Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia kepada teman-teman blogger semua, semoga sihat-sihat sahaja hendaknya hari ini. Di musim panas serta berjerubu ni, perlu lah kita menjaga kesihatan kita semua. Perlu minum air yang banyak serta kurangkan kegiatan di luar rumah. Kalau tak sihat tu, dinasihatkan pergilah cepat-cepat ke klinik supaya sakit kita tu tak berpanjangan.
Beralih kepada cerita masakan pula, hari ini saya cuba masak kupang pula. Alhamdulillah, rezeki juga sebenarnya ada seorang kawan yang bermurah hati berikan sekilo kupang. So, pikir punya pikir nak masak apa dengan kupang ni, jadi terjumpalah resepi kupang goreng berlada. Dah tak ingat dah dari mana sumbernya sbb resepi ni dah lama saya simpan. Walau apa pun jua, terima kasihlah atas penyumbang resepinya.
Resepi Kupang Goreng Berlada
Bahan-bahan:
1 kilo kupang
10-15 tangkai cili kering* (kalau nak pedas
boleh tambah)
2 biji bawang besar*
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 batang serai (dititik)
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
serbuk perasa (jika suka)
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar
terlebih dahulu.
2. Tumis bahan-bahan kisar dengan
sedikit minyak hingga garing dan naik
minyak.
3. Masukkan sebatang serai yang dititik,
masukkan garam gula serta serbuk
perasa. Gaul rata.
4. Masukkan kupang dan dikacau lagi.
5. Biarkan sehingga masak dan mendidih
dan kuahnya agak kering dan pekat
sedikit (ikut suka citarasa masing-
masing).
6. Bila dah masak baru lah diangkat
untuk dihidangkan.
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam mesra di pagi Ahad ini, semoga berbahagia selalu. Biasa lah hari minggu ni, hari yang penuh dengan santai-santai. Jadi, pagi ni sempatlah bawa anak-anak pergi sarapan kat restoran Upin dan Ipin yang terletak kat seksyen 13, Shah Alam. Okey juga lah masakan kat restoran tu. Restoran tu letaknya berhadapan dengan pejabat Les Copaque je. Lihat kat luar bahagian bawah pejabat itu lukisan upin dan ipin yang cantik-cantik. Maka tak lepas lah peluang anak saya bergambar kat situ.
Sebenarnya anak-anak saya ni, memang peminat upin dan ipin. Hampir setiap petang mesti tengok cerita tersebut. Tak jemu-jemu menonton cerita Upin Ipin walaupun cerita tu ditayang berulang-ulang kali. Itu lah zaman kanak-kanak zaman sekarang.
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia di petang Jumaat ini. Semoga berbahagia selalu. Hari ini agak sibuk sedikit kerana hari ini merupakan hari terbuka sekolah. So, hari ini kena lah mengadap guru-guru bagi mengambil report kad serta berbincang dengan guru-guru mengenai permasalahan pembelajaran anak-anak sekolah. Anak yang ke dua masih bersekolah rendah di tahun 5, anak yang ke tiga tahun 1 dan anak yang ke empat berumur enam tahun belajar di kelas tadika.
Hari ini, saya masak pulut mangga. Kebetulan ada buah mangga kelmarin sewaktu ke pasar. Cantik-cantik buahnya dan murah pula ... tu. Jadi, tak lepas peluang lah, terus saya beli.
Pulut mangga ni memang ringkas penyediaannya. Saya lebih suka tanak pulutnya dan santannya pula saya masak sekejap sehingga naik wap. Memang sedap dimakan dengan buah mangga yang manis rasanya.
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ukhwah kepada semua teman-teman blogger di dunia maya ini, semoga semuanya ceria-ceria selalu di samping keluarga serta tugas-tugas harian. Dah lama rasanya tak masak kuih, so hari ini terasa rajin lah pula membuat bingka.
Hari ini saya masak kuih bingka jagung. Saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Ternyata memang sedap kuihnya. Anak-anak pun suka memakannya. Jadi ada lah juga tukang yang menghabiskan kuih. Tak sia-sia lah saya buat kuih.
Terima kasih Yati Memories di atas perkongsian resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula ya...
Resepi Kuih Bingka Jagung
Bahan-bahan:(loyang 10x10 inci)
1 cawan jagung* (dikisar)
1/2 cawan air*
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 1/4 cawan gula
2 sdb butter/ minyak sapi
4 biji telur
secubit garam
4 sdb perisa jagung
sedikit bijan
sedikit butter atau minyak sapi untuk
disapu pada loyang
Cara membuatnya:
1. Kisar jagung bersama 1/2 cawan air dan
ketepikan dulu.
2. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua
bahan kecuali minyak dan bijan.
3. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender
dan kisar sebati.
4. Sementara itu, panaskan oven 180 C.
5. Sapukan minyak/butter di sekeliling
loyang, masukkan ke dalam oven sebentar.
6. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung
tadi dan tabur dengan bijan ke atasnya.
7. Bakar selama 60 minit api atas bawah dan
tambah 5 minit lagi untuk garing bahagian
atasnya.
8. Biarkan betul-betul sejuk baru dipotong
kuihnya.
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, semoga semuanya berbahagia selalu. Hari ini saya masak ayam panggang lada hitam ala-ala kenny roger untuk hidangan tengahari ini. Memang sedap rasanya. Saya cuba resepi dari Potret Kasih. Terima kasih di atas resepinya yang sedap ini. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.
Resepi Ayam Panggang Lada Hitam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong besar dan dibersihkan)
Bahan untuk diperap
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sdb sos lada hitam (gantikan dgn sos
tiram, kicap pekat dan lada hitam)
2 sdb madu
1 ketul kiub ayam knorr
2 sdb halba campuran
1 1/2 sdt garam
sedikit air untuk mengisar bahan
sedikit mentega
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk
diperap dan kisarkan.
2. Lumurkan keseluruhan bahan dengan ayam
yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Masukkan kedalam bekas dan bakar selama 45
minit dgn suhu 200 C .
5. Setelah masak baru dikeluarkan untuk
dihidangkan.
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia teman-teman blogger semua. Semoga hari ini lebih ceria dari hari-hari sebelumnya. Selamat menikmati makan tengah hari di hari ini. Hari ini saya masak kari ketam sebagai menu makan tengah hari di hari ini. Dah lama tak makan ketam.
Kelmarin sewaktu ke pasar terlihat pula ketam. Teringin lah pulak. Jadi, hari ini saya masak kari ketam bersama nenas. Berselera sangat my hubby makan nasi hari ini.
Resepi Kari Ketam
Bahan-bahan:
4 ekor ketam
1/2 biji nenas (dihiris nipis)
6 ulas bawang merah (dimayang halus)
4 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 tangkai daun kari
2 bungkus kecil serbuk kari
3 cawan santan
sedikit halia
garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah,
bawang putih serta daun kari sehingga
kekuningan.
2. Masukkan rempah kari. Masak sehingga
naik minyak. Masukkan ketam serta
nenas. Biarkan seketika.
3. Masukkan santan, biarkan sehingga
mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam dan
perasa jika suka. Barulah diangkat untuk
dihidangkan.