Jumaat, 28 Februari 2014
Nasi Ayam
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Hari ini terasa rajin pula memasak nasi ayam untuk makan tengah hari ini. Ini adalah kali kedua saya cuba memasak nasi ayam menggunakan resepi dari Azie Kitchen. Terima kasih Kak Azie diatas resepinya, izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula.... ya. Ternyata memang sedap rasanya. Alhamdulillah anak-anak pun suka memakannya. Marilah kita lihat resepinya...
Resepi Nasi Ayam Istimewa
Bahan-bahan: (6 hingga 8 orang)
Untuk rebus:
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yang diketuk
Untuk perap:
1 sdb kicap pekat
1 sdb sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
sedikit minyak bijan
Caranya:
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya,
bersihkan dan dilumur dengan 2 ula bawang
putih dan 2 cm halia yang diketuk. Rebus
sehingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan
perap dan tabur sedikit gula dan garam.
Simpan dalam peti sejuk selama 15-20
minit. Lumur sedikit madu. Goreng hingga
keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit
sebelum dihidangkan. ( saya hanya bakar
sahaja)
Tips - ayam digoreng sekejap sahaja
iaitu secara touch and go- barulah
ayam lembut.
Untuk nasi:
5 cawan beras
3 sdb butter
1 cm halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam
1 kunyum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai- diketuk
2 helai daun pandan
pewarna kuning
Cara memasaknya:
1 Basuh beras dan toskan. Panaskan butter,
tumis bahan menumis, daun pandan, serai,
halia serta bawang putih hingga garing.
2.Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga
terbit baunya. Masukkan air rebusan ayam
secukupnya dan garam. Masukkan sedikit
pewarna. Masak seperti biasa.
Untuk sos:
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sdt cuka
1 sdt garam
1 sdt gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/ sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka).
Untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
sedikit rempah sup
Garam secukupnya
Daun sup/ daun bawang yang dihiris
Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Untuk kicap:
kicap manis cap kipas udang
gula secukupnya
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
air rebusan ayam
Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sehingga jadi pekat. Bolehlah dihidangkan dengan sayur-sayuran.
Nazirahnyerr MiniGA Sempena 3rd Anniversarry
Assalamualaikum wrh... wbr...
Marilah kita ramai-ramai menyertai giveaway yang dianjurkan oleh Nazirah sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 tahun. Semoga perkahwinannya akan terus berkekalan hingga ke Jannah.
Kepada sesiapa yang nak join juga bolehlah klik kat banner ya.....
Sabtu, 22 Februari 2014
Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb
Assalamualaikum wrh... wbr....
Jumaat, 21 Februari 2014
First Giveaway By Izni Sofea
Assalamualaikum wrh wbr.....
Teringin pula nak join giveaway yang dianjurkan oleh Izni Sofea. Melihatkan hadiahnya pun best-best juga. Jadi, kalau teman-teman nak ikut join juga bolehlah klik kat banner.... ya. Marilah kita pakat-pakat join.
Tarikh tamatnya 30 March 2014.
Khamis, 20 Februari 2014
Kerabu Kacang Botol / Kelisa
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia di pagi Jumaat yang penuh barokah ini, semoga teman-teman semua berada dalam lindungannya selalu. Pagi ini saya entrikan tentang masakan kerabu kacang botol atau kacang kelisa. Kacang ini memang sedap dimakan dengan sambal belacan. Tetapi lebih sedap lagi kalau kita buatkan kerabu utuk dimakan bersama-sama nasi beserta lauk-pauk yang lain. Macam-bahan ramuan boleh dimasukkan di dalam kerabu ini.
Tapi inilah kerabu kacang botol versi saya. Cubalah try......
Resepi Kerabu Kacang Botol / Kelisa
Bahan-bahan:
secekak kacang botol (dihiris halus)
4 ulas bawang merah (dihiris)
1 biji cili merah
3 biji cili api (ikut kepedasan masing2)
sedikit belacan
sedikit udang kering
sedikit kelapa parut
sedikit kerisik
garam dan gula secukup rasa
limau kasturi
Cara membuatnya:
1. Kacang botol dihiris kecil-kecil dan
ketepikan.
2. Tumbuk cili merah, cili api, belacan,
udang kering serta kelapa parut hingga
hancur.
