Jumaat, 1 Februari 2013
Nasi Dagang
Assalamuaalaikum wrh wbr.....
Salam bahagia teman-teman semua, semoga berhagia di hujung minggu ini. Berjaya juga saya masak nasi dagang kali ini. Resepinya saya ambil dari Chef Wan. Untuk hidangan acar timun saya cuba dari resepi Rohah Damai Qalbu. Terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan resepinya. Okey lah juga rasanya. Almaklumlah pertama kali cuba masak nasi dagang ni, sudah pasti ada kekurangannya. Walau apa pun jua, lihatlah resepinya....
Resepi Nasi Dagang
Nasi Dagang
Bahan-bahan:
1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
3 cawan santan cair
2 sudu teh halba
1 inci halia (dihiris nipis)
10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 sdt gula
1 sdt garam
Caranya:
1. Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam
pengukus yang telah dipanaskan. Kukus
beras tersebut selama 30 minit.
2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar, masukkan
santan dan gaulkan ia. Kemudian dikukus
lagi selama 30 minit.
3. Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan
tambah halba, halia, bawang, gula serta
garam. Teruskan lagi mengukus selama
20 minit.
4. Bila dah masak barulah di angkat untuk
dihidangkan.
Kari Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
4 sudu minyak masak
3 cawan santan
2 keping asam gelugur
350 gm ikan tongkol (dipotong menjadi keping)
1 tangkai cili hijau ( dibelah dua)
1 tangkai cili merah (dibelah dua)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
pes rempah:
10 ulas bawang merah
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 sudu besar cili kisar
Cara memasaknya:
1. Kisar bahan-bahan pes rempah hingga halus.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan
bahan rempah hingga wangi. Tambah santan
serta asam gelugur dan renehkan sebentar.
3. Masukkan ikan. Biarkan sekejap dan
perasakan garam serta gula. Tambah cili
dan renehkan selama 5 minit atau sehingga
masak.
Acar Timun
Bahan-bahan:
100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah dan cili hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
gula secukup rasa
garam secukup rasa
Caranya:
1. Timun dipotong 2 inci dan buang biji di
tengahnya. Mayang halus seperti batang
mancis.
2. Lobak merah, cili merah serta cili hijau
dihiris seperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.
4. Rendamkan bahan hirisan tersebut ke dalam
air kapur selama 30 minit. Kemudian cuci
bersih dan toskan. Biarkan sehingga ia
kering.
5. Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga
sebati.
6. Kemudian hidangkan bersama nasi.
KA & anak2 suka ni sebab en hubby ore kelate . hehehe
BalasPadam