Selasa, 24 Mac 2015

Laksa Teluk Kechai


     Assalamualaikum wrh... wbr...

     Jumpa lagi di entri kali ini. Kali ini saya entrikan mengenai gerai laksa teluk Kechai yang sangat famous di Kedah. Hajat di hati nak makan laksa Zakaria, tapi sewaktu kita ke sana gerai Zakaria tutup. Kebetulan kat sebelahnya gerai Din Laksa Beras buka, jadi dapatlah juga makan laksa. Sewaktu kami sampai ramai pula pelanggan yang datang siap kena tunggu giliran tempat duduk. Mungkin waktu cuti sekolah agaknya, sebab tu lah ramai pelanggan.


            Gerainya terletak di tepi jalan menghala ke Kuala Kedah, bersebelahan dengan gerai laksa Zakaria.

     Inilah rupanya laksa Din Laksa Beras. Rasanya boleh tahan lah juga.


            Ini pula rupanya laksam.



           Ada pula dijual tapai pulut.


       Ramai pula pelanggan yang datang. Bukan sahaja orang Melayu, tapi kaum lain pun turut datang makan kat gerai ni. Lain kali kalau datang kesini lagi bolehlah mencuba laksa Zakaria pula. 



4 ulasan:

  1. ni kot depa dok habaq laksa teluk kechai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang itulah dia ... Zai laksa teluk kechai. Satu lagi gerainya Laksa Zakaria, bersebelahan dengan gerai Din laksa ni. Kalau pi Kedah bolehlah singgah.

      Padam