3. Masukkan kacang botol didalam satu
bekas, masukkan bahan giling, kerisik,
garam, gula serta limau kasturi.
Gaulkan hingga sebati. Rasakan masin
manisnya. Siap untuk dihidangkan.
Selasa, 18 Februari 2014
Kenangan Ketika Berada di Indonesia (Part 1)
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia teman-teman semua. Belek-belek album lama teringat kenangan dulu-dulu ketika tinggal kat negara jiran , Indonesia. Datang ke Indonesia sekitar tahun 1994 dan kembali pulang ke Malaysia tahun 1998. Belajar di perguruan Tinggi Institut Agama Islam Latifah Mubarokiyah, Tasik Malaya, Jawa Barat, Indonesia sambil menyantren di Pondok Pesantren Suryalaya, Tasik Malaya.
Memang banyaklah cabaran dan dugaan yang perlu dilalui ketika berada di sana. Tapi alhamdulillah dapat juga saya tamatkan kuliah yang hampir-hampir tertangguh diketika itu. Inilah photo kenangan ketika berlibur bersama teman-teman.
Photo-photo di atas diambil ketika bercuti ke Jakarta. Sambil-sambil berurusan di Kedutaan Malaysia sempat lagi jalan-jalan ke Ancol, Indonesia.
Ini pula ketika ke Jakarta menjemput abang ipar beserta keluarganya yang datang, sempat pula jalan-jalan ke Taman Mini Indonesia.
Ahad, 16 Februari 2014
Sup Telur
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh keceriaan di hujung minggu ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendknya. Terfikir-fikir nak masak apa untuk makan tengahari ini. Cari punya cari maka terjumpalah resepi sup telur yang ringkas dan cepat dimasak ini dari blog Che Mat Gebu.
Tak pernah lagi cuba masak sup telur ni. Ternyata memang sedap juga resepinya ini. Anak-anak saya pun suka. Siap suruh masak lagi di lain hari. Kira okey lah tu.... Terima kasih CHE MAT GEBU di atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula untuk rujukan saya di masa akan datang.
Resepi Sup Telur
Bahan-bahan:
3 biji kentang dikupas dan di potong
5 biji telur
sedikit soohun
sedikit fucuk
1 kiub ayam
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa
lada hitam kisar
sedikit bawang goreng
hirisan daun bawang
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk,
tumis bawang merah dan bawang putih
yang dihiris halus hingga harum, masuk-
kan kentang dan kacau rata. Tuang air
secukupnya hingga kentang tenggelam,
masukkan kiub ayam. Biarkan kentang
empuk.
2. Pecahkan telur satu persatu ke dalam
periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih
antara satu sama lain. Masak dengan api
kecil hingga telur mengeras. Kacau
berhati-hati. Masukkan fucuk dan soohun.
Tambah garam secukup rasa serta lada
hitam.
3. Masak dengan api sederhana hingga fucuk
lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu.
Tabur hirisan daun bawang dan bawang
goreng sebelum dihidangkan.
Berkelah Di Air Terjun Sungai Gabai.
Assalamualaikum wrh wbr....
Bersua lagi di entri kali ini. Semoga teman-teman semua berbahagia selalu di hujung minggu ini. Kelmarin saya sekeluarga sempat pergi berkelah di Air Terjun Sungai Gabai, di Hulu Langat. Sambil menjenguk anak bujang yang belajar di GMI Bangi, maka kami sekeluarga langsung pergi mandi-manda di air terjun tersebut.
First time pergi berkelah di situ, mulanya rasa cuak juga sbb tempatnya tu agak jauh ke dalam dan jalannya juga agak sunyi. Tapi bila dah sampai kat tempat berkelah tu.... rupanya ramai orang pula.
Ada juga disediakan surau dan toilet untuk
kemudahan para pengunjung.
kemudahan para pengunjung.
Cantik air terjunnya. Tapi tempatnya
agak kecil.
agak kecil.
Sukanya mereka ni kalau dah jumpa air. Berendam sampai tak mahu naik.
Kebetulan dapat duduk kat cendawan batu ni. Okey jugak.
Ahad, 9 Februari 2014
1st Mini Giveaway 2014 by Shad
1st Mini Giveaway 2014 by Shad
Greetings and Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.
Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3
Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3
Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!
Jumaat, 7 Februari 2014
Jalan-jalan ke Nursery Orkid di Sungai Buloh.
