Isnin, 20 April 2015

Roti Goreng Salut Telur


      Assalamualaikum wrh... wbr...

   Hari ni bangun pagi, perut terasa lapar sangat. Dilihat ada sebuku roti yang berbaki. Lagi pula stok telur pun masih ada, jadi telur lah sarapan pagi ini. Anak-anak pun cuti sekolah kerana kelmarin ada sukan sekolah. Jadi dapatlah berehat satu hari lagi, tak perlu hantar ambil mereka pergi dan balik dari sekolah.

   Resepi roti salut telur ringkas sahaja saya buat gunakan bahan yang ada di rumah sahaja.


Resepi Roti Goreng Salut Telur

Bahan-bahan:

Beberapa keping roti potong
3 biji telur
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menggoreng roti


Cara memasaknya:

1. Pecahkan telur, masukkan garam, gula 
   serta lada sulah. Kacau sehingga ia 
   bercampur.

2. Panaskan kuali leperm masukkan sedikit
   minyak. Kemudian celupkan roti ke dalam
   telur, masak di atas kuali tadi dengan
   menggunakan api kecil.

3. Balik-balikkan ia sehingga masak,
   bolehlah diangkat. Ulangi sehingga habis. 
   Sedap dimakan bersama sos cili.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan