Rabu, 3 April 2013
Daging Masak Sambal Serai
Assalamualaikum wrh... wbr...
Sudah beberapa hari tak bersiaran. Hari ni baru lah nak masukkan entri. Kali ini entri mengenai masakan lauk pauk pula iaitu daging masak sambal serai. Tak payah lah kita berceloteh panjang-panjang. Lihat je lah resepinya...
Resepi Daging Masak Sambal Serai
Bahan:
400 gm daging dipotong kecil
20 btg cili kering dikisar
6 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halai (dikisar)
2 batang serai diketuk
garam
gula
sedikit kerisik
sedikit minyak utk menumis
Cara memasaknya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan
halia sehigga lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk
tadi bersama dengan serai yang dititik
sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar, Goreng sehingga
naik minyak. Masukkan daging, digoreng
lagi.
4. Masukkan garam, gula serta serbuk perasa
jika suka. Rasakan ia.
5. Bila daging dah empuk dan rasanya dah
secukup rasa, barulah diangkat dan
dihidangkan.
Mahunya menambah sendukan nasi klu sy mengadap ni
BalasPadamsedap ni.bau aroma sedari tu,mkn pulak dgn nasi panas.tak yah lauk lain dah kan :)
BalasPadam