Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu dihujung minggu ini.
Memandangkan roti masih lagi berbaki tak terusik, daripada rosak nanti maka saya buatkan bingka roti kukus pandan. Saya cuba resepinya dari HANA MEMORIES, tetapi saya buatkan setengah adunan sahaja. Biasalah, kalau kuih-kuih manis anak-anak kurang gemar. Kalau buat banyak jenuh saya nak mengabihkannya.
Terima kasih diatas perkongsian resepinya. Izinkan saya copykan resepinya disini pula untuk rujukan saya nanti.
Resepi Bingka Roti Kukus Pandan
Bahan-bahan:
8-9 keping toti gardenia
400 ml santan
3/4 cawan gula halus
segenggam kismis
4 biji telur
1 sdk garam halus
1 sdk pes pandan
sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya:
1. Koyakkan roti ketepikan. Satukan santan,
garam, gula, pes pandan dan juga telur.
Kacau sebati.
2. Masukkan roti dan kismis, kemudian rendam
lebih kurang 5 minit.
3. Sapukan loyang dengan sedikit mentega.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus
selama lebih kurang 30 minit.
5. Sejukkan dahulu, kemudian potong dan
hidangkan.
Rasa kuih ni memang sedap. Terasa lemak-lemak santannya serta manis masinnya. Bila tergigit kismis ada rasa masam sedikit. Pokoknya sedap lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan