Jumaat, 7 Jun 2013

Ayam Panggang Lada Hitam


             Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, semoga semuanya berbahagia selalu. Hari ini saya masak ayam panggang lada hitam ala-ala kenny roger untuk hidangan tengahari ini. Memang sedap rasanya. Saya cuba resepi dari Potret Kasih. Terima kasih di atas resepinya yang sedap ini. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.






Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong besar dan dibersihkan)

Bahan untuk diperap
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sdb sos lada hitam (gantikan dgn sos 
     tiram, kicap pekat dan lada hitam)
2 sdb madu
1 ketul kiub ayam knorr
2 sdb halba campuran
1 1/2 sdt garam
sedikit air untuk mengisar bahan 
sedikit mentega

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk
   diperap dan kisarkan.
2. Lumurkan keseluruhan bahan dengan ayam 
   yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Masukkan kedalam bekas dan bakar selama 45
   minit dgn suhu 200 C .
5. Setelah masak baru dikeluarkan untuk 
   dihidangkan.


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan