Assalamualaikum wrh.... wbr....
Bersua lagi dientri kali ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya.
Teringin sangat nak tahu bagaimana rasanya kimchi (jeruk sayur), merupakan salah satu makanan tradisi orang-orang Korea, maka saya pun cubalah membuatnya. Tengok dalam running man, macam sedapnya dia orang makan kimchi ni.
Kelmarin ke pasar beli barangan keperluan, maka saya belilah barangan untuk buat kimchi sekali. Selepas google cari resepi membuat kimchi, maka terbekenanlah dengan resepi dari blog Super Daughter ni. Jom tengok resepinya ini.
Sayur napa cabbage atau kobis panjang
yang segar.
Ini rupanya kimchi yag dah diperam satu hari.
Bahan:
2 kobis panjang
garam secukup rasa
Bahan Bubur:
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan gula
3 cup air
Bahan kimchi paste:
3 sdb serbuk cili babas
1 cawan sos ikan
2 pokok daun bawang
1 batang carot
Bahan blender:
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara membuatnya:
1. Basuh kobis sebersihnya.
2. Lumur kobis dengan garam, pastikan rata,
biarkan 4 jam.
3. Basuh kobis dan bilas 3 kali.
4. Toskan kobis dan tekan supaya kobis
tidak berair.
Bubur untuk Kimchi:
1. Campurkan tepung pulut dengan air dan
panaskan sampai keluar bubble.
2. Masukkan gula dan kacau selama 1 minit,
tutup api dan biarkan ia sejuk.
Kimci Paste:
1. Blender bawang besar, bawang putih dan
halia.
2. Potong daun bawang dan karot saiz kecil.
3. Dalam bekas masukkan kesemua bahan
blender, sos ikan, serbuk cili, daun
bawang, karot serta masukkan bubur.
Gaulkan supaya sebati.
4. Rasa kimchi paste, jika tak cukup pedas
tambah cili, tak cukup masin tambah
sos ikan, tapi pastikan jangan terlalu
masin sangat sebab kobis dah masin.
Kimchi:
1. Ambil kobis dan masukkan dalam bekas
kimchi paste, lumur kimchi paste dengan
sayur kobis pajang. Pastikan rata.
2. Tekan kimchi supaya air supaya air kobis
keluar sebelum letak dalam tupperware.
perap dulu selama 24 jam, kemudian baru
masukkan dalam peti sejuk.
Pada saya kimchi ni taklah berapa sedap sangat, mungkin tak pandai buat kot, rasanya jeruk maman lagi sedap lah. Namanya jeruk sayur, mestilah ada rasa masamnya, tapi okey jugalah kalau dimakan dengan nasi. Kena pandai-pandailah kita mengolahnya, kalau tak cukup pedas letaklah cili api, tak masin letak garam, atau jika tak manis letak gula, itu je. Tapi kalau kawan-kawan nak cuba apa salahnya, sekurang-kurangnya bolehlah kita tahu bagaimana rasanya masakan orang-orang luar ni... kan.
sedapnya...tak berpeluang nak merasa pun lagi...
BalasPadamBoleh cuba lepas ni..
BalasPadam