Isnin, 24 November 2014

Bertemu Kawan Lama


    Assalamualaikum wrh.... wbr....



      Salam penuh keceriaan teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Hari minggu kelmarin, saya dan keluarga sempat menghadirkan diri ke walimatul urus salah seorang kawan lama saya Ustazah Sanisah Binti Darimin di kampungnya Kampung Kundang, Kuala Langat. Hampir 10 tahun kami tak pernah berjumpa selepas beliau berpindah mengajar ke Lahad Datu, Sabah.

                     gambar dari google


       Pasangan pengantin, Ustazah Sanisah bersama pasangannya Firdaus Assandakani, orang Sabah.

 

  Sebelum balik, sempatlah bergambar kenangan bersama pasangan pengantin. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ustazah Sanisah dan pasangannya Firdaus, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.




Ahad, 23 November 2014

Segmen Mari Berkenalan


     Assalamualaikum wrh.... wbr....

http://nadialadzim.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html#comment-form

     Jom teman-teman semua, marilah kita sama-sama support teman kita ni iaitu Nad Ladzim, semoga apabila kita menyertai segmen beliau, akan bertambah ramailah lagi kenalan baru. Syaratnya pun mudah je.... jika teman-teman nak join, bolehlah klik kat banner.


Tarikh tutupnya : 15 Disember 2014.



Jumaat, 21 November 2014

Tauge Goreng


    Assalamualaikum wrh... wbr....

       Salam di Jumaat yang penuh barokah ini, semoga teman-teman semua beroleh keberkatan di hari ini.Hari ini saya entrikan mengenai masakan sayur tauge goreng. Ramai orang yang tak suka makan tauge ni. Tauge merupakan sayur yang paling murah berbanding sayur-sayur lain.
       Tetapi sayur tauge ni mempunyai banyak khasiatnya seperti mencegah kanser, awet muda kerana mempunyai antioksida,selain itu ia dapat membuang kotoran dalam usus besar.Dan bermacam-macam lagi manfaatnya jika kita selalu makan sayur tauge ni.

       Macam-macam kita boleh masak dengan sayur tauge ni seperti sayur tumis, masak lemak, kerabu, dibuat ulam mentah dan sebagainya.
     
Resepi Tauge Goreng

Bahan-bahan:
tauge
sedikit daun kucai (dipotong)
4 ulas bawang merah(ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sebiji cili merah (ditumbuk)
sedikit ikan bilis (ditumbuk)
garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram
sedikit kicap
sedikit minyak untuk menumis



Cara memasaknya:
1. Panaskan miyak, tumis bahan tumbuk hingga 
   garing.
2. Masukkan sos tiram,sedikit kicap serta 
   gula dan garam.
3. Masukkan tauge serta daun kucai, goreng 
   sekejap.
4. Rasakan ia, jika dah cukup rasa bolehlah 
   diangkat untuk dihidangkan.


Rabu, 19 November 2014

Southen Yellow Chicken Rice


     Assalamualaikum wrh.... wbr....

       Salam bahagia teman-teman semua,semoga anda semua beroleh kebahagiaan di hari ini dan hari-hari seterusnya. Besok adalah hari terakhir anak-anak bersekolah. Lepas ni, anak-anak pun mulalah bercuti. Mungkin ada di kalangan ibubapa yang dah merancang nak pergi bercuti kemana-mana. Semoga perancangan anda akan berjalan seperti apa yang dirancangkan.


       Tercapai jugalah hasrat nak mencuba resepi dari dapur Zila Norazila ni iaitu Southern Yellow Chicken Rice setelah beberapa hari tergendala. Memang sedaplah nasinya, anak-anak pun suka. Komen my hubby, katanya boleh dibuatkan lagi. Bermakna okeylah tu.Terima kasih atas perkongsian resepinya yang sedap ini. Izinkan saya copykan resepinya kat sini pula... ya.



Resepi Southern Yellow Chicken Rice

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 12)
2 sdk garam
1 sdb serbuk kunyit
1 sdb rempah kari

Caranya:
1. Ayam dipotong 12, bersihkan dan roskan.... 
   gaulkan bersama garam, serbuk kunyit 
   dan serbuk kari. Perap sebentar dan
   goreng seperti biasa, jangan garing
   sangat.
2. Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan.



