Jumaat, 17 Jun 2016
Nasi Ayam Madu Lada Hitam
Assalamualaikum wrh... wbr...
Berjumpa lagi di entri kali in. Hari ni dah hari yang ke 13 kita menjalankan ibadah puasa. Semoga kita akan dapat menjanalani ibadah puasa dengan lebih ceria dan lebih bersemangat lagi di hari-hari seterusnya.
Untuk berbuka semalam saya masakkan nasi ayam madu lada hitam. Saya cuba resepi dari Dayang Jack. Memang sedap nasi serta lauknya ayamnya. Alhamdulillah... anak-anak pun cakap sedap. Lain kali bolehlah dicuba lagi resepinya. Terima kasih Dj atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepi untuk rujukan saya nanti.
Resepi Nasi Ayam Madu Lada Hitam
Untuk Nasi Ayam
Bahan-bahan:
3 pot beras (cuci dan toskan)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sdb minyak sapi
1 helai daun pandan (disimpul)
setitik pewarna kuning
sedikit garam
air rebusan ayam secukupnya bergantung pada
jenis beras yang digunakan
Cara-caranya:
1. Kisar bawang-bawang dan halia.
2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan kisar
serta daun pandan sehingga wangi.
3. Masukkan pewarna kuning dan kacau
rata-rata.
4. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi
bersama beras tadi.
5. Masukkan air rebusan ayam dan garam
secukupnya. Masaklah seperti biasa.
Resepi Ayam Madu Lada Hitam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 4)
1 sdb lada hitam (ditumbuk)
1 inci halia (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
madu secukupnya
2 sdb sos cili
1 sdm sos plum (boleh juga guna sos tomato)
2 sdb kicap pekat
garam secukup rasa
Caranya:
1. Rebus ayam bersama garam dan air
secukupnya hingga 1/2 masak, kemudian
toskan.
2. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup
dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua
bahan di atas dan perapkan selama 30
minit.
3. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga
dipanggang mengikut citarasa anda.
Untuk Sup:
air rebusan ayam
1 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit serbuk lada hitam- optional
1 sdb stok ayam
garam secukupnya
sedkit daun sup dan bawang goreng
caranya:
1. Panaskan air rebusan ayam dan masukkan
kesemua bahan di atas kecuali daun sup dan
bawang goreng.
2. Sesudah masak, hidangkan dan taburkan daun
sup dan bawang goreng.
Untuk Sambal Cili:
2-3 batang cili merah (dipotong sedikit)
1 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
sedikit garam dan gula
sedikit jus limau kasturi
air masak secukupnya
Caranya:
Campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga lumat. Hidangkan.
Untuk kicap:
1 sdb kicap pekat
sedikit kicap masin
sedikit bancuhan teung jagung
air secukupnya
Caranya:
Masakkan air dan kicap sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat.
Untuk Kicap Pedas:
6-7 biji cili api
1 ulas bawang putih
sedikit kicap masin dan kicap manis
sedikit jus limau kasturi
sedikit air masak
Caranya:
Kisar semua bahan sehingga hancur, hidangkan.
Lain-lain hiasan:
timun
tomato
salad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan