Jumaat, 19 April 2013

Sayur Lemak Pucuk Manis


            Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam ukhwah di hari Sabtu, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya. Entri kali ini mengenai masakan sayur pula iaitu sayur lemak pucuk manis bersama ubi keledek putih. Pucuk manis ni kalau dimasak dengan rebung yang fresh lagi sedap. Nak cari kat mana rebung yang fresh, kalau kat pasar tu, rebungnya yang dah dimasamkan. Lainlah kalau tinggal kat kampung. 

     Sedap juga.... Sekali- sekala makan nasi bersama sayur lemak ni best juga. Kena pula dengan ikan masim goreng dan berulam sambal belacan pula. Wah.... bertambah-tambah nasi tak terasa. Masakan  yang lemak-lemak ni tak boleh lah dimakan selalu. Sekali sekala apa salahnya. Kesihatan kena jaga juga. Mai lah kita lihat resepinya....






Resepi Sayur Lemak Pucuk Manis

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk manis (diambil daunnya)
1 ketul keledek putih (dipotong kecil)
sejemput udang kering
3 ulas bawang kecil (dihiris)
2 1/2 cawan santan
garam  dan perasa secukup rasa.

Cara memasaknya:

1. Masukkan keledek kedalam periuk, masuk-
   kan sedikit air. Rebus dahulu supaya 
   keledek empuk.
2. Masukkan bawang, udang kering, santan
   serta pucuk manis. Biarkan sehingga men-
   didih, selalu dikacau supaya santan tidak 
   pecah.
2. Masukkan garam dan sedikit perasa. 
   Bila cukup masak, barulah diangkat untuk
   dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan