Rabu, 8 Jun 2016
Menu Berbuka Hari ke 2 (2016)
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia semua... Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ketiga kita menunaikan ibadah puasa. Bagi anak-anak, hari kedua dan hari seterusnya taklah mencabar sangat seperti hari pertama berpuasa. Jadi ibu-ibu kenalah masak makanan yang menjadi kesukaan anak-anak ketika berbuka maupun ketika bersahur.
Kebetulan musim buah mangga, anak-anak suggest nak makan pulut mangga, jadi saya masaklah pulut mangga untuk berbuka...
Bisalah kalau pulut just kita tanak seperti masak nasi biasa sahaja. Untuk santannya pula hanya letakkan sedikit garam dan masak sekejap diatas api yang sederhana sehingga mendidih. Sentiasalah dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
Sempat juga saya buatkan agar-agar laici kebetulan masih ada sedikit agar-agar yang berbaki.
Resepi Agar-agar Laici
Bahan-bahan:
10 gm agar-agar tali
1 tin laici (air serta buahnya dikisar)
2 senduk nasi gula
air ikut kepekatan
1/2 cawan susu cair
Caranya:
1. Masukkan agar-agar serta air didalam
periuk, masak hingga agar-agar cair.
2. Masukkan gula, kacau lagi hingga gula
larut.
3. Masukkan susu cair serta buah laici serta
airnya yang dikisar tadi, biarkan sehingga
mendidih.
4. Masukkan ke dalam loyang yang dibasahkan
terlebih dahululu. Biarkan sehingga sejuk.
Masak Kicap Ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
sedikit kicap pedas
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
1 biji bawang besar (dihiris)
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Cara memasaknya:
1. Ayam dibersihkan serta diletak garam serta
kunyit. Goreng separuh masak.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga
naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan kicap pedas serta kicap manis,
kacaukan ia.
4. Masukkan bawang besar hiris, biarkan
seketika.
5. Akhir sekali masukka daun sup atau daun
bawang sebelum tutupkan api. Siap untuk
dihidangkan.
Sayur Tumis Kangkung
Bahan=bahan:
2 ikat kangkung
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah
sedikit ikan bilis
sedikit sos tiram
garam serta gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Caranya:
1. Bawang merah, bawang putih, cili serta
ikan bilis ditumbuk terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga
garing, masukkan sos tiram. Goreng
sekejap.
3. Masukkan pula sayur kangkung, goreng
sehingga layu. Perasakan dengan garam
serta gula. Siap untuk dihidangkan.
sedapnya pulut mangga diela
BalasPadamteringin nak makan lah
Tu lah Kak Noor... nak makan pulut mangga kenalah datang KL.
Padam