Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kepada teman-teman semua. Hari minggu kelmarin, oleh kerana abang saya sekeluarga datang dari Kuantan maka kami membawa mereka jalan-jalan ke Banting. Dah lama teringin nak pergi ke tempat menjual kerepek-kerepek tu, orang cakap kat sana kerepeknya murah-murah, baru kelmarin berkesempatan ke sana.
Memang murah sangat kerepek-kerepek kat sini. Lokasinya terletak di kampung Kancung Darat.Terdapat bermacam-macam jenis kerepek yang dijual kat sini seperti kerepek pisang,kerepek ubi, kerepek bawang, maruku
pedas dan bemacam-macam lagi.
Sewaktu kami sampai kelihatan ramai orang yang datang untuk membeli kerepek- kerepek. Kelihatannya pelanggan-pelanggan yang datang ada orang-orang dekat dan ada yang datang dari jauh.
Lihat tu, macam-macam keropok atau kerepek yang ada. Harga nya pun memang sangat murah.
Sebelum nak beli boleh rasa dulu. Ada disediakan balang kecil untuk merasa kerepek-kerepek tersebut sama ada sedap atau pun tidak..
Ada juga di jual dalam saiz yang besar. Ini sesuai untuk orang-orang yang berniaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan