Khamis, 4 Februari 2016

Ayam Masak Minang


          Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bersiaran lagi di pagi Jumaat yang penuh berkah ini. Terasa sekejap je, pejam celik pejam celik tahu-tahu dah tiba Jumaat lagi. Terasa begitu cepatnya masa berlalu. Begitulah dunia dah akhir zaman, masa terasa cepat sangat berlalu.

     Berbalik kepada cerita entri kali ini, saya kongsikan resepi yang dicuba dari Iza Akma dari blog SINGGAHSANA KITCHEN iaitu ayam masak minang. Ternyata memang sedap rasanya, macam dah makan kat restoran nasi minanglah pulak. Apa-apa pun terima kasih di atas resepinya. Izinkan saya copykan resepinya di sini pula untuk rujukan saya nanti.


Resepi Ayam Masak Minang

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
200 ml santan  (boleh guna santan segar)
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa 
sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 inci lengkuas
1 inci halia 
1/2 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
12 tangkai cili kering
4 batang serai


Cara memasaknya:

1. Bersihkan ayam, potong ikut citarasa
   masing-masing dan toskan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan
   bahan-bahan kisar. Masak sehingga 
   bahan tumisan masak dan airnya kering.

3. Masukkan ayam, kacau rata-rata dan 
   biarkan ia masak.

4. Tuangkan santan bersama air sedikit 
   supaya ianya tidak terlalu pekat. 
   Masukkan daun kunyit serta daun limau
   purut.

5. Kemudian masukkan garam secukup rasa
   bersama asam gelugur, rasakan kuahnya.

6. Masak dengan api yang sederhana , 
   biarkan ianya mendidih dan kuahnya 
   pekat.


*  Masakan ini mesti dimasak menggunakan 
   api yang kecil dan menggunakan masa yang 
   agak lama.


1 ulasan: