Assalamualaikum wrh.... wbr.....
Salam bahagia teman-teman semua, semoga semuanya berada dalam lindungan Allah selalu. Dua tiga hari lagi seluruh umat Islam akan merayakan hari Raya Aidil Adha. Mungkin ada di antara kita yang akan pulang ke kampung halaman beraya bersama keluarga. Apa-apa pun saya doakan semoga perjalanan anda semua selamat menuju ke destinasi masing-masing.
Melihatkan di blog teman-teman, ramai yang sudah mencuba resepi potato fritters ni, jadi saya pun tak ketinggalan mencuba juga membuat potato fritters atau lebih dikenali dengan cucur kentang ni. Boleh tahan juga rasanya. Tapi kenalah makan bersama sos cili barulah sedap. Resepi ini saya ambil dari NELY'S KITCHEN. Terima kasih kerana sudi kongsikan resepinya.
Resepi Potato Fritters
Bahan-bahan:
3 biji kentang (dikupas dan diparut)
5 sdb tepung jagung
4 sdb tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar (dipotong)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit daun bawang (dihiris halus)
sedikit lada sulah
garam
minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak:
1. Satukan kentang yang sudah diparut dengan
tepung jagung, tepung gandum, daun
bawang, telur, bawang besar, serbuk
lada sulah serta garam.Gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak, pastikan minyak
betul-betul panas supaya kentang tidak
menyerap minyak.
3. Sudukan dalam kuali dan leperkan.biarkan
garing baru terbalikkan sebelah lagi.
4. Goreng hingga keperangan. Angkat dan
letakkan atas tisu dapur supaya serap
minyaknya.
5. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan
dengan sos cili.
Wana pun dah try buat..memang sedap dan ranggup..
BalasPadam