Assalamualaikum wrh... wbr....
Salam bahagia teman-teman pengungjung blog Diari Diela, semoga anda semua berada dalam lindungan Allah selalu. Sudah berapa lama blog ni tidak berupdate, bukan apa di awal persekolahan memang sibuk sedikit menguruskan kemasukan anak ke tingkatan 1 ke sekolah asrama, membeli barangan keperluan apa-apa yang patut. Alhamdulillah dah selesai pun bab tu, anak pun dah hampir seminggu masuk belajar, mudah-mudahan ia dapat menyesuaikan diri dan terus betah bersekolah di sana. Anak yang ke empat pula baru je masuk darjah satu, jadi buat permulaan ni kenalah tengok-tengokkan dulu. Maklumlah mereka ni baru je masuk alam persekolahan. Semuanya perlu belajar nak menyesuaikan diri bukan sahaja di dalam kelas tapi juga diluar kelas.
Berbalik pula mengenai masakan, malam tadi saya buatkan kuih apam pisang. Memandangkan pisang pemberian emak dari kampung kelmarin masih lagi berbaki, daripada rosak saya cuba buatkan kuih apam pisang untuk sarapan pagi ni.Memang sedap rasanya. Apamnya pun sangat lembut dan gebu.saya cuba dari repi Zana's Villa. Terima kasih atas perkongsian resepinya. saya copykan kat sini pula untuk rujukan akan datang.
Resepi Kuih Apam Pisang
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 sdt baking powder
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung / mentega cair
1/4 cawan gula (saya guna gula perang)
4 biji pisang sederhana besar
1/2 sdt bikarbonate soda
secubit garam (disatukan dan dilecek hingga
halus)
Cara membuatnya:
1. Pukul minyak, gula, telur hingga sebati
menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek,
gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau
hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan
kegemaran, sapu dengan sedikit minyak pada
acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam
3/4 penuh dan kukus 12-15 minit. Buat
hingga siap. Balut penutup kukus dengan
kitchen towel untuk mengelakkan air menitis
di atas apam.
3. Keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan
bersama kelapa parut atau boleh dimakan
begitu sahaja.
Salam...boleh hantar details?Acik nak hantar hadiah besday..0172954897..TQ
BalasPadam