Bahan Nasi:
1 sdb rempah kari
1 inci halia (ditumbuk kasar)
4 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
2 helai daun salam (tak letak sbb tak ada)
4 cawan beras basmathi (cuci dan toskan)
4 1/2 cawan air -tambah jika kurang
1/2 cawan susu cair (resepi asal guna santan)
sedikit minyak utk menumis -minyak 
       sapi + minyak masak

Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumiskan bunga 
   lawang, kulit kayu manis, buah pelaga 
   serta bahan-bahan yang ditumbuk 
   serta rempah kari hingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau hingga 
   sebati atau mesra rempah kari tadi.
3. Tuangkan 1/2 cawan susu cair dan 
   4 1/2 cawan air.
4. Susunkan ayam goreng di atasnya dan
   masukkan garam serta kiub ayam.
5. Masak nasi hingga masak.
6. Setelah siap bolehlah dihidangkan 
   bersama sos pedas dan salad.

Untuk sambalnya saya gunakan resepi 
dari Zila juga:

Buah tomato, daun ketumbar, cili padi,
sedikit gula, garam, bawang putih di
blendkan sebentar,. Kemudian perahkan
limau kasturi .... sedia untuk dihidangkan.


      

Isnin, 17 November 2014

Nah 1st Giveaway By Anamizu


     Assalamualaikum wrh... wbr....

http://ana-mizu.blogspot.com/2014/11/nah-1st-giveaway-by-anamizu.html

           Kali ini saya join pula 1st Giveaway by Anamizu.   Syaratnya pun mudah je.


SYARAT-SYARAT:

1. Follow blog aku ni (ana-mizu.blogspot.com)

2. Copy paste banner GA dan backlink kat 
   entry ni.

3. Tempek je link entry engkorang kat ruangan
   komen entry ni SAHAJA.

4. Wajib follow semua para penaja GiveAway ni.

5. Done. Senang je kan?

6. GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 
   2014. 

Marilah teman-teman ikut join sekali, jika 
teman-teman nak join juga bolehlah klik kat banner.



Ahad, 16 November 2014

Kari Ketam Bersama Nenas


     Assalamualaikum wrh... wbr....

   Salam bahagia teman-teman semua, semoga anda semua ceria-ceria selalu di hujung minggu ini. Hari ini saya masak kari ketam bersama nenas. Kebetulan hari ini my hubby rajin pula ke pasar tani stadium, mungkin dia teringin nak makan katam agaknya. Lalu dibawa balik ketam bersama nenas. Jadi saya masak kari ketamlah untuk hidangan tengahari ini.


Kari Ketam bersama Nenas

Bahan-bahan:

1 kilo ketam
1 biji nenas (dihiris )
santan dari sebiji kelapa
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 pelepah daun kari
3 bungkus rempah kari ikan
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang 
   merah, bawang putih serta daun kari. 
   Bila sudah garing masukkan rempah kari. 
   Biarkan sehingga naik minyak.

2. Masukkan ketam serta nenas. Dikacau 
   sekejap, kemudian baru masukkan santan. 
   Biarkan sehingga mendidih.

3. Masukkan garam serta perasa. Rasakan ia,
   bila dah secukup rasa barulah ditutupkan 
   apinya.

4. Sedia untuk dihidangkan.


Selasa, 11 November 2014

Simple Giveaway By Bbwana Adienia


     Assalamualaikum wrh.... wbr....

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/11/simple-giveaway-by-bbwana-adienia.html

      Salam bahagia.... kali ini saya menyertai giveaway yang dianjurkan oleh teman kita Bbwana Adienia ni. Syaratnya pun mudah je. Jomlah kita sama-sama support beliau. Jika teman-teman nak ikut join bolehlah klik kat banner.

Tarikh tamatnya 16hb November 2014.



Ahad, 9 November 2014

Kimchi Napa Cabbage


      Assalamualaikum wrh.... wbr....

   Bersua lagi dientri kali ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya.


   Teringin sangat nak tahu bagaimana rasanya kimchi (jeruk sayur), merupakan salah satu makanan tradisi orang-orang Korea, maka saya pun cubalah membuatnya. Tengok dalam running man, macam sedapnya dia orang makan kimchi ni.
 
   Kelmarin ke pasar beli barangan keperluan, maka saya belilah barangan untuk buat kimchi sekali. Selepas google cari resepi membuat kimchi, maka terbekenanlah dengan resepi dari blog Super Daughter ni. Jom tengok resepinya ini.




 Sayur napa cabbage atau kobis panjang 
yang segar.

  Ini rupanya kimchi yag dah diperam satu hari.

