Isnin, 28 Oktober 2013

Kuih Sagu Hijau


         Assalamualaikum wrh wbr....

     Bersiaran lagi di petang ini, semoga teman-teman berbahagia selalu hendaknya. Petang ini teringin pula nak makan kuih sagu. Dilihat masih ada lagi sagu yang masih berbaki yang belum dimasak. Apa lagi.... dapatlah buat kuih sagu untuk minum petang di hari ini. Sebelum ini dah pernah buat kuih sagu, tapi yang berwarna merah. Kali ini cuba buat kuih sagu yang berwarna hijau pulak. Sedap juga rasanya sbb letak perasa pandan.





 Resepi Kuih Sagu Hijau

Bahan-bahan:
400 ml air
200 gm gula putih
sehelai daun pandan
300 gm sagu halus

kelapa putih 
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Sagu direndam terlebih dahulu supaya
   kembang.
2. Masak hingga mendidih gula bersama air 
   dan daun pandan.
3. Masukkan sagu sambil dikacau perlahan-
   lahan.
4. Masukkan pewarna yang disukai.
5. Apabila sagu dah masak, barulah
   dituangkan ke dalam loyang.
6. Kukus selama 30 minit.
7. Angkat dan sejukkan.
8. Potong dan salutkan dengan kelapa parut
   muda serta digaul dengan sedikit garam.


1 ulasan: