Jumaat, 22 Mac 2013

Agar-agar Lumut


        Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ukhwah di petang Jumaat yang penuh keberkatan ini, semoga teman-teman semua beroleh kesejahteraan selalu hendaknya. Besok bermulalah cuti perekolahan bagi adik-adik atau anak-anak yang masih bersekolah. Diharapkan semoga kegiatan dimasa cuti akan lebih bermanfaat dan digunakan dengan sebaik-baiknya.


     Oh ya... entri kali ini saya nak share lah mengenai masakan agar-agar lumut. Dah lama tak buat agar-agar. Hari ni terasa rajin lah pula masak agar-agar. Apa-apa pun layan je lah.





Resepi Agar-agar Lumut

Bahan-bahan:

10 gm agar-agar
3 cawan air
1/2 cawan gula (boleh tambah jika kurang 
       manis)
1/2 kotak santan
sedikit garam
sehelai daun pandan
pewarna hijau

Cara membuatnya:

1. Masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
2. Masukkan gula dan daun pandan, biar 
   sehingga gula larut. Masukkan pewarna  
   hijau.
3. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga 
   kembang, masukkan santan dan sedikit
   garam. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian tuangkan bancuhan santan ke dalam 
   agar-agar, biarkan sehingga mendidih.
5. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang 
   disukai. Sejukkan di dalam peti sejuk.




Khamis, 21 Mac 2013

Crochet Sarung Bantal Kusyen Purple


       Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia kepada semua. Bersiaran lagi di malam Jumaat yang penuh berkat ini. Entri kali ini mengenai crochet sarung bantal kusyen yang berwarna ungu muda dan ungu tua. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama iaitu bunga daisy. Sebenarnya sarung bantal kusyen ini belum siap sepenuhnya. Hanya bahagian depannya saja yang baru siap, bahagian belakangnya masih belum siap. Apa-apa pun lihat je lah....








               Sebenarnya crochet bantal kusyen ini cantik juga jika diletakkan di dalam kereta. Di jadikan set untuk kereta iaitu 2 bantal kusyen dan 1 crochet cover kotak tisu dengan motif bunga serta warna yang sama. Pasti menarik.... kan.



Selasa, 19 Mac 2013

Jalan-jalan ke Menara Condong, Teluk Intan.


        Assalamualaikum wrh wbr.....

    Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Semoga semuanya bertambah ceria pada hari ini. Dah berapa hari saya tak mengupdate blog. Hari miggu kelmarin, saya sekeluarga menghadiri jemputan ke majlis kenduri kahwin anak kepada kawan my hubby di Kuala Kangsar, Perak. On the way balik kami ikut jalan  ke Teluk  Intan, Perak. Sempat lah singgah kat Menara Condong. Tapi tak sempat nak tinjau-tinjau kat dalam bangunan tu, sbb mengejar masa nak sampai cepat. Cuma sempat ambil pic kat luar sahaja. Apa-apa pun layan je lah picnya.




        Struktur pembinaan Menara Condong ini sangat unik. Ianya berbentuk menyerupai pagoda telah dibina oleh seorang kontaktor Cina. Pada mulanya ia dibina sebagai tangki air bagi penyimpanan air untuk penempatan setempat, tapi sekarang dijadikan satu binaan sejarah bagi menarik pelancung untuk datang ke kawasan tersebut.



Bersama anak bujang saya.





         Kat sini ada kompleks menara condong. Tapi tak sempat nak tinjau-tinjau kat dalam tu.


Khamis, 14 Mac 2013

Mini GA Sempena 2nd Anniversary

     

             Assalamualaikum wrh... wbr...



     Sekali lagi teringin nak menyertai Mini Giveaway yang dianjurkan oleh Nazirah. Sekiranya ada teman-teman yang ingin menyertai klik kat banner tu ye....

Syarat-syratnya:

1. Kenalah follow blog penganjur.
2. Buat entry mengenai Mini Giveaway 
    Sempena 2nd Anniversary.
3. Kenalah cerita mengenai kenangan manis 
    dengan orang yang tersayang tak kiralah
    suami, isteri, bf, gf, family dsbnya.
4. Wajib Follow sponsor-sponsornya.
5. Tinggalkan link kat kotak komen penganjur.

Tarikh tutup penyertaan :17 March 2013.


       Bercerita mengenai kenangan manis tu, memang banyaklah. Ini merupakan satu

kenangan yang sangat terkesan di dalam diri saya bersama encik hubby. Saya ini boleh dikategorikan sebagai  kahwin paksa oleh orang tua. Di zaman serba moden ini saya rasa dah tak ada lagi perkahwinan secara paksaan.

      Bermula ceritanya sedang saya tengah buat persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, tiba-tiba pula seorang mamat ni (my hubby) yang dah setahun belajar kat sana pulang hendak berkahwin . Tapi belum mempunyai calon isteri. Cari punya cari, tapi tak juga ditemui. Tiba-tiba dicadangkan oleh bapa angkatnya supaya melamar saya (yg
kebetulan pun hendak ke sana). Jadi emak saya pun sangat2lah bersetuju  sbb biasalah orang tua memang mengkhuatiri keselamatan diri kita. Sekurang-kurangnya kalau kita dah kahwin, taklah dia risau sangat.

      Ketika itu, saya memang belum pun mahu berkahwin kerana belum bersedia dan dah pun punyai pilihan hati. Saya tetap menolak walaupun beberapa kali dipujuk oleh emak dan saudara mara saya. Sehinggalah suatu hari emak memarahi mengatakan saya ni degil, keras kepala, tak nak dengar cakap orang tua dan macam2 lagi diungkitnya. Waktu itu fikiran saya jadi buntu, tak tahu nak buat apa lagi. Nak kahwin hati tak suka, tak ikut cakap orang tua, kita ni dikatakan menderhaka pula. So, saya cuba solat sunat istikharah agar mendapat petunjuk dari Allah swt serta apa keputusan yang akan diambil oleh saya akan diberkati Allah.

      Emak saya memang benar-benar marah dgn saya sehinggakan dia tak nak bercakap langsung dgn saya. Mukanya masam mencuka je.  Saya jadi serba salah. Selepas difikir2 saya pun cakaplah (sambil menangis) " Dah nak sangat suruh kawin, suka hati lah".  Terus muka emak yg tadinya masam mencuka terus jadi senyum. Masyaallah sampai begitu sekali.

      Selepas daripada itu barulah urusan menyenai pekahwinan pun bermula. Alhamdulillah segala urusan menjadi lancar sehinggalah ke hari kenduri. Kenduri pun dibuat ala kadar je, tanpa persiapan yang secukupnya.

      3 hari selepas kenduri teruslah berangkat ke Indonesia. Disana bermulah kehidupan sebagai isteri dan mahasiswa. Proses kenal mengenal pun memerlukan masa juga. Lain lah kalau belum kawin dah kenal. Segala kepayahan dan kesukaran dilalui bersama. sehinggalah saya disahkan oleh doktor menghidapi ekspendiks cronik yang memerlukan pembedahan. Dari situ lah saya rasa saya sangat2 memerlukan seorang teman hidup yang boleh menerima segala kekurangan atau kelebihan pada diri saya dan sanggup berada di samping saya ketika itu. Bayangkanlah sekiranya saya belum berkahwin ketika itu, tak tahu lah apa akan terjadi. Dah lah berada di tempat orang lagi, pula jauh dari keluarga.  Sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku, pasti punyai hikmah tersendiri yang kita tidak tahu.

     Saya rasa kenangan ini yang pada awalnya pahit akhirnya menjadi satu kenangan yang begitu manis pada diri saya dan tak dapat saya lupakan sampai bila-bila.



Selasa, 12 Mac 2013

Singgang Tumis Ikan Senangin


        Assalamualaikum wrh...wbr...

     Salam sejahtera kepada teman-teman semua, semoga sihat sejahtera hendaknya di malam ini. Entri kali ini mengenai masakan  singgang tumis ikan senangin. Masakan ini memang sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan, dan sedap sangat dimakan dengan nasi panas-panas. Lihatlah resepinya...






Resepi Singgang Tumis Ikan Senangin

Bahan-bahan:

2 ekor ikan senangin
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1/2 cm kunyit hidup
2 cm halia muda
1 helai daun kunyit
2 batang serai (dititik)
1 biji tomato (dibelah empat)
3 batang kacang panjang (dipotong)
sedikit air asam jawa
1 biji limau nipis
air secukupnya untuk kuah
sedikit minyak untuk menumis 

Cara memasaknya:

1. Tumbuk halia, bawang putih, bawang 
   merah serta kunyit.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis 
   dengan sedikit minyak. Masukkan serai
   serta bawang besar, kacau rata.
3. Masukkan 2 mangkuk air. Apabila mendidih,
   masukkan daun kunyit, ikan,  sayur kacang 
   panjang dan tomato.
4. Masukkan air asam jawa serta garam.
   Akhir sekali masukkan perahan limau nipis.
5. Rasakan, sekiranya dah cukup rasa barulah
   diangkat untuk dihidangkan.


Isnin, 11 Mac 2013

10th Giveaway (GA) Untuk 2 Pemenang Bertuah

     
       Assalamualaikum wrh... wbr...



       Kali ini, saya juga ingin menyertai peraduan Giveaway yang dianjurkan oleh Umiyumi Perth ini.  2 pemenang dicari untuk GA tersebut. Best juga hadiahnya. Syaratnya mudah je... Kalau ada yang berminat klik pada pic kat atas.

1. Penyertaan terbuka kepada semua peserta.


2. 2 helai T Shirt "I Love Perth" untuk

   dimenangi.

3. Tinggal kan adress blog dan Email adress 

   di ruangan komen penganjur. Bagi yang 
   tiada blog, tinggalkan email adress sahaja.

4. Tarikh tamat jam 12 malam 31 March 2013.





Jumaat, 8 Mac 2013

Segmen Mari Tambah Kenalan Dari Blog Cinta Itu Indah


       Assalamualaikum wrh... wbr...


               Teringin nak menyertai Segmen Mari Tambah Kenalan yang dianjurkan oleh Blog Cinta Itu Indah. Tujuannya nak menambah kenalan bagi mengeratkan silaturrahmi di antara kita semua. Marilah kita sama-sama memeriahkan lagi segmen ini. Jika ada teman-teman yang ingin join juga, klik pada banner di atas.


Follower sekarang = 30

          Tarikh tamat 31 March 2013




Ahad, 3 Mac 2013

Tempahan Crochet Cover Cushion

       
          Assalamualaikum wrh wbr....

         Salam kemesraan di hari minggu..... semoga ceria-ceria selalu hendaknya. Entri hari ini, mengenai tempahan crochet cover bantal kusyen oleh seorang kawan. Sebenarnya dia terlihat contoh cover bantal kusyen yang saya buat tempoh hari. Maka dia berkenan lah pula dengan hasil crochet saya. So, dia tempah lah tiga biji sarung bantal kusyen. 




                  Saya baru sahaja menyiapkan  tempahan tersebut. Semoga dia berpuas hati dengan hasil kerja kerastangan yang saya hasilkan.