Resepi Kimchi

Bahan:

2 kobis panjang
garam secukup rasa

Bahan Bubur:

1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan gula
3 cup air

Bahan kimchi paste:

3 sdb serbuk cili babas
1 cawan sos ikan
2 pokok daun bawang
1 batang carot

Bahan blender:

1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia


 
Cara membuatnya:

1. Basuh kobis sebersihnya.

2. Lumur kobis dengan garam, pastikan rata, 
   biarkan 4 jam.

3. Basuh kobis dan bilas 3 kali.

4. Toskan kobis dan tekan supaya kobis 
   tidak berair.

Bubur untuk Kimchi:

1. Campurkan tepung pulut dengan air dan 
   panaskan sampai keluar bubble.

2. Masukkan gula dan kacau selama 1 minit,
   tutup api dan biarkan ia sejuk.

Kimci Paste:

1. Blender bawang besar, bawang putih dan 
   halia.

2. Potong daun bawang dan karot saiz kecil.

3. Dalam bekas masukkan kesemua bahan
   blender, sos ikan, serbuk cili, daun
   bawang, karot serta masukkan bubur.
   Gaulkan supaya sebati.

4. Rasa kimchi paste, jika tak cukup pedas
   tambah cili, tak cukup masin tambah 
   sos ikan, tapi pastikan jangan terlalu
   masin sangat sebab kobis dah masin.

Kimchi:

1. Ambil kobis dan masukkan dalam bekas 
   kimchi paste, lumur kimchi paste dengan 
   sayur kobis pajang. Pastikan rata.

2. Tekan kimchi supaya air supaya air kobis 
   keluar sebelum letak dalam tupperware. 
   perap dulu selama 24 jam, kemudian baru 
   masukkan dalam peti sejuk.


         Pada saya kimchi ni taklah berapa sedap sangat, mungkin tak pandai buat kot, rasanya jeruk maman lagi sedap lah. Namanya jeruk sayur, mestilah ada rasa masamnya, tapi okey jugalah kalau dimakan dengan nasi. Kena pandai-pandailah kita mengolahnya, kalau tak cukup pedas letaklah cili api, tak masin letak garam, atau jika tak manis letak gula, itu je. Tapi kalau kawan-kawan nak cuba apa salahnya, sekurang-kurangnya bolehlah kita tahu bagaimana rasanya masakan orang-orang luar ni... kan. 


Sabtu, 8 November 2014

Happy Birthday Nurul Ezzati


     Asslamualaikum wrh... wbr....

        Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu di hujung minggu ini. Hari ini 9 hb November 2014, genaplah umur anakanda saya Nurul Ezzati binti Muhammad Rahimi 6 tahun.



Mama dan keluarga mengucapkan selamat ulang 
tahun buat anakanda Nurul Ezzati.


 Mama doakan semoga panjang umur, murah 
rezeki, jadi anak solehah serta berbahagia
 selalu di dunia dan akhirat.




Atas permintaannya nakkan kek birthday, maka 
dibelikan kek coklat dan domino's pizza, 
celebrate satu keluarga je. Sukanya dia dapat tiup lilin sempena birthdaynya.


Selasa, 4 November 2014

Jalan-jalan ke Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan.



     Assalamualaikum wrh.... wbr....

     Salam bahagia.... bertemu lagi di entri kali ini. Hari ni bukanlah nak ceita tentang masakan, tapi mengenai jalan-jalan ke Kuantan. Hari minggu kelmarin kami sekeluarga sempatlah jalan-jalan ke rumah abang menziarah isterinya yang baru sahaja menimang cahaya mata yang keempat. Rumahnya terletak di Balok. Jadi, mumpung dah kesana ambil kesempatanlah jalan-jalan kat tepi pantai melihat keindahan pantainya yang terdapat disitu.


     Salah satu pantai yang terdapat di situ ialah Pantai Batu Hitam. Memang disitu terdapat batu-batu yang berwarna hitam. 



           Kawasan parking. Tak ramai pun pengunjung yang datang kerana waktu tu pukul 2 petang. Mungkin ramai  orang datang di waktu lewat petang.




Bergambar kenangan bersama anak saudara.

 Permandangan di tepi pantai. Kelihatan batu-batu yang berwarna hitam.


Kelihatan gerai yang terdapat di situ.



 Pandangan dari dekat kelihatan banyak batu 
yang berwarna hitam.


       
   Lihat tu.... mereka ni pantang jumpa air. Kalau boleh nak mandi sekali, tapi segan pula sebab tak ada orang pun yang mandi waktu tu. Dapat jalan-jalan kat dalam air pun jadi lah.