Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia di pagi Jumaat yang penuh barokah ini, semoga teman-teman semua berada dalam lindungannya selalu. Pagi ini saya entrikan tentang masakan kerabu kacang botol atau kacang kelisa. Kacang ini memang sedap dimakan dengan sambal belacan. Tetapi lebih sedap lagi kalau kita buatkan kerabu utuk dimakan bersama-sama nasi beserta lauk-pauk yang lain. Macam-bahan ramuan boleh dimasukkan di dalam kerabu ini.
Tapi inilah kerabu kacang botol versi saya. Cubalah try......
Resepi Kerabu Kacang Botol / Kelisa
Bahan-bahan:
secekak kacang botol (dihiris halus)
4 ulas bawang merah (dihiris)
1 biji cili merah
3 biji cili api (ikut kepedasan masing2)
sedikit belacan
sedikit udang kering
sedikit kelapa parut
sedikit kerisik
garam dan gula secukup rasa
limau kasturi
Cara membuatnya:
1. Kacang botol dihiris kecil-kecil dan
ketepikan.
2. Tumbuk cili merah, cili api, belacan,
udang kering serta kelapa parut hingga
hancur.
3. Masukkan kacang botol didalam satu
bekas, masukkan bahan giling, kerisik,
garam, gula serta limau kasturi.
Gaulkan hingga sebati. Rasakan masin
manisnya. Siap untuk dihidangkan.
alamak..tengok kerabu ni teringat mak kat kmpung..mak suka buat kerabu kacang kelisa ni..
BalasPadamEcah.... ni dah ada resepinya. Bolehlah dicuba buat kerabu sendiri nanti.
Padam