Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia diucapkan kepada teman-teman semua didunia maya ini, semoga sukses selalu. Entri kali ini mengenai masakan pula, iaitu kerabu mangga. Saya dapat buah mangga epal ni dari rumah anak saudara. Nak menyicah garam pun dah larat dah, belum juga habis lagi buahnya maka saya buatkan kerabu mangga pula. Marilah kita lihat resepinya dulu ya...
Resepi Kerabu Mangga
Bahan-bahan:
2 biji buah mangga muda
1 batang karot
sejemput udang kering (digoreng tanpa
minyak)
Kacang goreng (digoreng tanpa minyak
dan ditumbuk halus)
3 ulas bawang kecil *
4 biji cili api *
1 batang serai *
gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Buah mangga dan karot dikupas kulitnya
serta diparut menggunakan pemarut.
2. Bahan yang bertanda * dihiris halus.
3. Semua bahan-bahan yang diparut serta
diris dimasukkan ke dalam satu bekas.
4. Kemudian masukkan udang kering kacang
tumbuk, masukkan pula garam dan gula.
Digaulkan supaya ia bercampur. Rasakan
gula dan garamnya. Siap untuk dihidangkan.
sedapnya,nk ratah jelah...
BalasPadamwah! Sedap tu..tp sy cuma reti tumbuk pauh utk dibuat sambal aje..mkn dgn ikan goreng memang sedap!
BalasPadam