Isnin, 16 Mac 2015
Tapai Pulut
Assalamualaikum wrh... wbr....
Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu di samping keluarga tersayang. Mungkin ada diantara teman-teman tengah bercuti atau pulang ke kampung diketika ini sempena cuti sekolah ini, didoakan semoga percutian anda akan lebih menyronokkan.
Kali ini saya entrikan mengenai tapai pulut yang saya buatkan tempohari. Sebenarnya firstime saya buatkan tapai pulut ni. Sebelum ini tak pernah pun saya buat tapai, bukannya apa takut tak menjadi. Tapi kalau kita tak cuba, macam mana nak tahu jadi ke tidak.... kan. Bukan apa, katanya buat tapai ni banyak pantang larangnya. Betul ke tidak saya pun tak pasti.
Kalau dulu suka makan tapai yang mak buat je. Tak tahu pula bila masa dibuatnya tapi, tahu-tahu dah ada baunya. Selalunya tapai pulut boleh menggunakan daun pisang atau daun getah sebagai pembalutnya.
Tapi kali ni saya hanya letakkan dalam bekas plastik je.... kat bandar ni susah nak dapatkan daun pisang, melainkan kalau ke pasar tu bolehlah beli daun pisang. Walaupun letak dalam bekas plastik je... tapai pulut tetap juga sedap.
Cara membuat tapainya sangat mudah.
Resepi Tapai Pulut
Bahan-bahan:
beras pulut
ragi
daun pisang / daun getah atau bekas plastik
Caranya membuatnya:
1. Beras pulut dibasuh dan ditanak seperti
memasak nasi pulut, kemudian sejukkan nasi
tersebut.
2. Ragi dihancurkan seperti tepung.
3. Ambil nasi pulut yang telah sejuk,
kemudian taburkan dengan serbuk ragi tadi,
gaulkan sehingga bercampur. kemudian balut
dengan daun pisang / daun getah atau letak
je dalam bekas plastik.
4. Biarkan dua atau tiga hari. Kalau dah ada
bau manis-manis tu tandanya dah jadi tapai
pulut.
salah satu pantang larang buat tapai saya dengar cerita. perempuan kena bersih daripada haid. Kalau tak nanti tapai tak best.
BalasPadam