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam sejahtera teman-teman semua. Minggu lepas selepas berurusan di hospital Sungai Buloh, saya sempat lagi singgah di nursery bunga yang berdekatan dengan hospital. Sebenarnya tujuan ke nursery bunga tersebut adalah untuk mencari baja untuk bunga orkid. Almaklumlah sejak akhir-akhir ini dah berjinak-jinak pula menanam bunga orkid. Sempatlah menjamu mata dengan kecantikkan serta kesuburan orkid-orkid kat nursery bunga orkid tu.
Ini orkid jenis catleya.
Sebenarnya spesis orkid ni bermacam-macam jenis. Yang saya tahu cuma dua jenis je, iaitu orkid vanda dan catleya. Jenis orkid yang lain-lain tu masih belum dipelajari lagi. Kalau jenis orkid vanda memerlukan cahaya matahari dan ianya boleh di tanam di tempat yang panas. Manakala orkid jenis catleya pula perlukan tempat yang teduh.
Khamis, 6 Februari 2014
Ayam Masak Kicap
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia teman-teman semua. Entri kali ini mengenai masakan iaitu masak kicap ayam. Biasanya kalau hari-hari biasa saya akan masak yang ringkas-ringkas sahaja sbb nak cepat. Biasa lah kalau di hari persekolahan sibuk menghantar dan menjemput anak-anak yang masih belajar di sekolah rendah. Apa-apa pun lihat lah resepi ayam masak kicap yang ringkas dari saya.
Resepi Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia *
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 sudu cili giling
kicap pekat
sedikit garam
sedikit daun sup dan daun bawang dipotong
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasaknya:
1. Ayam dipotong serta dicuci bersih, di
letak garam kunyit serta digoreng
separuh masak.
2. Bahan yang bertanda * dimesin halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang
dimesin hingga naik baunya.
4. Masukkan cili giling. Biarkan hingga
cili garing. Masukkan kicap dan ayam.
Gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan
bawang besar.
5. Tambahkan garam serta perasa jika suka.
apabila dah tutup api masukkan hirisan
daun sup dan daun bawang. Kacaukan ia.
6. Siap untuk dihidangkan.
Isnin, 3 Februari 2014
IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia teman-teman semua. Dah lama tak join dengan peraduan giveaway ni. Melihatkan ramai dah mencuba nasib dan hadiahnya pun okey juga, maka saya pun nak mencuba juga peraduan yang dianjurkan oleh INTAN BERLIAN ni. Manalah tahu kalau-kalau terpilih jadi pemenangnya. Kalau teman-teman nak cuba juga bolehlah klik kat banner.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Blogger yang menetap di Malaysia/
mempunyai alamat di Malaysia.
2. Buat entri bertajuk "IntaNBerliaN Mega
Giveaway 2014".
3. Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway
2014 dalam entry.
4. Letak link sponsor dalam entri.
-Jubah Muslimah Moden & Gorgeous
Dresses
-Awanazstyle Muslimah Shop
-The Veil By Ruzaini Rozlan
-Scarf Sweethoney
-Naylisha Boutique
-Huda Collections
-Ecadwinkyasha
Tarikh tutup penyertaan: 16 Februari 2014
Nak tengok hadiah sila klik kat SINI
Pemenang dipilih secara cabutan bertuah.. Alisha yang akan cabut undi (''.)
Ahad, 2 Februari 2014
Menghadiri Majlis Perkahwinan & Perjumpaan Keluarga.
Assalamualaikum wrh wbr....
Berjumpa lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu. Sempena cuti Tahun Baru Cina kelmarin anak saudara sebelah my hubby Nawwar Binti Mohammad Ridwan telah bertemu jodoh buat kali yang kedua dan melangsungkan majlis walimatul urus di Batu Kurau, Perak. Alhamdulillah dapat juga menghadirkan diri walaupun ada sedikit halangan. Tetapi terkilan juga kerana tidak dapat hadir awal majlis akad nikah pada malam harinya.
Pengantin sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua.
Kumpulan kompang berkompang sambil mendendangkan lagu selamat pengantin baru.
Acara makan beradab pengantin bersama keluarga.
Ini pula acara memotong kek perkahwinan serta memotong kek birthday anaknya.
Majlis taaaruf keluarga Haji Muhammad Ramli.
Bergambar kenangan bersama anak cucu cicit keluarga Haji Ramli.