Khamis, 5 Mei 2016

Kuih Koleh Kacang


          Assalamualaikum wrh... wbr...

      Lama tak buat kuih koleh kacang,kuih ni memang feberat saya. Dulu pernah buat kuih ni, tapi saya gunakan resepi yg saya belajar dari sepupu. Kali ini saya cuba resepi dari dapur Azlita Masam Manis.

     Memang sedap kuih koleh kacangnya, sangat lembut. Terima kasih di atas resepinya. Izinkan saya copykan resepinya di sini pula ya...



Resepi Kuih Koleh Kacang

Bahan-bahan:

Bahan A - Tahi Minyak
500 gm santan kelapa segar
secubit garam

1. Satukan santan dan secubit garam dalam 
   kuali non stick. Masak dengan api yang
   sederhana hingga adunan kental.

2. Kecilkan api dan terus memasak hingga
   terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak
   yang kuning keemasan.

3. Angkat dan toskan minyaknya. Minyak
   disimpan untuk diletakkan dalam adunan
   koleh kacang nanti.

4. Tahi minyak pula untuk ditaburkan di atas
   kuihnya.


Bahan B - Air Gula

200 gm gula merah atau gula timbang
50 gm gula pasir
150 ml air
2 helai daun pandan disimpul

1. Satukan semua bahan dan masak atas dapur
   hingga gula melarut.

2. Tutup api dan tapis. 



Bahan C 

150 gm kacang hijau
secubit garam
200 ml santan kelapa segar
650 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 sdb minyak kelapa (baki dari tahi minyak 
    yang diasingkan) 



Caranya memasaknya:

1. Satukan bahan C kecuali daun pandan dan 
   minyak kelapa. Masukkan dalam blender dan
   kisar.

2. Satukan bahan kisar (bahan C) dan air gula
   (bahan B) ke dalam kuali, masukkan daun
   pandan.

3. Masak atas api yang sederhana sambil
   sentiasa dikacau hingga ia meletup-letup 
   kecil.

4. Kecilkan api dan tambah minyak kelapa,
   kacau lagi hingga adunan pekat dan
   kental. Anggaran masa adalah 25 minit.

5. Keluarkan daun pandan dari adunan.

6. Sediakan loyang 8 in yang dioles dengan
   minyak kelapa baki dari tahi minyak tadi.

7. Tuangkan adunan dan kacau rata. Hentak-
   hentakkan loyang sedikit untuk
   menghilangkan gelembung udara.

8. Taburkan tahi minyak di atasnya dan 
   biarkan sehingga sejuk dan mengeras. 
   Bila dah keras bolehlah dipotong untuk 
   dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan