tambah lagi nasinya.
Jom lihat resepinya...
Resepi Masak Lemak Udang
Bahan-bahan:
1/2 kilo udang
1/2 biji kelapa diambil santannya
1/2 ikat kacang panjang (dipotong)
10 biji cili api*
1 biji bawang besar*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1 keping asam gelugur
2 batang serai(dititik)
1 helai daun kunyit
garam serta perasa secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Bahan yang bertanda * dikisar halus.
2. Masukkan bahan kisar, serai, asam gelugur
ke dalam kuali, masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan pula santan, kacang
panjang serta daun kunyit. Sentiasa
dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan pula udang, garam serta perasa.
Dikacau lagi sehingga udang masak. Siap
untuk dihidangkan.
Ahad, 10 Julai 2016
Salam Aidil Fitri 2016 M /1437 H
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam Aidil Fitri saya ucapkan kepada semua teman-teman, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.
Sempena kita masih lagi berada di bulan Syawal ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri mohon maaf zahir dan bathin sekiranya selama saya berblog ini terkeluar kata-kata yang yang tidak menyenangkan serta menyinggung parasaan teman-teman sekalian.
Photo kenangan bersama ahli keluarga semasa beraya di kampung.
Semoga Aidil Fitri kali ini diraikan dengan penuh bermakna oleh kita semua.