Jumaat, 12 September 2014

Asam Tumis Tempoyak Ikan Jenahak


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

   Terfikir-fikir nak masak apa pula hari ini. Ada ikan jenahak empat keping yang belum dimasak, dan ada pula tempoyak yang dah lama simpan kat dalam peti sejuk. Jadi belek-belek lah kat blog Tiffin Biru mencari resepi untuk dicuba. Terbekenanlah kat masakan asam tumis tempoyak ikan, teringin pula nak cuba merasa dari resepi Che Mat Gebu.... ni.


       Ternyata memang sedaplah  masakan dari resepi ni, my hubby pun suka. Siap bertambah-tambah nasi pula. Terima kasih Che Mat di atas perkongsian resepinya ini. Izinkan saya copykan resepinya kat sini pula ya....


Resepi Asam Tumis Tempoyak

Bahan-bahan:

5 keping ikan (saya guna ikan jenahak)
2 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit (disiat-siat)
2 keping asam gelugur
1 camca penuh tempoyak
1 kiub ikan bilis 
1 biji timun ( dibelah 4, buang biji dan 
   kerat)
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Bahan tumbuk:

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit
1 genggam cili api

Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, 
   tumis serai dan bahan tumbuk halus
   hingga harum. Masukkan tempoyak
   dan kacau rata, tuangkan air secukupnya 
   dan kacau lagi. Biar sehingga mendidih.

2. Masukkan asam gelugur, kiub dan ikan,
   tambah garam dan secubit gula. Jika
   kurang kuah tambah sedikit air. Akhir
   sekali masukkan timun dan daun kunyit.

3. Masak sekejap, rasa dan jika okey bolehlah
   matikan apinya. Bolehlah dihidangkan 
   dengan nasi hangat dan lauk-lauk lainnya.



2 ulasan: