Rabu, 9 Mac 2016

Kuih Apam Gula Merah


        Assalamualaikum wrh... wbr...

    Apa khabar semua? Semoga anda semua sihat sahaja hendaknya di hari ini.
    
    Mungkin ada diantara teman-teman yang sempat melihat fenomena alam, gerhana matahari separa yang berlaku pada awal pagi tadi. Apa pun jua, semoga kejadian yang berlaku itu dapat menginsafkan diri serta dapat mempertingkatkan keimanan kita kepada yg maha esa.

     Petang tadi saya sempat membuatkan kuih apam gula merah. Maklumlah petang-petang perut pun rasa lapar. Kalau ada benda yang boleh dimakan sambil ngopi kan enak.... Kali ini saya cuba resepi dari Ucu Bakery.


Resepi Kuih Apam Gula Merah

Bahan-bahan:
1 cawan air*
1/2 cawan gula merah*
1 helai daun pandan*(disimpul)
2 cawan tepung gandum
1 sdk yeast
3/4 cawan air
3 sdb gula
secubit garam

kelapa parut putih
sedikit garam.


Cara memasaknya:
1. Masak bahan yang bertanda * hingga gula 
   larut, kemudian sejukkan.
2. Campurkan semua bahan serta air gula yang 
   telah sejuk. Gaul rata.
3. Seeloknya campuran tadi dimasukkan di dalam
   bekas yang besar. Tutup dan biarkan selama
   40 minit atau sehingga adunan naik 3
   kaliganda.
4. Tuangkan ke dalam  acuan yang disukai yang
   dilengser dengan minyak terlebih dahulu.
   Biarkan 5 minit.
5. Kukus adunan selama 30-35 minit atau bila
   dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
6. Bila kuih sudah sejuk barulah dipotong
   untuk dihidangkan.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan